Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lin.sid] | لينسيد

Definisi : biji pokok flaks yg dapat menghasilkan minyak: minyak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata linsid


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
linsidbiji pokok flaks yg dapat menghasilkan minyak: minyak ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
minyak linsidminyak ber­warna perang dan mudah terbakar yg dieks­trak drpd biji flaks, digunakan dlm pembuatan cat, dakwat pencetak, linoleum, varnis dsb;Kamus Dewan Edisi Keempat
minyak Icairan yg tidak boleh bercampur dgn air (diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan, binatang, ataupun lombong), lemak yg cair; ~ angin sj ubat (utk menyembuhkan pening kepala, sakit perut, dll) yg diperbuat drpd campuran beberapa bahan; ~ atar sj minyak wangi (berasal dr negara Timur Tengah); ~ babi cairan lemak babi; ~ bakar Id minyak utk menjalankan enjin (kapal dll); ~ bata minyak yg diperbuat drpd buah suntai (boleh dimakan); ~ benzin minyak utk menggerak­kan jentera dll; ~ bumi beberapa jenis minyak yg dilombong dr bumi; ~ cat minyak utk men­cairkan cat; ~ cenduai sj minyak guna-guna (utk menarik hati perempuan); ~ diesel minyak yg digunakan utk enjin diesel; ~ galian minyak bumi; ~ gas = ~ tanah minyak yg mudah terbakar (dipakai utk lampu dll); ~ goreng minyak utk goreng-menggoreng; ~ gosok minyak yg digunakan utk mengurut; ~ hitam a) minyak yg agak pekat utk melicin­kan perjalanan enjin; b) = ~ tar sj minyak yg diperoleh dlm arang batu dan digunakan utk membuat jalan raya (mengawet kayu dll); ~ ikan minyak drpd lemak ikan paus dsb; ~ jarak (kelapa, zaitun, dll) minyak yg dibuat drpd buah jarak (kelapa, zaitun, dll); ~ kacang minyak yg diperoleh drpd kacang tanah, biasanya digunakan dlm masakan, produk farmaseutikal, sabun dsb; ~ kelapa minyak yg diperoleh drpd isi kelapa dan digunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ kelung air atau cairan yg keluar dr pipi gajah yg sedang naik berahi; ~ kelonyor sj minyak yg harum dan mudah meruap (eau de Cologne); ~ lincir Id ~ = ~ pelicin minyak utk melicinkan perjalanan mesin dll; ~ linsid minyak ber­warna perang dan mudah terbakar yg dieks­trak drpd biji flaks, digunakan dlm pembuatan cat, dakwat pencetak, linoleum, varnis dsb; ~ masak minyak spt minyak kelapa dan minyak sawit, yg digunakan utk memasak atau meng­goreng makanan; ~ mentah minyak yg dilom­bong dan belum diolah lagi; ~ mineral minyak yg diperoleh drpd penyulingan petroleum yg digunakan sbg pelincir, pelembab dan dlm perubatan; ~ pati minyak yg diekstrak drpd tumbuhan dan mempunyai bau atau perisa tumbuhan tersebut, biasanya digunakan dlm membuat minyak wangi, sbg perisa dsb; ~ parafin minyak tanah; ~ pekat Id salap; ~ pelincir minyak utk melicinkan atau melan­carkan pergerakan bahagian-bahagian enjin; ~ perlu campuran alkohol, ester, aldehid, keton, dll yg diekstrak drpd bahagian tum­buhan spt bunga, daun atau kayu, dan diguna­kan utk membuat minyak wangi dan perisa makanan; ~ petrol minyak utk menjalankan enjin dll; ~ rambut minyak utk melicinkan rambut; ~ regular = ~ biasa minyak petrol tanpa plumbum yg mempunyai kadar oktana yg rendah; ~ sapi = ~ samin sj minyak yg diperbuat drpd susu lembu dll; ~ sawit minyak yg diperoleh drpd buah kelapa sawit dan di­gunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ sayur minyak yg diperoleh drpd tumbuh­tumbuhan dan digunakan utk memasak, mem­buat majerin dsb; ~ super minyak petrol tanpa plumbum yg mempunyai kadar oktana yg tinggi; ~ tetap minyak lemak yg tidak meruap yg diperoleh drpd sayur-sayuran atau haiwan dan digunakan utk membuat bahan pelincir, sabun dsb; ~ wangi = ~ raksi minyak yg berbau harum (bau-bauan); ~ dgn air adakah bercampur prb orang yg bermusuhan atau yg tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu; ~ duyung perendang duyung = ~ kita juga yg digo-rengkannya prb seseorang telah berbuat budi atau kebaktian kpd seorang raja atau orang kaya dgn menggunakan kekayaan orang itu sendiri; ~ habis sambal tak enak prb kekece­waan dlm perjodohan anak dgn menantu; licin kerana ~ berminta, elok kerana kain berse-lang prb sindiran utk merendahkan seseorang yg angkuh atau sombong kerana harta atau barang yg dipinjam; memasukkan ~ tanah prb menyalakan marah orang (menghasut) supaya perselisihan makin hebat; sesudah arang-arang hendak ~ pula prb sesudah mengotorkan nama orang sekarang hendak bermanis-manis pula dgn orang itu; berminyak 1. mengandungi minyak, berisi minyak, berlemak, mengeluarkan minyak: ikan yg ~ mengandungi zat vitamin A dan D; 2. memakai minyak: rambutnya kering dan kasar tidak ~; ~ air mukanya ki nampak berseri mukanya (kerana gembira dll); pandai ~ air ki a) pandai berkata-kata utk mencapai sesuatu maksud; b) pandai berpura-pura (bermuka-muka); c) pandai menggunakan sesuatu yg sebenarnya kurang baik; ~ biar lecak = mati-mati ~ biar licin prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang, biar­lah sampai pd akhir kesudahannya; ~ tak licin prb alang kepalang, tanggung-tanggung; meminyaki memberi berminyak, membu­buh minyak pd, melumuri dgn minyak: ia sibuk ~ segala bahagian jentera yg bergerak; perminyakan perihal minyak (perlombo­ngannya dll); sakramen ~ Id sj upacara ber­sembahyang utk orang yg hampir akan mati (Roman Katolik).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas