pekat I | 1. tidak cair, kental, likat: santan itu kalau agak likat atau ~ boleh ditambah air sejuk; penuh ~ penuh sesak; susu ~ susu likat (dlm tin); tanah ~ tanah liat; 2. keras (kopi dll): Wak Kudin mengonyeh-ngonyeh lalu menelan dan kemudian menunda dgn air kopi ~; asid ~ asid yg kuat (tiada banyak bercampur air); 3. tidak jernih (air); 4. gelap atau kelam (warna dll); gelap (kelam) ~ gelap sekali; hitam ~ hitam sekali; 5. ki tebal, teguh, kuat, dsb (bkn percakapan, kepercayaan dsb): loghat Kelantannya masih ~ walaupun telah lama menetap di Kuala Lumpur; tambah Solisir yg ~ dgn kepercayaan pd cerita dongeng; memekat menjadi pekat: hitam malam kian ~; memekatkan menyebabkan jadi pekat: bijirin ini digunakan utk ~ susu bayi; kepekatan perihal atau keadaan pekat: ~ ammonia; ~ malam; ~ warna; pemekatan perihal (proses atau perbuatan) memekatkan (bkn cecair dsb): ~ dgn penambahan gula, garam dan pengawet lain; pemekat bahan yg menjadikan pekat, bahan yg memekatkan: biasanya tepung jagung digunakan sbg ~ dlm masakan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
likat | hampir keras (bkn cecair dsb); pekat: Kacau kanji itu hingga ~. melikatkan menjadikan likat; memekatkan: Ayu ~ kuah itu dgn membiarkannya lama di atas api. kelikatan keadaan likat; kepekatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
likat I | lekat, pekat: selepas hujan, terjadilah takungan air di atas minyak tar yg ~ itu; kelikatan perihal likat (cecair dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
likat III | Jk agak malu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
likat II | keruh (air sungai dll); bukat-~ terlalu keruh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bukat-likat | terlalu keruh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelikatan | keadaan likat; kepekatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melikatkan | menjadikan likat; memekatkan: Ayu ~ kuah itu dgn membiarkannya lama di atas api. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelikatan | perihal likat (cecair dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
polek | (polék) Kl benda likat (getah, tanah liat, gam dll) yg menyelaputi tangan (kayu dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |