Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lubuk 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lubuk1. bahagian yg dalam di sungai (laut, telaga): mereka menangkap ikan di ~ sungai itu; ~ pusar bahagian sungai atau laut yg airnya berpusar deras dan dapat menarik benda (kapal kecil dsb) ke dlm bahagian tengahnya; 2. ki lembah kesengsaraan, kancah: mereka men­cari gadis-gadis utk dibawa ke ~ pelacuran; 3. ark dalam (pinggan, mangkuk, dll): piring ~; ~ hati = ~ jiwa dlm hati, batin; ~ akal lautan (tepian) ilmu = ~ akal lautan (tepian) budi prb sangat luas dan banyak pengetahuan; ~ menjadi pantai, pantai menjadi ~ prb nasib seseorang itu tidak tetap; batu jatuh ke ~ prb hilang lenyap tidak nampak-nampak lagi (orang yg meninggal­kan tempatnya); lain ~ lain ikannya prb lain negeri lain adatnya; tahu di dlm ~ prb tahu betul tentang kesulitan sesuatu perkara; tentang ~ lepas tuba, tentang ikan akan mati prb, Mn menyampaikan sesuatu maksud (kehendak dll) biarlah tepat pd tempat dan waktunya.Kamus Dewan Edisi Keempat
paluh1. tanah lekuk yg bertakung dgn air, lopak, lubuk; 2. anak sungai, alur; 3. Jw tanah berlumpur yg dalam.Kamus Dewan Edisi Keempat
terusik1. telah diusik (diganggu, dicemari dsb): di kawasan pedalaman itu masih terdapat banyak lubuk ikan yg belum ~; 2. ki tersentuh (terharu dsb) perasaan: perasaan-nya mudah ~ apabila mendengar lagu itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
memancing1 menangkap ikan dll dgn pancing; mengail: Tiap-tiap minggu, banyak orang yg ~ ikan di lubuk itu. 2 ki melakukan sesuatu supaya mendapat apa-apa yg diingini; mengumpan: Janji-janji itu cuma utk ~ undi saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memancing1 menangkap ikan dll dgn pancing; mengail: Tiap-tiap minggu banyak orang yg ~ ikan di lubuk itu. 2 ki melakukan sesuatu supaya mendapat apa-apa yg diingini; mengumpan: Janji-janji itu cuma utk ~ undi saja.Kamus Pelajar
deburan1. (bunyi) pukulan ombak ke pantai, bunyi spt bunyi barang besar jatuh ke air; 2. ki perasaan (keadaan) yg berkecamuk: dgn hati yg berdamba bergetar, maka me­langkahlah dia perlahan-lahan menahan ~ di lubuk hatinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
pancing1 sekerat dawai bengkok yg hujungnya berkait dan digunakan utk menangkap ikan; mata kail: Sejurus kemudian, ~nya mengena. 2 sj alat drpd benang (tali), joran dan dawai bengkok yg hujungnya berkait yg digunakan utk menangkap ikan; kail. memancing 1 menangkap ikan dll dgn pancing; mengail: Tiap-tiap minggu, banyak orang yg ~ ikan di lubuk itu. 2 ki melakukan sesuatu supaya mendapat apa-apa yg diingini; mengumpan: Janji-janji itu cuma utk ~ undi saja. kepancingan berasa sakit tekak ketika menelan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyelam1. masuk ke dlm air (dgn seluruh badan): burung penguin sangat pandai ~ dan berenang; 2. masuk ke dlm air utk mencari sesuatu: dekat Mergui, perusahaan ~ mutiara ada dijalankan; 3. ki masuk dalam-dalam, terbenam, menghilang dlm sesuatu: keris itu ~ ke dlm belikatnya; kapal terbang itu ~ ke dlm awan; 4. ki = menyelami mencari atau menduga (isi hati, perasaan, dll orang lain), mengetahui, me­meriksa: kebanyakannya cuba ~ kesusahan kami sbg nelayan; aku mesti ~ lubuk hati gadis bakal isteriku; pandai ~ di air dangkal prb pandai membawa diri; sambil ~ minum air prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai;Kamus Dewan Edisi Keempat
tandu= tanduan 1. sj usungan (berupa kerusi, rumah-rumahan kecil, dll) utk membawa orang, joli: maka menteri keempat pun menyembah, lalu keluar naik ~nya, kembali ke rumahnya; 2. usungan utk mengangkut orang sakit (orang cedera dll): orang yg cedera dlm kema­lang­an jalan raya itu diusung ke hospital dgn ~; bertandu diusung dgn tandu, naik tandu: bonda Raja Mansor pun disuruh hantarkan ~ masuk ke dalam; menandu mengusung dgn tandu: maka Ben­dahara Lubuk Batu ditandu oranglah di­bawa lari, Selamat Gagah nama orang ~nya itu; orang yg cedera itu segera ditandu ke dlm motokar.Kamus Dewan Edisi Keempat
padang1. tanah yg lapang, lapangan; ~ bola padang tempat bermain bola sepak; ~ belantara = ~ gurun = ~ tiah tanah luas yg tidak di­kerjakan; ~ jarak = ~ tekukur padang atau tanah luas yg ditinggalkan (tidak dikerjakan); ~ (kapal) terbang lapangan terbang; ~ mahsyar padang tempat berkumpul pd hari kia­mat; ~ minyak tanah luas yg ada minyak tanah di dlmnya; ~ pasir tanah pasir yg sangat luas; ~ ragut = ~ rumput ternak kawasan tanah yg ditumbuhi rumput dan tumbuh-tum­buhan serupa yg sesuai utk diragut oleh binatang ternakan spt lembu dan biri-biri; ~ rumput padang yg ditumbuhi rumput; ~ tandus padang yg tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan; ~ tembak padang tempat berlatih menembak; ~ usaha lapangan atau lingkungan pekerjaan; 2. Kd sawah, bendang; ~ perahu di lautan, ~ hati di fikiran prb a) demikian luas hati itu, berapa banyak pun fikiran masuk di dalamnya; b) fikirkan sung­guh-sungguh sebelum melakukan sesuatu me­nurut kehendak hati; di ~ orang berlari, di ~ sendiri berjingkat prb suka menerima hak orang sahaja tetapi tidak memberi hak sendiri; lain ~ lain belalangnya, (lain lubuk lain ikannya) prb lain negeri lain adat resamnya; tersesak ~ ke rimba prb habis ikhtiar (akal) hingga tidak ada daya upaya lagi; berpadang mempunyai padang, ada padang­nya; diberi ~ luas prb diberi kebebasan utk memilih apa kehendaknya; orang menebus ~ senang, orang diberi beroleh sahaja prb sesuatu yg telah menjadi hak milik kita boleh dibahagi­kan sesuka hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas