Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lipat-lipatan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kedutanlipat-lipatan (pd kulit, kain, dll), renyuk-renyuk (pd kertas dll): jahitan pd ~ kain itu hendaklah teguh.Kamus Dewan Edisi Keempat
biru-birulipat-lipatan (pd tepi kain, tirai, dll);membiru-biru sl ark dilipat-lipat: kain, baju, destar dibiru-biru.Kamus Dewan Edisi Keempat
katak IIIMn ark lipat-lipatan kulit pd leher dll, gelambir; berkatak-katak berlipat-lipat (bkn kulit dll), bergelambir.Kamus Dewan Edisi Keempat
kedut Ikerut (pd kulit dll), renyuk-renyuk (pd kain, kertas, dll), ropol (pd kain); berkedut berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya mengham-pirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu; mengedut menjadi berkedut (berkerut, ber­lipat-lipat, beropol-ropol); mengedutkan menjadikan berkedut atau berlipat-lipat (kulit dll), mengerutkan (kulit dll), meropolkan (kain dll): ia duduk termenung, sambil ~ dahinya memikirkan perkara tersebut; kedutan lipat-lipatan (pd kulit, kain, dll), renyuk-renyuk (pd kertas dll): jahitan pd ~ kain itu hendaklah teguh.Kamus Dewan Edisi Keempat
biku II1. lipatan pd tepi kain (baju dll) utk perhiasan; 2. tepi peti dll yg berukir; berbiku-biku berlipat-lipat pd tepi, berukir-ukir pd tepi.Kamus Dewan Edisi Keempat
lipat; ~ dua (tiga, empat) berangkap atau berkembar dua (tiga, empat). ~ pandan nama bentuk sanggul yg gelungnya sama spt bentuk gelung daun pandan yg akan dianyam. berlipat 1 dilipat dgn kemas (bkn kain baju, kertas dsb): Kain baju yg dibasuh sudah ~. 2 diperbanyak sekian kali; berganda: ~ tiga diperbanyak tiga kali; tiga kali sebanyak yg dahulu. berlipat-lipat 1 banyak lipatnya; berlapis-lapis. 2 menjadi banyak sekali. melipat membuat sesuatu supaya jadi berlipat: Dia ~ kain yg sudah dibasuh lalu disimpan di dlm almari. lipatan sesuatu yg berlipat; hasil drpd melipat: Dia mengeluarkan duit simpanannya drpd ~ kain itu. pelipat 1 = pelipatan bahagian yg di belakang lutut; garisan pd kain, kertas dll. 2 bekas kena lipat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lipat1. (sesuatu) yg dipatahkan dgn tidak putus supaya kedua-dua bahagiannya berlapis, lepit; kajang ~ kajang yg dijadikan berkembar dua; pisau ~ pisau yg matanya boleh dipatahkan ke dalam; 2. rangkap, ganda, kembar; ~ dua kembar (ganda, rangkap) dua; ~ kajang selekoh (sungai, jalan, dll) yg terlalu tajam, siku keluang; ~ pandan nama sanggul yg disirat spt daun pandan yg akan dianyam; berlipat 1. berlapis rapi (kain baju dll): diambilnya baju yg ~ di dlm almari; 2. berlipat ganda; berlipat-lipat 1. banyak lipatnya, berlapis­-lapis; 2. = ~ ganda banyak sekali gandanya, menjadi sangat banyak: barang-barang itu dijualnya dgn mendapat laba yg ~ ganda; melipat 1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup, berangkap): dilipatnya suratkhabar itu dan kemudian diletakkannya ke atas meja; 2. ki mengalahkan musuh (lawan), memberkas (menangkap) penjahat: samseng itu telah dilipat oleh polis; 3. ki melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dll), tidak menurut perintah; ~ wang menggelapkan wang; 4. ki menjual sesuatu kerana ke­sempitan hidup; 5. menjadi berganda-ganda atau berlebih-lebih (harga barang dll): harga barang import membumbung ~ dua atau tiga; melipatkan mematahkan supaya berkembar (berlapis dll), menjadikan berlipat: Pak Imam ~ tangan Pak Sudin dan kemudian menye­lubungi mayatnya dgn kain; lipatan 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan­-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll); kelipat kelebek, kelepek (pd baju), lipatan (pd kulit buku yg lembut); kelipatan Id bilangan yg merupakan hasil drpd mendarabkan sesuatu angka: 21 ialah ~ 7; ~ persekutuan terkecil Id angka kandungan kecil; perlipatan perihal berlipat, pergandaan; pelipat 1. = pelipatan bahagian yg di belakang lutut; pelipatan kulit alur pd kulit orang tua yg berlipat-lipat; 2. garisan (pd kain baju, kertas, dll) kerana dilipat, lipatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelipat1. = pelipatan bahagian yg di belakang lutut; pelipatan kulit alur pd kulit orang tua yg berlipat-lipat; 2. garisan (pd kain baju, kertas, dll) kerana dilipat, lipatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
patah I1. putus (bkn barang yg keras dan panjang), tidak bertaut atau bercantum kuat­kuat lagi: penselnya sudah ~; 2. ki tidak dapat diteruskan (dilanjutkan) lagi; pelajaran saya ~ di tengah jalan tidak tamat, terhenti; 3. penjodoh bilangan utk kata (perkataan): beberapa ~ kata; se~ dua kata satu atau dua patah kata, sedikit perkataan; ~ arang putus langsung, tidak boleh berbaik kembali (perselisihan); ~ balik berbalik, ber­tukar arah hingga berlawanan dgn yg semula; ~ batu (hatinya) tidak mahu berusaha lagi; ~ celana Id lipatan pd seluar; ~ hati a) tawar hati, hilang keberanian (kemahuan); b) = ~ lesu putus harapan, kecewa (dlm percintaan dll); ~ jetam Kl penyakit pecah-pecah kulit pd kaki; ~ kaki tidak dapat berbuat apa-apa (kerana tidak ada penolong yg boleh diharap); ~ lagu gentar atau putus-putus suara (apabila menyanyi); ~ lidah tidak dapat berkata (dgn lancar), tidak dapat menjawab; ~ mayang ikal atau mengombak (rambut); ~ nafsu (selera) hilang nafsu (selera) makan; ~ perang kalah perang; ~ pucuk tidak habis atau selesai (pekerjaan dll); ~ riuk patah yg teruk (tulang); ~ said renyuk, tidak licin (baju, seluar); ~ semangat hilang keberanian atau kemahuan (utk berusaha dll), tawar hati; ~ siku a) sudut siku-siku; b) tidak dapat menolak (membantah dll) lagi, menurut sahaja (kerana kasihan, terhutang budi, dll); ~ tulang a) patah tulang­nya; b) tidak dapat menolak lagi (permintaan dll); ~ dahan tempat bernaung, ~ lantai tempat berpijak prb tidak ada lagi (habis langsung) tempat meminta pertolongan dll; ~ kepala bertongkat paruh, ~ paruh bertelekan = ~ tongkat berjeremang prb tidak putus harapan, terus berikhtiar (bekerja); ~ lidah alamat kalah, ~ keris alamat mati prb tidak pandai membela sesuatu perkara tanda kalahlah; ~ tumbuh hilang berganti prb seseorang ketua dll yg mati (pergi) yg lain ada gantinya; siapa melalah siapa ~ prb siapa yg berhajat sangat, dialah yg datang meminta (peminangan); sudah ~ yg bertaji prb Mn kalau kematian bapa (mamak) yg berharta (disegani) susahlah kaum keluarganya yg tinggal; tiada ~ yg tak tempang prb tiap-tiap kecelakaan (perselisihan) tetap meninggalkan bekas (perasaan) yg tidak baik; sepatah satu patah; ~ kata a) suku kata (perkataan); b) kata pendahuluan (peng­antar); berpatah bertukar haluan (arah): dia ~ mahu pergi; ~ balik berbalik, bertukar arah yg ber­tentangan dgn yg semula; ~ arang berputus langsung hubungan (kerana perselisihan dsb); ~ hati berasa patah hati (kecewa dll); mematah 1. menukar haluan (arah): kemudian ia ~ masuk ke sebuah lorong; ~ balik menukar haluan ke arah tempat datangnya; ~ selekoh menukar arah mengikuti selekoh; 2. Pi tidak dapat berjalan, lemah: kenapa pula itik itu ~ sangat; mematah-matah; ~ jari melipat-lipat atau menarik-narik jari hingga berbunyi; mematahkan 1. menjadikan (menyebab­kan) patah: ~ batang besi; 2. ki menjadikan (menyebabkan) tidak berlanjutan dll, menggagalkan (mengecewakan, mengalahkan, dll): ~ cita-cita; ~ serangan lawan; ~ haluan mengalih (menukar) haluan; mematah-matahkan mematahkan sesuatu beberapa kali atau banyak kali: mereka ~ ranting kayu utk dibuat kayu api; patah-mematahkan ki saling mengalah­kan; terpatah telah (sudah) patah: tujuh bilah lantai ~, tujuh mengkawan atap ~; patahan sesuatu yg patah; pematahan perbuatan mematahkan; pematah 1. pepatah, bidalan; 2. sesuatu yg dipakai utk mematahkan; (doa, mantera) ~ lidah mantera utk membuat orang tidak boleh berkata-kata.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas