cip(chip) | Peranti elektronik yang memegang litar-litar halus bagi satu atau pelbagai fungsi yang diseratkan ke dalam wafer nipis separuh pengalir dan dibungkus dalam bungkusan penyambungan. Cip ini digunakan sebagai blok asas untuk membina litar yang lebih kompleks. | Kamus Komputer |
papan penyambung(extender board) | 1. Papan litar yang memegang litar dan cip litar bersepadu bagi mengembangkan kemampuan sistem. 2. Papan litar yang memanjangkan papan litar utama supaya dapat menerima lebih banyak kad litar. | Kamus Komputer |
litar pemungut terbuka(open-collector circuit) | Litar logik yang bahagian outputnya terdiri daripada transistor dengan pemungut jenis terbuka. Litar ini memerlukan perintang penamat yang boleh wujud jauh dari litar sebenar. Litar ini boleh juga digabungkan dengan litar lain melalui sambungan logik terdawai. Litar ini sangat sesuai untuk memacu beban yang menggunakan bekalan kuasa yang tinggi. | Kamus Komputer |
terdawai ATAU(wired-OR) | Kaedah penyambungan litar yang membolehkan litar berasingan disambung sebagai litar logik ATAU. Titik penyambungan litar ini akan mempunyai aras logik 1 jika output mana-mana litar yang disambung pada titik tersebut mempunyai nilai logik 1. | Kamus Komputer |
pembalutan dawai(wirewrapping) | Kaedah pendawaian litar elektronik yang digunakan untuk membina litar prototaip atau litar ujian. Komponen elektronik pada papan litar disalingsambungkan dengan membalut puncanya dengan dawai halus tanpa menggunakan pateri. Apabila litar ini telah diuji dan disahkan berjaya, barulah papan liter tercetak dibina. | Kamus Komputer |
mikrolitar(microcircuit) | 1. Litar yang terbina di dalam cip litar bersepadu. 2. Litar dalaman CPU yang menentukan suruhan bahasa mikroatur cara CPU. 3. Litar bagi sistem yang menggunakan mikropemproses sebagai nadi sistemnya. | Kamus Komputer |
litar hujung terbuka(open-ended circuit) | Litar elektronik yang direka bentuk supaya dapat disambungkan atau diantaramukakan pada litar lain tanpa mengganggu litar asal | Kamus Komputer |
cip mikropemproses(microprocessor chip) | Bungkusan cip litar bersepadu yang mengandungi litar unit mikropemproses. Cip ini, apabila digabungkan dengan cip litar bersepadu dan peralatan persisian dalam suatu papan litar, akan membentuk mikrokomputer atau pengawal sistem. | Kamus Komputer |
litar pintas | ist sambungan elektrik di antara dua titik dlm litar yg mempunyai rintangan rendah berbanding dgn bahagian lain dlm litar, yg menyebabkan litar elektrik terputus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gambar rajah logik(logic diagram) | 1. Gambar rajah yang memaparkan reka bentuk logik sistem. 2. Gambar rajah yang memaparkan tatasambung litar unsur litar logik. 3. Gambar rajah yang memaparkan rupa bentuk gelombang logik litar. | Kamus Komputer |