luapan | sesuatu yg meluap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
luapan | hasil perbuatan meluap(kan): ~ amarah yg membuak dlm dadanya sudah dapat ditenangkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bual II | pancaran atau luapan air yg keluar (air mendidih, air dr mata air dsb). berbual(-bual) ada atau terdapat bualnya. membual 1 memancar atau meluap keluar (dan biasanya berbuih). 2 ki keluar sekali gus atau serentak (ttg perasaan, ucapan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bual II | pancaran atau luapan air yg keluar (spt air mendidih, air dr mata air dsb). berbual(-bual) ada atau terdapat bualnya. membual 1. memancar atau meluap keluar (dan biasanya berbuih). 2. ki keluar sekaligus atau serentak (ttg perasaan, ucapan dsb). | Kamus Pelajar |
bual | 1. bunyi spt bunyi air yg memancar dr mata air (air mendidih dll), buak, gelegak; 2. pancaran (luapan) air (drpd mata air atau air mendidih): ~ air mendidih; 3. omong kosong, borak: jemu aku mendengar ~ mereka;berbual, berbual-bual 1. = membual memancar keluar (air drpd mata air dll), menggelegak, meruap: di tempat itu kadang-kadang tampak minyak yg membual dr dlm tanah; 2. bercakap-cakap (mengenai pelbagai perkara), berborak, beromong-omong: kalau sudah asyik ~, lupa ia akan waktu; ~ kosong bercakap-cakap (berbual-bual) tentang pelbagai perkara yg tidak penting, beromong-omong kosong;membualkan, memperbualkan berbual mengenai sesuatu perkara, memborakkan: ia sedang sibuk ~ kepandaiannya;bualan bual;perbualan 1. perihal berbual (membual), percakapan: ~ mereka terhenti seketika; 2. bahan utk berbual, perkara yg dibualkan (dipercakapkan), percakapan: kisah itu menjadi ~ orang ramai;pembual (orang yg) suka berbual. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luap | ; meluap 1 mengembang kerana mendidih; meruap. 2 melimpah atau tumpah kerana terlalu penuh dsb. 3 ki makin menjadi-jadi atau makin bertambah-tambah (bkn perasaan, kemarahan dll): Kemarahannya semakin ~ terhadap anaknya yg nakal itu. meluapkan menjadikan meluap: ~ semangat. luapan sesuatu yg meluap. pemeluapan hal atau proses meluap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
luap | ; meluap 1. mengembang kerana mendidih, meruap: nasi itu telah ~; 2. tumpah kerana sangat penuh, melembak, melimpah: pd musim hujan lebat, air sungai itu ~; 3. makin bertambah-tambah (perasaan, kemarahan, semangat, dsb), menghebat, menjadi-jadi, menyala-nyala: tiba-tiba datang keinginan yg ~ hendak pulang ke kampung halaman; meluap-luap bergelora dgn amat sangat (bkn perasaan, semangat dsb), berkobar-kobar, berapi-api: timbul ~ kemarahannya terhadap budak itu; rasa bencinya terhadap penjajah ~; azamnya utk menjadi seorang pemuzik profesional ~; meluapkan menjadikan meluap: perasaan geram dan tidak puas hati jika dipendamkan boleh ~ perasaan marah; luapan hasil perbuatan meluap(kan): ~ amarah yg membuak dlm dadanya sudah dapat ditenangkan; peluapan perbuatan meluapkan: ~ semangat muda Mat Yasin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |