lumayan | 1. cukup, agak banyak, sederhana (pendapatan, hasil, dll): jumlahnya tidak banyak tetapi ~; 2. banyak sekali, mewah: berbelanja besarlah anda pd hari itu kerana telah mendapat hadiah yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mending | 1. = mendingan lebih baik (perniagaan, penghasilan negeri, dll), lumayan, agak baik (penyakit), mulai sembuh: kalau jadi ~ juga itu, setengah juta bersih buat kita; 2. mujur, nasib baik, untung: ~ dia tidak tergelincir; 3. lebih elok kalau: mengapa beli rokok, ~ beli gado-gado? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyiang | 1. = menyiangi mencabut rumput (semak dll) supaya bersih: Hari Raya Pak Mat lumayan dgn duit, tanah perkuburan dia yg menyianginya; musim yg ketiga belum memberi apa-apa hasil lagi, padi masih disiangi; 2. = mempersiang membersihkan ikan (daging dll) sebelum dimasak: aku telah disuruh oleh mereka ~ dua ekor ikan cencaru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengusaha | 1. orang yg mengusahakan se-suatu (perusahaan, kegiatan penghasilan, dsb): ~-~ barang-barang kecil akan dapat menjual barang-barang mereka dgn harga pasaran yg agak lumayan; 2. = pengurus (sekolah dll), pengelola. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siang II | terang (halaman, kawasan, dll), bersih; menyiang 1. = menyiangi mencabut rumput (semak dll) supaya bersih: Hari Raya Pak Mat lumayan dgn duit, tanah perkuburan dia yg menyianginya; musim yg ketiga belum memberi apa-apa hasil lagi, padi masih disiangi; 2. = mempersiang membersihkan ikan (daging dll) sebelum dimasak: aku telah disuruh oleh mereka ~ dua ekor ikan cencaru; menyiangkan menyiang (ikan, ayam dsb) utk: selain membasuh pakaian dan mengemas rumah, dia juga sempat ~ ibunya ikan pd pagi itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membutirkan | 1. menyatakan dgn butir-butir, menceritakan dgn teliti: Encik Ramli ~ sebiji-sebiji pendapatnya; 2. ki menghasilkan: empat pemain wanita turut dipilih dgn harapan dapat ~ satu lagi pingat utk negara;ujian itu ~ pulangan yg agak lumayan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cukup | 1. tidak kurang (bilangan, banyak, besar, dll), sampai jumlahnya (besarnya dll), pada: pinggan mangkuk kita tidak ~, orang yg datang terlalu banyak; 2. sampai betul, genap (masa, usia, dll): hari Rabu ini ~lah empat puluh empat hari ia meninggal; ~ bulan a) genap sembilan bulan (mengandung); b) akhir bulan (hari gaji); ~ umur sudah akil baligh, sudah dewasa; 3. lengkap, sempurna (tidak ada kurangnya): putera kita ini sudahlah besar, dan ~ berakal; rumah itu ~ dgn perabotnya sekali; 4. sudah pd dgn itu (begitu) sahaja: kesukaan anaknya kpd Mariah telah ~ buat menundukkan hati nyonya itu; 5. sangat, lebih drpd yg memadai atau yg dijangka: badanku terasa ~ penat; mukanya ~ masam; 6. tidak kurang atau tidak lebih, lumayan, sedang: hasil yg diperolehnya boleh dikatakan ~lah buat mereka berdua; ~ keperluan sendiri tidak perlu apa-apa dr luar (segala keperluan dikeluarkan sendiri); 7. bp tidak kekurangan, agak kaya, berada: ayahnya orang yg ~; secukup; ~ hidup cukup utk membiayai perbelanjaan hidup sahaja; mencukupi 1. memadai, lengkap (keperluan, keinginan, dll): binatang itu memerlukan makanan yg ~; apabila sudah diperolehnya habuan-habuan yg ~, tinggallah mereka setahun dua di darat; 2. tidak kurang (utk sesuatu hal, keperluan, dll): buku kecil ini tentulah tidak ~ utk menerangkan segala-galanya; pendapatannya tidak ~ utk keperluan hidup diri dan keluarga; 3. bagi menjawab atau membalas (biasanya bkn jawaban dlm surat-menyurat): ~ surat tuan; mencukupkan menjadikan (memandang) cukup, melengkapkan, memadakan, menambah supaya cukup: utk ~ pendapatannya, ia perlu bekerja dgn lebih keras lagi; kerana hendak ~ belanja itu, terpaksalah ia mencari wang lagi; kecukupan ada apa yg diperlukan, tidak kekurangan: orang datang begitu banyak sehingga meja dlm restoran itu tidak ~; orang boros tentu saja tidak ~ belanja; berkecukupan tidak kekurangan, cukup segala yg diperlukan; ketidakcukupan perihal tidak cukup: alasan ~ peruntukan wang juga boleh diatasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
butir I | 1. biji yg kecil-kecil: ~ padi; ~ beras; 2. benda yg kecil-kecil (spt intan dll); 3. penjodoh bilangan utk barang-barang kecil yg bulat: se~ telur; dua ~ peluru; 4. bahagian kecil-kecil drpd sesuatu (benda, perkara, dll): dia spt mata-mata gelap yg hendak mengetahui ~-~ keterangan tentang diri seseorang; ~ debit (Eko) perkara yg ditulis dlm ruang kiri kira-kira perniagaan; ~ kredit (Eko) perkara yg ditulis dlm ruang kanan kira-kira perniagaan; ~ tanah bongkah tanah yg kecil-kecil; berbutir berbentuk atau berupa butir (biji kecil-kecil): taburkan racun ~ itu sama rata ke atas pokok atau di sekeliling pangkal pokok; tiada ~ Kl tidak terang;berbutir-butir 1. berupa atau berbentuk banyak butir: sagu rendang yg ~; 2. beberapa banyak butir: dia memberikan ~ emas itu kpd orang lain;membutirkan 1. menyatakan dgn butir-butir, menceritakan dgn teliti: Encik Ramli ~ sebiji-sebiji pendapatnya; 2. ki menghasilkan: empat pemain wanita turut dipilih dgn harapan dapat ~ satu lagi pingat utk negara; ujian itu ~ pulangan yg agak lumayan;butiran huraian atau keterangan lengkap tentang sesuatu dgn menyatakan hal yg kecil, perincian: setiap aduan perlulah ada ~ fakta utk memudahkan kerja penyiasatan itu; mereka memberikan pelbagai ~ selain tayangan video tentangan perancangan projek berkenaan;pembutiran perihal memberi (menyebut) segala butir (tentang sesuatu keterangan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pancing | alat utk menangkap ikan dsb yg terdiri drpd joran, tali yg hujungnya berkait tajam, dan umpan, kail; makan ~ terlekat pd mata kail, kena tangkap dgn kail (bkn ikan dll); ~ kacar pancing yg tidak memakai mata (utk menangkap sotong dll); ~ tunda pancing yg ditarik pd belakang perahu; main ~ sj permainan daun terup (kartu); umpan habis ~ putus, punca terlepas drpd tangan prb perbuatan atau usaha yg sia-sia, malahan rugi pula; memancing 1. menangkap ikan dll (dgn pancing); mengail: aku hendak ~, apa umpannya Andeh? 2. ki melakukan sesuatu dgn tujuan utk mendapat (mengetahui dll) apa yg dihajati, mengumpan (memikat dll): usul ini semata-mata utk ~ undi; menatap dgn pandangan seakan-akan ~ reaksiku; ~ rahsia mencari (mengetahui) rahsia; ~ di air keruh prb mencari keuntungan sewaktu keadaan kacau dll; niat hati hendak ~ ikan, tak mahu membuang umpan prb perihal orang yg mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi; pancing-memancing ki saling menarik hati, memujuk atau memikat seseorang supaya masuk ke dlm kumpulan berkenaan, biasanya dgn menawarkan pelbagai ganjaran yg menarik dan lumayan: kini soal ~ pemain-pemain dgn menjanjikan ganjaran dan habuan yg lumayan menjadi topik utama; terpancing kena pancing, terkail; niat hati hendak memancing temenung, sudah ~ ikan setoka prb lain yg dikehendaki, lain yg didapat (kemuliaan yg dihajati kehinaan yg diperoleh); pancingan sesuatu yg digunakan utk memancing (memikat dll), provokasi: rancangan itu sbg satu ~ undi pilihan raya; ini semua hanya ~; kepancingan penyakit sakit di kerongkong sewaktu menelan, kail-kail; pemancing orang yg memancing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
usaha | daya upaya (ikhtiar, kegiatan, per-buatan, dll) utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu: rajin dan ~ adalah tangga kejayaan; sebelum Marsden, belum ada ~-~ utk menerbitkan teks dr naskhah Melayu lama secara ilmiah; badan ~ badan yg melaksanakan sesuatu (usaha) utk memperoleh hasil; ~ bersama pekerjaan yg dilakukan bersama; ~ campuran usaha oleh beberapa pihak yg tergabung; ~ kerajinan tangan pekerjaan tangan (spt membuat tikar, mengukir, dll); ~ niaga usaha atau kegiatan perniagaan; ~ perladangan (perlombongan) pekerjaan perladangan (perlombongan); berusaha bekerja dgn giat utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu, berikhtiar, sedaya upaya (utk mencapai sesuatu), mengerjakan sesuatu usaha: mereka ~ dgn sungguh-sungguh utk mencapai matlamat mereka; kerajaan ~ utk menambah hasil pengeluaran getah; mengusahakan 1. melakukan (membuat) segala yg perlu (spt pekerjaan, kegiatan, ikhtiar, dll) utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan, dsb) sesuatu, mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (supaya tercapai sesuatu), menyelenggarakan: dia sendiri ~ terbitnya sebuah edisi Sejarah Melayu atas perhitungan bahasa semata-mata; kemajuan dan kemakmuran di pulau itu mestilah diusahakan bersama oleh kedua-dua bangsa itu; 2. mencari jalan (daya usaha dll) utk menyampaikan maksud (memperoleh sesuatu dsb), mengikhtiarkan, mengupayakan: kita tidak lama lagi akan hidup spt orang baik-baik, aku sedang ~ wangnya; 3. = ~ dirinya bekerja (bergiat) dgn sungguh-sungguh (segenap tenaga), berusaha keras: dia terlalu sangat rajin ~ dirinya dlm pelajaran; 4. mengurus sesuatu (pertubuhan dll) supaya berjalan dgn baik, menyelenggarakan: jikalau perkara itu berkenaan dgn cukai maka Kementerian Kewanganlah yg akan ~nya; 5. menghasil-kan, membuat, mengarang (buku dll), menye-lenggarakan sehingga (selesai): terjemahan ini telah diusahakan oleh saya sendiri; perusahaan 1. pekerjaan (kegiatan dsb) secara besar-besaran utk membuat (meng-hasilkan, mengeluarkan) barang-barang, industri: ~ batik di Kelantan; ~ gula; 2. pekerjaan ber-niaga secara besar-besaran, pekerjaan yg dilaku-kan utk mencari keuntungan: oleh sebab kedai itu terlampau kecil, dia sekarang membuka ~ di gedung yg lebih besar; ~ berat perusahaan secara besar-besaran yg menghasilkan barang berat-berat spt bahan dasar utk perusahaan-perusahaan lain dll; ~ kecil perusahaan yg dikerjakan secara kecil-kecilan (tidak memerlukan modal atau alat kelengkapan yg banyak dsb); pengusahaan perihal mengusahakan, pengerja-an, penyelenggaraan: ~ tanah; pengusaha 1. orang yg mengusahakan se-suatu (perusahaan, kegiatan penghasilan, dsb): ~-~ barang-barang kecil akan dapat menjual barang-barang mereka dgn harga pasaran yg agak lumayan; 2. = pengurus (sekolah dll), pengelola. | Kamus Dewan Edisi Keempat |