Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata luncung;

Peribahasa

Akan memikul tiada berbahu,
     akan menjunjung kepala luncung.

Bermaksud :

Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang. luncung = lancip.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
luncung IIberbentuk tirus tetapi pepat pd hujungnya; dihentak alu ~ prb dikalahkan oleh orang bodoh; meluncungkan melancipkan, meruncing­kan: bila ditanya ibunya di mana, ia ~ mulut­nya ke arah dapur.Kamus Dewan Edisi Keempat
luncung Imuncung (babi dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
luncungberbentuk tirus tetapi pepat atau dempak hujungnya. meluncungkan menjadikan luncung bentuknya: ~ bibir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
meluncungkanmenjadikan luncung bentuknya: ~ bibir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
alu I(alat) penumbuk padi dsb, antan; (bagai) guna-guna, ~ sesudah menumbuk di­campakkan prb, Mn dihargai waktu berguna dan jika tidak ada lagi perlunya dicampakkan (ditinggalkan); (bagai) dihentak ~ luncung prb, Mn dialahkan oleh orang yg tidak pandai atau yg lemah; bak ~ pencungkil duri prb Mn tidak mungkin dapat dilakukan; orang yg selancaran ~, atap yg berjahit, bendul bertekan prb, Mn perkauman yg dekat me-nurut adat.Kamus Dewan Edisi Keempat
memikul1. membawa barang dgn galas di atas bahu, mengandar, menggalas: ~ padi; 2. mengangkat, mengusung: maka ada bertemu lapan sepuluh orang tengah ~ meriam besar; Hassan ~ peti kacanya, aku menjunjung sekotak pinggan; 3. ki menghadapi dan harus melaksanakan dsb (sesuatu) sbg tanggung­jawab, menanggung: dia pun sama ~ hutang bapanya; akan ~ tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung prb tiada berdaya mengerjakan sesuatu tugas kerana tiada berilmu (tiada ber­wang); berat sama dipikul, ringan sama dijinjing prb suka duka sama-sama ditanggung;Kamus Dewan Edisi Keempat
pikul1. barang yg diangkat dgn galas di atas bahu: membeli se~ air minum; 2. ukuran berat yg besarnya 100 kati (lebih kurang 62.5 kg): harga lima ~ beras ialah RM150; berpikul-pikul beberapa pikul; memikul 1. membawa barang dgn galas di atas bahu, mengandar, menggalas: ~ padi; 2. mengangkat, mengusung: maka ada bertemu lapan sepuluh orang tengah ~ meriam besar; Hassan ~ peti kacanya, aku menjunjung sekotak pinggan; 3. ki menghadapi dan harus melaksanakan dsb (sesuatu) sbg tanggung­jawab, menanggung: dia pun sama ~ hutang bapanya; akan ~ tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung prb tiada berdaya mengerjakan sesuatu tugas kerana tiada berilmu (tiada ber­wang); berat sama dipikul, ringan sama dijinjing prb suka duka sama-sama ditanggung; memikulkan 1. memikul beban utk orang lain; 2. meletakkan sesuatu di bahu utk dipikul; 3. membebankan, memberi menanggung, me­nyerahkan (kewajiban, tanggungjawab, dll) kpd: aturan-aturan baru yg dipikulkan kpd kita; terpikul 1. dapat atau berupaya dibawa di atas bahu: saya tidak ~ seguni beras itu; 2. ditanggung, terletak: kini tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak ~ di bahunya; 3. dapat ditanggung, terderita, tertahan: dia mengalami tekanan jiwa yg tidak ~ olehnya; pikulan 1. tongkat utk memikul sesuatu, galas, gandar; 2. beban atau muatan yg dipikul; pemikul orang yg memikul beban.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas