leter | /létér/ tutur kata yg terus-menerus keluar dgn tidak keruan erti maksudnya. berleter, meleter bercakap berterus-terusan dgn tidak mempunyai tujuan: Emaknya asyik ~ saja di rumah. meleteri berleter atau meleter kpd seseorang: Ibu selalu ~ adik saya. leteran kata-kata yg keluar ketika berleter; percakapan yg tidak menentu; omelan. peleter orang yg suka berleter atau meleter. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
leter | (létér) cakap yg berpanjangan atau tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang): ia pun menangislah, kerana mengenangkan untungnya yg malang itu dgn berbagai-bagai sungut ~nya akan Pak Kaduk oleh kebodohannya itu; berleter, meleter bercakap-cakap dgn tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang), mengomel: Haji Karman ini, biasanya kalau sudah tidak diterima nasihatnya selalu akan ~ panjang; meleteri berleter kpd seseorang (kerana tidak menyenangi kelakuannya dsb), mengomeli: sudah selalu benar Simin ~ kelakuan adiknya itu; leteran kata-kata meleter, omelan: Mak Yah melanjutkan ~nya; peleter (orang yg) suka berleter, pengomel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
leter | (léter) IB, bp huruf; dileteri bp ditandai dgn huruf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sungut leter | perkataan yg diucapkan dgn tidak tentu biji butirnya kerana tidak puas hati dll: Maka menangislah ia serta dgn ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sungut leter | gerutu, omel, rungut, comel: muka masam dan ~ pd tiap-tiap hari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rungut | leter, gerutu, omel, sungut: “Keras sangat,” demikian ~ nenek; merungut, berungut berleter, bersungut, menggerutu, mengomel: ia mendongak ke atas sambil ~ kerana bising; kelambatan balik dr menoreh sudah menjadi kebiasaanku, tidaklah ibuku berungut lagi; merungut-rungut bersungut-sungut, mengomel-omel: pendayung itu ~ kerana wang yg diterimanya itu tidak mencukupi; merungutkan merungut mengenai, bersungut sebab: suaminya ~ bahawa gadis-gadis sekarang terlalu pandai berjinak-jinak dgn lelaki; Salmiah merungut-rungu rungutan 1. perbuatan merungut: Hayati menyesal apabila disedarinya ~ itu tidak adil; 2. omelan: ia sedar ~nya sudah pun sampai ke pengetahuan yg berkuasa;tkan keburukan rumah yg disewa; apa hendak dirungutkan, bukan jodoh engkau; perungut orang yg suka merungut, peleter, pengomel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sungut II, = ~ leter | sungutan apa-apa yg dirungutkan; rungutan. | Kamus Pelajar |
sungut II, = ~ leter | bersungut berkata-kata dgn tidak menentu; berkata-kata dgn tidak jelas; merungut: Mereka hanya berani ~ di belakang saja. | Kamus Pelajar |
sungut II, = ~ leter | perkataan yg diucapkan dgn tidak tentu biji butirnya kerana tidak puas hati dll: Maka menangislah ia serta dgn ~nya. | Kamus Pelajar |
sungut II | , = ~ leter perkataan yg diucapkan dgn tidak tentu biji butirnya kerana tidak puas hati dll: Maka menangislah ia serta dgn ~nya. bersungut berkata-kata dgn tidak menentu; berkata-kata dgn tidak jelas; merungut: Mereka hanya berani ~ di belakang saja. sungutan apa-apa yg dirungutkan; rungutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |