lisu | 1. lipatan atau kedut yg dijahit atau dibuat pd kain; 2. lipatan menirus yg dijahit pd pakaian; berlisu mempunyai atau dihiasi lisu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tekukan | 1. lipatan; 2. sesuatu yg dibengkokkan (dilengkungkan); 3. alat utk membengkokkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biku II | 1. lipatan pd tepi kain (baju dll) utk perhiasan; 2. tepi peti dll yg berukir; berbiku-biku berlipat-lipat pd tepi, berukir-ukir pd tepi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerut I | 1. lipatan (pd kulit dll), kedut (pd kulit di dahi dll), gelembur: wajahnya membayangkan kesedihan dan di dahinya penuh ~; 2. Mn keriting, ikal (rambut); ~ kering sangat kering serta lisut; ~-merut a) banyak kerutnya; b) kusut (fikiran), kacau, dan bingung (fikiran, hati); c) banyak dustanya (bkn kata-kata); berkerut, berkerut-kerut, terkerut 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut); mengerut 1. menjadi berkerut (bkn kulit): kulitnya mulai ~; 2. menjadi bertambah kecil (pendek dll), mengecut (otot dll); mengerutkan 1. mengedutkan (kening atau dahi), menggelemburkan (kulit dll): orang-orang yg disoal polis kelihatan ~ kening seolah-olah memikir-mikir sesuatu; 2. mengecutkan, memendekkan (sesuatu yg boleh memanjang memendek spt otot dll); kerutan perihal (keadaan) berkerut-kerut, kedutan, lipatan (pd kulit): masih muda perempuan itu tetapi telah kelihatan beberapa ~ di dahinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lipat | 1. (sesuatu) yg dipatahkan dgn tidak putus supaya kedua-dua bahagiannya berlapis, lepit; kajang ~ kajang yg dijadikan berkembar dua; pisau ~ pisau yg matanya boleh dipatahkan ke dalam; 2. rangkap, ganda, kembar; ~ dua kembar (ganda, rangkap) dua; ~ kajang selekoh (sungai, jalan, dll) yg terlalu tajam, siku keluang; ~ pandan nama sanggul yg disirat spt daun pandan yg akan dianyam; berlipat 1. berlapis rapi (kain baju dll): diambilnya baju yg ~ di dlm almari; 2. berlipat ganda; berlipat-lipat 1. banyak lipatnya, berlapis-lapis; 2. = ~ ganda banyak sekali gandanya, menjadi sangat banyak: barang-barang itu dijualnya dgn mendapat laba yg ~ ganda; melipat 1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup, berangkap): dilipatnya suratkhabar itu dan kemudian diletakkannya ke atas meja; 2. ki mengalahkan musuh (lawan), memberkas (menangkap) penjahat: samseng itu telah dilipat oleh polis; 3. ki melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dll), tidak menurut perintah; ~ wang menggelapkan wang; 4. ki menjual sesuatu kerana kesempitan hidup; 5. menjadi berganda-ganda atau berlebih-lebih (harga barang dll): harga barang import membumbung ~ dua atau tiga; melipatkan mematahkan supaya berkembar (berlapis dll), menjadikan berlipat: Pak Imam ~ tangan Pak Sudin dan kemudian menyelubungi mayatnya dgn kain; lipatan 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll); kelipat kelebek, kelepek (pd baju), lipatan (pd kulit buku yg lembut); kelipatan Id bilangan yg merupakan hasil drpd mendarabkan sesuatu angka: 21 ialah ~ 7; ~ persekutuan terkecil Id angka kandungan kecil; perlipatan perihal berlipat, pergandaan; pelipat 1. = pelipatan bahagian yg di belakang lutut; pelipatan kulit alur pd kulit orang tua yg berlipat-lipat; 2. garisan (pd kain baju, kertas, dll) kerana dilipat, lipatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lipatan | 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tekuk I | bertekuk berlipat (kulit dll), ber-kedut, berkeluk; ~ lutut a) berlipat lutut; b) ki tunduk (kpd musuh dll), mengaku kalah, tewas; ~ tangan a) berpeluk tangan (tubuh), berdekap; b) ki tidak berbuat apa-apa; menekuk 1. melipat, melengkungkan, membengkokkan: ~ rotan; 2. menangkap (pencuri dll), membekuk, menewaskan (musuh): pihak polis berhasil ~ pencuri kereta itu; tekukan 1. lipatan; 2. sesuatu yg dibengkokkan (dilengkungkan); 3. alat utk membengkokkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membentangkan | 1 membuka sesuatu drpd gulungan atau lipatan luas-luas; menghamparkan: Sambil ~ tikar, ia menyilakan tetamu naik ke rumahnya. 2 memberikan penerangan atau pendapat ttg sesuatu; menghuraikan sesuatu dgn panjang lebar: Haji Ali telah ~ pendapatnya dgn panjang lebar dlm mesyuarat itu. Beliau ~ kertas kerja ttg cara menangani masalah disiplin di kalangan pelajar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membentangkan | 1. membuka sesuatu drpd gulungan atau lipatan luas-luas; menghamparkan:Sambil ~ tikar, ia menyilakan tetamu naik ke rumahnya. 2. memberikan penerangan atau pendapat ttg sesuatu; menghuraikan: Haji Ali telah ~ pendapatnya dgn panjang lebar dlm mesyuarat itu. | Kamus Pelajar |
lepet | (lépét); melepet 1. melipat (lengan baju dll); 2. membengkokkan (paku dll); kelepet lipatan (pd baju dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |