kikis II | Mn hilang, luput; hilang ~ hilang lenyap, luput sama sekali; mengikis 1. menghilangkan, melenyapkan, meluputkan: kemesraan itu sekarang sudah cukup sebati dan tidak dapat dikikis lagi; ~ ingatan yg mengacau di fikirannya; 2. menghabiskan (harta benda): oleh sebab suka berjudi ia telah ~ habis harta pusaka drpd orang tuanya; terkikis terluput, lenyap (dr ingatan): segala peristiwa itu sudah hampir ~ dr ingatannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luput | 1 tidak dikenang lagi; hilang; lenyap: Perkara itu sudah ~ drpd ingatan saya. ~ dr mata tidak kelihatan lagi. 2 terlepas (drpd bahaya, tuduhan dll); terhindar. meluputkan 1 menghilangkan; melenyapkan: ~ sesuatu drpd ingatan. 2 mengelakkan (bahaya, tuduhan dll): ~ diri melepaskan diri; menghindarkan diri. terluput terlepas (terjauh, terhindar) drpd. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
luput drpd dakwaan | terlepas drpd dakwaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luput drpd mata (di mata) | hilang drpd mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luput drpd hati (di hati) | hilang drpd hati (lenyap drpd ingatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luput | 1. hilang, lenyap: zaman dongeng-mendongeng sudah ~ sekarang; ~ drpd hati (di hati) hilang drpd hati (lenyap drpd ingatan); ~ drpd mata (di mata) hilang drpd mata; ~ drpd ingatan; 2. terhindar (drpd), terjauhkan (drpd), terlepas (drpd): ~ drpd bahaya; ~ drpd dakwaan terlepas drpd dakwaan; 3. tidak mengena (pd sasaran), menyimpang (drpd sasaran), salah: dilemparinya budak itu tapi ~; meluputkan 1. menghilangkan, melenyapkan; ~ drpd ingatan menghilangkan drpd ingatan; 2. melepaskan; ~ diri melepaskan diri; 3. mengelakkan (pukulan, serangan, dll), menangkis: ditikamnya dada Hang Jebat, serta diluputkan oleh Hang Jebat tikaman Laksamana itu; terluput terhindar drpd, terjauhkan drpd, terlepas drpd: sbg manusia biasa, dia juga tidak ~ drpd salah dan silap; ~ drpd bencana; keluputan perihal luput, kelenyapan, kemusnahan; peluputan perihal meluputkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekal | tetap ada berterusan (utk sepanjang masa), tidak hapus (luput, hilang, berubah, dsb), abadi: berusaha utk mewujudkan keamanan yg ~; kasih yg tidak ~; iman yg sempurna dan pekerti yg baik itulah yg ~, disebut orang selama-lamanya; dunia (alam) yg ~ akhirat; ~ abadi kekal utk selama-lamanya; ~ karar kekal serta aman tenteram; tidak ~ bunga dikarang prb perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yg tidak lama wujudnya; berkekalan sentiasa ada atau berterusan (tidak hapus, hilang, berubah, dsb utk sepanjang masa atau lama sekali), berlanjutan (utk selama-lamanya): Quran kemudian ditulis dlm bentuk sebuah kitab yg ~ hingga hari ini; oleh sebab keadaan darurat berlanjutan, ~lah perintah berkurung yg dikenakan itu; berkekalkan sl = mengekalkan; mengekalkan menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlanjutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dsb): ~ keamanan di dunia; ~ peraturan yg ada sekarang; kekekalan perihal kekal, keadaan yg tetap (tidak luput, berubah, dsb) selama-lamanya; pengekalan perihal (usaha dsb) mengekalkan, pemeliharaan (supaya berterusan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudah luput drpd kenangan | sudah tidak dikenang atau diingati lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cek luput | cek yg sudah lepas tarikh lakunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akaun luput | akaun yg tempoh matangnya telah tamat atau berlalu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |