lien | (Eko) hak memegang harta orang yg terhutang sbg sandaran kpd hutang sehingga hutang itu dijelaskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nistaan | celaan, cercaan, hinaan: dahulu ia mendengar hal Tante Lien dr nyonya sebelah, tapi belum dipercayainya ~ itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gadai janji | (Eko) 1. perjanjian peminjaman sejumlah wang drpd bank, syarikat kewangan dsb bagi membeli rumah atau harta benda dgn rumah atau harta benda yg berkenaan dijadikan cagaran; 2. dokumen yg diberikan oleh peminjam kpd pemberi pinjam dlm bentuk lien kpd harta yg dijadikan cagaran terhadap pinjaman yg diberi sehinggalah pinjaman berkenaan dibayar semula; ~ kedua (Eko) gadai janji yg dibuat terhadap harta yg masih digadai janji dgn pihak lain; ~ pertama (Eko) gadai janji utama yg memberikan tuntutan pertama terhadap harta yg menjadi cagaran;menggadai janji mencagarkan harta benda secara gadai janji kpd pemberi pinjaman (bank, syarikat kewangan dsb) utk mendapatkan pinjaman: dia terpaksa ~ rumahnya kpd bank utk membiayai pelajaran anaknya di seberang laut;penggadai janji orang yg meminjam wang dan menggadai janji hartanya kpd pemberi pinjaman (bank, syarikat kewangan dsb) sbg cagaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nista | 1. aib, cacat, cela, rasa malu: bagiku, ini suatu ~ yg amat sangat; 2. kata-kata menghina (mencemar dll), makian, penghinaan: dikatainyalah isterinya di muka kawan-kawannya dgn segala ~ dan penghinaan; 3. hina, keji, rendah: kata-kata ~; makhluk ~ makhluk yg hina; menista 1. memberi malu, mencela, mengaibkan: jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun, jangan ia difadihatkan dan dinista dgn kata yg jahat; 2. mengata-ngatai, menghinakan, mengumpat: kalian menuduh saya dgn segala kebohongan, mencemarkan kandungan buku itu, ~ saya, kemudian minta pula wang dr hasil peluh saya; nistaan celaan, cercaan, hinaan: dahulu ia mendengar hal Tante Lien dr nyonya sebelah, tapi belum dipercayainya ~ itu; kenistaan perihal nista, keaiban, kehinaan, kecelaan: beliau juga menyebut tentang ~ bahasa yg perlu dihindari oleh penyair. | Kamus Dewan Edisi Keempat |