Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) tidak berpegang (pd kemudi, selusur, dll); b) tidak masuk campur dlm sesuatu hal; c) tidak ada tambahan lain (di luar gaji atau upah), upah (gaji) semata-mata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. tidak berpegang pd apa-apa (pd kemudi, pd selusur dsb). b. tidak masuk campur atau tidak bertanggungjawab dlm sesuatu hal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Jatuh di tangan menyapu bunga;
Lepas tangan dikata jangan,
     Lepas di tangan orang yang punya.


Lihat selanjutnya...(11)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lepas tangana. tidak berpegang pd apa-apa (pd kemudi, pd selusur dsb). b. tidak masuk campur atau tidak bertanggungjawab dlm sesuatu hal.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lepas tangana) tidak berpegang (pd kemudi, selusur, dll); b) tidak masuk campur dlm sesuatu hal; c) tidak ada tambahan lain (di luar gaji atau upah), upah (gaji) semata-mata;Kamus Dewan Edisi Keempat
lolos1 lepas dr tempatnya (spt cincin dr jari atau gelang dr tangan); lucut. 2 lepas dr kurungan atau kepungan. meloloskan 1 melucutkan atau menanggalkan sesuatu dr tempatnya. 2 melepaskan atau membebaskan diri dr kurungan atau tangkapan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lolos1. lepas dr tempatnya (spt cincin dr jari atau gelang dr tangan), lucut; 2. lepas dr kurungan atau kepungan; meloloskan 1. melucutkan atau menanggal­kan sesuatu dr tempatnya; 2. melepaskan atau membebaskan diri dr kurungan atau kepungan: Mat Salleh berjaya ~ diri drpd dikepung oleh polis; pelolosan perihal (perbuatan dsb) lolos atau meloloskan.Kamus Dewan Edisi Keempat
garirantai yg digunakan utk mengikat tangan orang salah dll; belenggu tangan. bergari (telah) diikat atau dibelenggu dgn gari. menggari memasang gari pd tangan seseorang supaya tidak lepas lari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
garirantai yg digunakan utk mengikat tangan orang salah dll; belenggu tangan. bergari (telah) diikat atau dibelenggu dgn gari. menggari memasang gari pd tangan seseorang supaya tidak lepas lari.Kamus Pelajar
menggarimemasang gari pd tangan seseorang supaya tidak lepas lari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menggarimemasang gari pd tangan seseorang supaya tidak lepas lari.Kamus Pelajar
lepas1 bebas drpd ikatan atau dr tahanan; tidak bersangkut paut atau tidak bertalian lagi: Bagaimanapun ia meronta, tidak juga ~. 2 sudah terjadi atau sudah berlaku: Bahaya yg besar sudah ~. 3 sesudah selesai; sehabis: ~ menggosok gigi dan mandi, barulah dia minum. ~ diri tidak mahu melibatkan diri atau tidak mahu bertanggungjawab dlm sesuatu hal. ~ laku bebas melakukan sesuatu (biasanya tingkah laku yg tidak baik) tanpa segan-segan. ~ pantang sesudah waktu berpantang. ~ sekolah sesudah bersekolah. ~ tangan a. tidak berpegang pd apa-apa (pd kemudi, pd selusur dsb). b. tidak masuk campur atau tidak bertanggungjawab dlm sesuatu hal. berlepas 1 tidak terikat atau tidak tertambat lagi (bkn binatang). 2 pergi atau berangkat ke sesuatu tempat: Emaknya sudah ~ ke Mekah dgn kapal terbang. melepas kecewa kerana tidak tercapai apa-apa yg dicita-citakan; hampa. melepasi 1 menebus atau menunaikan (niat, janji dsb); membayar (hutang dsb). 2 lepas drpd sesuatu (palang, pagar dsb): Dia berjaya ~ palang yg tinggi itu. melepaskan 1 membebaskan dr tahanan (kurungan, ikatan dsb); membiarkan lepas: Polis telah ~ orang itu dr tahanan. 2 menghilangkan (penat lelah, rindu dendam dll): Ia memeluk dan mencium anaknya utk ~ rindunya. 3 mengizinkan pergi atau berangkat; membenarkan: Ia enggan ~ anaknya ke London seorang diri. 4 mengeluarkan atau melahirkan (perasaan marah dsb): Dia ~ kemarahannya kpd kawan-kawannya. 5 menceraikan atau menyingkirkan seseorang: Ahmad telah ~ isterinya yg tidak setia itu. ~ dendam membalas dendam. ~ diri membebaskan diri. ~ jiwa (nyawa) menyelamatkan diri drpd bahaya maut. ~ lelah merehatkan diri. ~ tumbukan menumbuk; meninju. terlepas telah lepas atau dilepaskan; bebas: Joran kailnya ~ dan terus tenggelam. lepasan orang yg telah tamat dr sesuatu pusat pengajian (universiti, maktab dll): Tujuan latihan itu adalah utk menyediakan belia ~ sekolah dgn berbagai-bagai kemahiran. kelepasan 1 keadaan lepas (bebas); kebebasan. 2 waktu rehat atau hari cuti: Hari Ahad ialah hari ~ am. perlepasan hal berlepas. pelepasan 1 perbuatan atau hal melepaskan; perihal dikecualikan drpd sesuatu (cukai dll): ~ cukai pendapatan. 2 dubur. pelepas 1 orang yg melepaskan peserta-peserta dlm perlumbaan. 2 alat yg digunakan utk melepaskan sesuatu: ~ picu. selepas setelah selesai; sesudah: ~ mandi-manda di sungai itu, kami pun membuka bekalan lalu makan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bebas(bébas) 1. tidak terhalang (utk bergerak, bercakap, dll), tidak terkongkong, tidak terkurung, lepas, leluasa: angkasa ~; dunia ~; politik ~; setiap orang ~ mengeluarkan pendapatnya; 2. lepas drpd kewajiban (tuntutan, ketakutan, cukai, hukuman, dll): ia ~ drpd kewajiban memberi belanja kpd bekas isterinya; tidak seorang pun ~ drpd cukai; 3. merdeka (tidak dikuasai oleh negara lain): negara-negara ~ menjadi ahli BB; ~ cukai tidak dikenakan sebarang cukai (tentang perniagaan, barang, dll); ~ tol a) tidak dikenakan bayaran utk panggilan telefon: syarikat itu menyediakan satu talian telefon ~ tol; b) tidak dikenakan bayaran utk menggunakan jalan raya, jambatan dll: kerajaan akan menyediakan laluan alternatif ~ tol bagi setiap jalan bertol;membebaskan 1. memberi keadaan bebas (utk bergerak, bercakap, dll), memberi keleluasaan, melepaskan: baru beberapa hari dibebaskan drpd tahanan, ia sudah mencuri lagi; 2. melepaskan drpd kewajiban (tuntutan, tekanan, hukuman, dll): tidak patut ia ~ diri drpd tanggungjawab terhadap gadis itu; 3. memerdekakan (drpd kekuasaan lain): angkatan bersenjata Sekutu ~ Yunani drpd tangan Fasis; 4. memberhentikan (drpd tugas atau jawatan): pegawai itu dibebaskan drpd jawatannya;kebebasan perihal (keadaan) bebas, kemerdekaan: Kedah mencari ~ negerinya drpd takluk orang-orang Siam; ~ akhbar kebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat;pembebasan perihal (perbuatan, tindakan, usaha) membebaskan: negara itu meneruskan perjuangan ~ wilayahnya yg diduduki musuh; pembebas orang (alat dll) yg membebaskan: kuman ~ nitrogen.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas