link | ukuran panjang yg bersamaan dgn satu per seratus rantai atau 0.2 meter. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pautan(link) | 1. Sambungan dalam sistem komunikasi. 2. Peranti yang menyambungkan atau merangkaikan dua unsur. 3. Saluran data komunikasi dalam rangkaian komputer. | Kamus Komputer |
sambungan komunikasi(communication link) | Hubungan fizikal antara suatu kedudukan dengan kedudukan lain dalam sistem komunikasi, yang berfungsi untuk memindahkan data. | Kamus Komputer |
pautan data(data link) | Peranti yang membolehkan penghantaran maklumat dalam bentuk format data. | Kamus Komputer |
pautan boleh lakur(fusible link) | Pautan atau sambungan dalam litar peranti semikonduktor yang boleh dilakurkan atau dileburkan. Pautan begini digunakan dalam cip ingatan kekal, seperti peranti ROM dan PLA, untuk membolehkan corak logik tertentu diaturcarakan dengan cara melakurkan pautan atau tidak. | Kamus Komputer |
lapisan pautan data(data link layer) | Lapisan kedua model ISO bagi protokol perhubungan data. Lapisan ini memberikan cara kerja dan tatacara untuk menubuhkan, menyelenggarakan, dan melepaskan talian data di antara terminal dengan nod rangkaian. | Kamus Komputer |
DLC | Singkatan bagi data link control, iaitu kawalan kaitan data. | Kamus Komputer |