lidah pengarang | rencana pengarang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lidah pengarang | rencana pengarang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
editorial | (éditorial) 1. bkn dgn editor (dr segi tugas, tanggungjawab dsb): jawatankuasa ~; 2. rencana khas dlm akhbar dsb yg ditulis oleh editor, pengarang, atau penerbitnya utk mengutarakan pandangan atau ulasan tentang sesuatu persoalan semasa, lidah pengarang, | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lidah I | 1 organ yg lembut di dlm mulut yg digunakan utk merasa (menjilat atau berkata-kata). 2 cara bertutur atau cara melafazkan kata-kata; tutur kata: fasih ~nya. 3 bahagian benda yg menyerupai lidah 1: ~ kasut. ~ air hujung aliran air (banjir dsb) yg mula-mula datang. ~ bercabang (biawak) tidak dpt dipercayai percakapannya; tidak tetap percakapannya (tidak menepati janji). ~ keras sukar menuturkan atau menyebut perkataan dgn betul. ~ lembut dpt atau mudah menyebut perkataan dgn betul. ~ manis baik tutur katanya. ~ ombak bahagian hujung ombak (yg di depan sekali). ~ pendeta kata-kata hikmat drpd orang yg bijaksana (di dlmnya terdapat pengertian yg tinggi dan berguna utk panduan hidup). ~ pengarang rencana pengarang. lidah-lidah sesuatu yg menyerupai lidah. berlidah mempunyai lidah. ~ dua ki tidak tetap pendiriannya atau perkataannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lidah I | 1. bahagian di dlm mulut yg boleh digerak-gerakkan (digunakan sbg alat perasa, utk bercakap, menjilat, dll): budak itu menjelir-jelirkan ~nya; 2. ki perkataan, tutur kata: lembut dan fasih ~nya; 3. ki sesuatu yg menyerupai lidah: ~ kain; ~ serunai (seruling); 4. ki bahagian yg menganjur dr sesuatu benda; ~ tanah tanjung pd selekoh sungai; ~ air bahagian tepi air; ~ api hujung nyala api (yg menjilat-jilat); ~ bercabang (biawak) tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya; ~ dacing jarum penunjuk berat pd dacing; ~ keras tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dgn betul, telor; ~ lembut boleh menyebut perkataan dgn betul; ~ manis baik tutur katanya; ~ ombak hujung ombak, ombak yg di depan sekali; ~ panjang orang yg suka bercakap-cakap, suka menghasut-hasut; ~ papan bahagian yg menghubungkan papan; ~ pendeta kata-kata hikmat drpd orang yg bijaksana; ~ pengarang rencana pengarang; ~ rasmi jurubicara (akhbar dll) yg mengeluarkan berita dll rasmi sesuatu parti dll; ~ serunai bahagian serunai yg mengeluarkan bunyi; ~ bercabang bagai biawak prb selalu berubahubah dan tidak dapat dipercayai kata-katanya; ~ tidak bertulang prb a) mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya; b) orang yg mengeluarkan celaan dgn tidak tersangkutsangkut; apa payahnya menggoyangkan ~ sahaja prb banyak janji tetapi tidak ditepati; berkata peliharakan ~ prb hendaklah beringat-ingat mengeluarkan kata-kata; berniaga di hujung ~ prb orang pandai yg tidak jujur (suka menipu dll); jadi hujung jari sambungan ~ = jadi penghubung hujung ~ prb orang yg menyampaikan pesan orang lain dlm sesuatu mesyuarat atau peralatan; kebenaran di hujung ~ prb tidak ada keadilan (hanya menurut kata orang yg berkuasa sahaja); membuat tergigit ~ prb memberi nasihat yg sia-sia kpd orang yg berkelakuan jahat; menyepitkan ~ ke lantai prb menahan nafsu dan kehendak; patah ~ alamat kalah, patah keris alamat mati prb jika tidak pandai berkata-kata tentu akan kalah; tercabut ~ mati prb tidak berguna mempercakapkan orang yg jahat, sebab ia tetap jahat juga; lidah-lidah sesuatu yg menyerupai lidah; berlidah mempunyai lidah: orang yg ~ biawak tidak harus dikasihani; ~ dua orang yg selalu berubah-ubah perkataan atau pendiriannya; ~ di lidah orang prb hanya menurut apa yg dikatakan orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |