lis-lis | ; rumput ~ sj tumbuhan (herba), cika mas, Acalypha indica. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rumput lis-lis | sj tumbuhan (herba), cika mas, Acalypha indica. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lis | senarai atau daftar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lis | 1. bp daftar, senarai: ~ derma Masjid Negara; 2. garisan di sekeliling gambar, bingkai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sikap dada | sj tumbuhan (herba), Oxalis corniculata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sikap VII | ; ~ dada sj tumbuhan (herba), Oxalis corniculata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nasionalistik | berkaitan dgn (berasaskan dsb) nasionalisme, (yg) menunjukkan nasionalisme, (yg) mengutamakan bangsa dan negara: ia menyenangi Shahnon Ahmad yg sekian lama telah memperlihatkan sikap ~nya; ertinya Biro ini mahukan dasar belia itu mirip ke arah kepentingan yg lebih ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semarak I | cahaya yg menambah keelokan sesuatu; seri: Dgn kehadiran tuan, moga-moga bertambahlah ~ majlis kami ini. bersemarak 1 berseri; gilang-gemilang: Bandar Kuala Lumpur ~ dgn hiasan lampu berwarna-warni. 2 ki kian berkembang (mulia, masyhur dsb). menyemarakkan 1 menjadikan berseri (indah, bercahaya dsb). 2 ki menjadikan lebih besar (mulia, masyhur dsb): Kebijaksanaan dan ketabahan pemimpin-pemimpin kita telah ~ nama Malaysia. penyemarak orang atau sesuatu (faktor, unsur dsb) yg menyemarakkan: Kemenangan ini merupakan ~ semangat supaya aku terus berkarya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penghisap | 1. orang yg menghisap sesuatu (spt rokok, candu, dadah, dsb): Sultan Mahmud telah dikatakan oleh penulis-penulis Portugis sbg seorang ~ candu; 2. alat utk menghisap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hisap | ; menghisap memasukkan sesuatu (ke dlm mulut atau hidung) dgn tarikan udara, menyedut masuk (ke dlm hidung atau mulut): dia ~ rokok; burung itu ~ manisan bunga; ~ benak terlampau banyak mengambil untung dr orang lain; ~ darah memeras orang (mengambil bunga wang dgn banyak); hisapan hasil drpd menghisap, yg telah dihisap; ~ jempul ki berita atau karangan yg direka-reka (khabar yg dibuat-buat); penghisapan 1. perihal (perbuatan) menghisap, penyedutan; 2. ki pemerasan, pemerahan: Rizal mencatatkan pelbagai ~ bumi Filipina oleh kekuasaan Sepanyol; penghisap 1. orang yg menghisap sesuatu (spt rokok, candu, dadah, dsb): Sultan Mahmud telah dikatakan oleh penulis-penulis Portugis sbg seorang ~ candu; 2. alat utk menghisap; ~ darah orang yg suka memeras orang lain (dgn mengenakan bunga yg tinggi dsb atas pinjaman wang atau dgn cara lain). | Kamus Dewan Edisi Keempat |