Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (dlm olahraga) gerakan meloncat dgn menggunakan galah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
loncat Ilompat dgn kedua-dua atau keempat­-empat kaki bersama-sama (burung, katak, dll), lompat dgn ekor (ikan); ~ galah lompat galah; ~ jauh lompat jauh; ~ tinggi lompat tinggi; berloncat melompat-lompat: unggas ber­terbangan dan tupai ~ di atas pokok di dlm dusun itu; berloncatan, berloncat-loncatan melompat beramai-ramai, melompat ke sana sini: kanak­-kanak ~ di padang permainan itu; meloncat 1. melompat dgn kedua-dua atau keempat-empat kaki serentak: setelah ia berundur beberapa langkah ke belakang, Datuk Ujang pun ~ naik; katak ~; 2. melompat ke atas dgn pantas, melenting: ikan itu ~ keluar dr baldi; 3. ki beralih (berpindah) kedudukan dsb: banyak antara mereka yg ~ ke pihak musuh; 4. ki meningkat tinggi: harga getah ~ naik dlm tahun 1950 apabila pecah perang Korea; meloncat-loncat meloncat berulang kali; meloncati meloncat melampaui, meloncat ke atas, melompati; meloncatkan menyebabkan (membawa) meloncat, melompatkan; terloncat terlompat, tidak sengaja atau tiba-­tiba meloncat: ia ~ mendengar letupan itu; terloncat-loncat meloncat-loncat; ~ bagai ulat pinang prb sangat gelisah (resah); loncatan 1. perbuatan meloncat: mereka memperlihatkan ~ dgn kuda; 2. jaraknya (tingginya) meloncat: ia telah mencapai ~ setinggi dua meter; 3. = batu ~ tempat meloncat: ia menganggap kejayaan itu sbg batu ~ utk mencapai kejayaan yg lebih besar; peloncat orang yg meloncat (dlm sukan), pelompat.Kamus Dewan Edisi Keempat
loncat galahlompat galah;Kamus Dewan Edisi Keempat
lompat galah(dlm olahraga) gerakan meloncat dgn menggunakan galah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lompat; ~ galah (dlm olahraga) gerakan meloncat dgn menggunakan galah. ~ jauh (dlm olahraga) gerakan meloncat utk mencapai jarak yg terjauh. ~ katak a. sj permainan kanak-kanak, iaitu meloncat di belakang seseorang yg sedang membongkok. b. sj permainan kanak-kanak, iaitu meloncat-loncat spt katak. ~ kijang (dlm olahraga) gerakan meloncat dgn sebelah kaki, melangkah dan kemudian meloncat kembali. ~ tinggi (dlm olahraga) gerakan meloncat utk melampaui paras yg dpt diubah-ubah tingginya. melompat bergerak dgn mengangkat kedua-dua kaki atau kesemua kaki serentak; meloncat: Dia terkejut melihat ular di kakinya lalu ~. ~ darjah naik ke darjah yg lebih tinggi drpd yg sepatutnya (spt dr dajah dua ke darjah empat) kerana mendapat markah yg amat baik dlm peperiksaan. melompati melompat di atas atau melampaui sesuatu; meloncati. terlompat 1 tidak sengaja (serta-merta) melompat; terloncat: Aminah ~ kerana terperanjat melihat sesuatu di kakinya. 2 terkeluar (perkataan dll): Dgn tidak disedarinya perkataan itu ~ dr bibirnya. lompatan 1 hasil perbuatan melompat; jarak atau tinggi melompat; loncatan: ~nya setinggi 2 meter. 2 tempat melompat; sesuatu yg dilompati. 3 perbuatan atau cara melompat. pelompat orang yg melompat atau melompati sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lompat (ber)galah(Suk) acara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn menggunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lombol bergalah;Kamus Dewan Edisi Keempat
lombol bergalahacara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn meng­gunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lompat (ber)galah.Kamus Dewan Edisi Keempat
lombol(Suk) salah satu acara dlm gimnastik; ~ bergalah acara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn meng­gunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lompat (ber)galah.Kamus Dewan Edisi Keempat
lompat Iperbuatan bergerak dgn cepat dgn mengangkat kedua-dua kaki dr tanah terus ke atas atau ke depan, loncat: ~nya jauh; ~ (ber)galah (Suk) acara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn menggunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lombol bergalah; ~ gagak terjengket-jengket (berjalan); ~ jauh (Suk) acara loncat jauh; ~ kangkang lompat sambil membuka kedua-dua kaki; ~ katak sj permain­an kanak-kanak (meloncat, melampaui belakang orang); ~ kijang (Suk) a) acara meloncat, melangkah, dan meloncat; b) loncat dgn melangkaui satu loncatan; ~ pagang loncat melampaui gawang; ~ pagar (Suk) perlumbaan melompat pagar oleh pelari, kuda, dll; ~ parti keluar drpd keanggotaan sesebuah parti politik utk menyokong atau menganggotai parti politik yg lain; ~ sehari (dua hari) selang sehari (dua hari), lat sehari (dua hari); ~ tali a) meloncat ke kiri ke kanan tali yg direntang; b) meloncat tali yg diayun dan dipusing (permainan kanak-kanak); ~ tinggi (Suk) acara meloncat melampaui suatu rin­tangan yg dapat ditinggikan atau direndah­kan; se~ hidup, se~ mati prb perihal orang sakit yg hampir maut (entah hidup entah mati); berlompatan, berlompat-lompatan me­loncat beramai-ramai, meloncat ke sana sini: budak-budak itu ~ keluar apabila mendengar bunyi kereta; mereka ~ dan saling mengejar; melompat mengangkat kedua-dua kaki drtanah dsb terus ke atas atau ke depan, me­loncat: ia ~ turun ke tanah; melompati 1. melompat melampaui, meloncati: ia lari keluar dgn ~ pagar; 2. melompat (keatas) kpd seseorang atau ke sesuatu, mener­kam, menerpa: dgn geram, ia ~ musuhnya; melompatkan menyebabkan (membawa) melompat, meloncatkan: ia ~ kudanya ke dlm parit; terlompat 1. tidak sengaja (dgn serta-merta) melompat, terloncat: tiba-tiba satu letupan kuat terdengar dan Datuk Ujang ~; 2. terdorong atau terkeluar (perkataan dll): tetapi tidak pernah rahsia itu ~ drpd mulut­nya, walau dlm berhandai-handai sekalipun; perkataannya ~ terlanjur mengatakan sesuatu, terdorong perkataan; terlompat-lompat sl melompat-lompat: maka dua ekor kijang itu datang ke hadapan rumah Seri Rama ~ dan tertari-tari; lompatan 1. tempat melompat; ~ harimau tempat harimau melompati anak air; 2. barang apa yg dilompati (pagar, rintangan, dll); 3. jaraknya (tingginya) melompat: ia menang dgn ~ enam kaki; 4. perihal melompat: berbagai-bagai ~ telah dipertunjukkan di temasya olahraga itu; pelompat orang yg melompat (dlm sukan); sepelompat, sepelompatan jarak satu lompat, sejauh orang dapat melompat.Kamus Dewan Edisi Keempat
dekatlon(dékatlon) (Suk) pertandingan utk peserta lelaki yg dilangsungkan selama dua hari, terdiri drpd 10 acara, iaitu lumba lari 100 meter, lompat jauh, lumba lari 400 meter, lontar peluru, lompat tinggi, lari ber­pagar 110 meter, lempar cakera, lombol ber­galah, merejam lembing dan lumba lari 1500 meter.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas