Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.da] | مادا

Definisi : akronim bagi Muda Agricultural De-velopment Authority (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.da] | مادا

Definisi : 1. Mn tidak ada perasaan, tebal telinga; 2. bp bodoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mada


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
MADAakronim bagi Muda Agricultural De-velopment Authority (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda).Kamus Dewan Edisi Keempat
mada1. Mn tidak ada perasaan, tebal telinga; 2. bp bodoh.Kamus Dewan Edisi Keempat
madarMn ark mada.Kamus Dewan Edisi Keempat
ganjaran1. hadiah (utk perbuatan baik dll): Patih Gajah Mada pun memberi ~ akan perwira itu empat ratus pitis; 2. balasan (utk perbuatan jahat dll): dia akan mendapat ~ pd kemudian hari kerana kejahatan-kejahatannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
beratukanmengabdikan diri kpd ratu, beratu kpd: anak buah Patrik Aria Gajah Mada yg ~ Raden Galuh Wi Kesuma.Kamus Dewan Edisi Keempat
memperbinimenjadikan bini, mengahwini: saja akan diperbininya juga puteri itu oleh Patih Gajah Mada;Kamus Dewan Edisi Keempat
enggantidak mahu, tidak suka: jika spt itu perbuatan Seri Betara dan Pateh Gajah Mada akan Laksamana, ~lah aku pergi ke Majapahit itu; ia ~ berjalan dgn Ramli; ~ jikalau sl kecuali (melainkan, jika tidak); ~ seribu daya, mahu sepatah kata prb jika tidak mahu (suka) selalunya banyaklah jawabnya, tetapi kalau mahu atau suka itu hanya sedikit sahaja jawabnya; enggan-enggan hendak tidak hendak, mahu tidak mahu; mengenggankan tidak membenarkan, tidak meluluskan, menolak akan, tidak suka (setuju) akan: rasa tidak ada jaminan ~ mereka melanjutkan pekerjaan itu; keengganan ketidaksudian, ketidakmahuan: ~nya utk ikut serta dlm pertemuan itu menimbulkan tanda tanya; mereka ~ utk menghantarkan anak-anak perempuan jauh dr kampung mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
turus negerisl pembesar negeri (penghulu dll), pasak negeri: betapa peri aku memecat Pateh Aria Gajah Mada ini? Suatu pun tiada salahnya kpd aku, lagi ia penaka ~ bumi Majapahit;Kamus Dewan Edisi Keempat
ratu1. raja (perempuan): ~ Elizabeth; 2. permaisuri; 3. sl raja: ~ Majapahit; 4. ki gelaran kpd pemenang wanita dlm peraduan kecantikan dll: ~ cantik; ~ fesyen; ~ kebaya; ~ sanggul; beratukan mengabdikan diri kpd ratu, beratu kpd: anak buah Patrik Aria Gajah Mada yg ~ Raden Galuh Wi Kesuma.Kamus Dewan Edisi Keempat
turus1. tiang drpd kayu dll (utk mengukuhkan pagar, belat, dll), tonggak: dicabutnya ~ pagar yg terpacak itu; 2. kayu atau buluh yg digunakan utk penjalaran kacang (sirih dll), junjungan; 3. = ~ negeri sl pembesar negeri (penghulu dll), pasak negeri: betapa peri aku memecat Pateh Aria Gajah Mada ini? Suatu pun tiada salahnya kpd aku, lagi ia penaka ~ bumi Majapahit; ketua ~ pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara); pegawai ~ kumpulan pegawai kanan (dlm tentera) yg membantu pegawai pemerintahnya; ~ belat tiang atau tonggak yg menahan belat; ~ dayung kayu yg dipasang tegak tempat meletakkan dayung (pd perahu dll); ~ empang tiang yg menahan empang (supaya jangan runtuh); menurus tegak spt turus; menuruskan sl mengikatkan seseorang pd turus (sbg hukuman).Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas