Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lon.ja.kan]/[lon.ja/.kan] | لونجقن

Definisi : 1. perbuatan melonjak; 2. ki (bkn perasaan) dorongan atau desakan yg kuat utk mencapai (mendapatkan sesuatu): ~ rasa utk mencapai gading di menara menjadikan dia berusaha sehingga berjaya ke universiti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lonjak
Kata Terbitan : berlonjakan, berlonjak-lonjak, melonjak, terlonjak-lonjak, lonjakan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lonjakan1. perbuatan melonjak; 2. ki (bkn perasaan) dorongan atau desakan yg kuat utk mencapai (mendapatkan sesuatu): ~ rasa utk mencapai gading di menara menjadikan dia berusaha sehingga berjaya ke universiti;Kamus Dewan Edisi Keempat
lentingangerakan atau hasil melenting, lonjakan: tiba-tiba sahaja bagai ~ sang api, dia menuruni anak-anak tangga rumah itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
pemantulanperihal (proses, perbuatan dsb) memantul atau memantulkan: ~ mikrogelombang oleh bekas logam ke magnetron; Amanah Saham Wanita (Asnita) dijangka mampu memperlihatkan lonjakan menarik jika berlaku ~ pasaran pd paras selesa;Kamus Dewan Edisi Keempat
trampolinalat berupa helaian kanvas yg direntangkan dan diikatkan pd pemidang dgn menggunakan spring, terutamanya digunakan oleh ahli gimnastik dan akrobatik utk melaku­kan lonjakan, balik kuang dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
lenting I; melenting 1. membingkas balik (rotan dll), menganjal; 2. bergerak (melom­pat dll) dgn cepat dan pantas: perempuan itu tiba-tiba ~ dgn muka macam bunga raya; 3. melentur atau bergelung (spt daun kering, keropok digoreng, dll); 4. ki naik marah dgn segera (apabila disoal, dikritik, dsb): Hasan ~ apabila ditegur oleh kawan-kawannya; melenting-lenting bergerak (melompat, meloncat dsb) dgn cepat berulang kali: ulat­-ulat itu masih hidup dan ~ di dlm tong sampah; melentingkan menyebabkan melenting: kelemahan utama gaya ini ialah kecenderungan atlet utk ~ badan mereka terlalu awal; ~ batu kerikil dan lumpur ke belakang; lentingan gerakan atau hasil melenting, lonjakan: tiba-tiba sahaja bagai ~ sang api, dia menuruni anak-anak tangga rumah itu; pelenting; kekuatan ~ Id kekuatan menganjal.Kamus Dewan Edisi Keempat
pantul; memantul 1. mengambul (spt bola yg dilontarkan ke dinding), menganjal, me­lantun: tayar itu setiap masa ~ dr muka jalan; 2. berbalik tanpa menembusi sesuatu objek atau permukaan (bkn cahaya, gelom­bang, bunyi dsb): cahaya ~; 3. ki melonjak semula (bkn harga saham dsb): pasaran ~ dan memecahkan paras rintangan 730 mata; memantul-mantul memantul beberapa kali atau berulang kali: bola itu kelihatan ~ lalu masuk ke dlm kolam; memantulkan menyebabkan (menjadikan) sesuatu memantul; terpantul terkena pantul: sinar yg ~; pantulan 1. gerakan memantul (mengam­bul): ~ bola; ~ spring; ~ cahaya; ~ dalam penuh (Fiz) pantulan lengkap sinar cahaya di sempadan dua medium ketika sinar itu berada dlm medium yg lebih tinggi indeks pantulannya; 2. tindakan (gerak balas) yg automatik atau tidak disengajakan terhadap rangsangan; 3. ki reaksi; pemantulan perihal (proses, perbuatan dsb) memantul atau memantulkan: ~ mikrogelombang oleh bekas logam ke magnetron; Amanah Saham Wanita (Asnita) dijangka mampu memperlihatkan lonjakan menarik jika berlaku ~ pasaran pd paras selesa; pemantul permukaan (objek) yg meman­tulkan cahaya, bunyi, dll: dinding itu boleh menjadi ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
lonjakperbuatan melompat ke atas (dgn kedua-dua belah kaki); ~ bagai labu dibenam prb angkuh, sombong; spt ~ alu penumbuk emping (padi) prb perihal berjalan dgn kacak (sombong); berlonjak-lonjak melompat-lompat ke­riangan: budak-budak itu ~ di kerusi bela­kang; berlonjakan berlonjak-lonjak: budak-budak itu ~ menyambut kepulangan ibu mereka; melonjak 1. melompat ke atas (dgn kedua­dua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa ke­kasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-­tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda; melonjak-lonjak 1. melonjak beberapa kali (kerana kesukaan dll): budak-budak itu ~ apabila mendapat hadiah masing-masing; 2. ki meluap, menjadi-jadi (kegembiraan, keinginan, dll): keinginannya hendak pergi ke sana sudah ~ sekarang; melonjakkan menjadikan (menyebabkan) melonjak; terlonjak 1. melonjak dgn tiba-tiba (kerana kesukaan dll): melihat kemewahan kawannya itu, ~ suatu perasaan baru di dadanya; ~ rasa semangat terlampau (terlalu) gembira; hati ~ terlalu suka (girang) hati; 2. menjadi sombong (oleh kedudukannya, pangkatnya,dll); terlonjak-lonjak melonjak-lonjak, terkinja­kinja, terloncat-loncat; lonjakan 1. perbuatan melonjak; 2. ki (bkn perasaan) dorongan atau desakan yg kuat utk mencapai (mendapatkan sesuatu): ~ rasa utk mencapai gading di menara menjadikan dia berusaha sehingga berjaya ke universiti; pelonjakan perihal (proses atau perbuatan) melonjak atau melonjakkan: mungkinkah itu merupakan suatu proses ~ dlm pucuk pimpinan politik?; pengukuhan ringgit akan diberi ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas