[ma.du] | مادو
Definisi : 1. cecair manis yg terdapat dlm sarang lebah dan bunga, manisan: ~ lebah; ~ bunga; gula dan ~ disangka manis, manis lagi se-nyummu tuan; 2. ki manis benar (senyuman dll); senyum ~ senyuman yg manis benar; ~ satu tong, jikalau rembes, rembesnya pun ~ juga prb jika baik asalnya, keturunannya pun baik juga; dlm ~ berisi hempedu prb jangan mudah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yg jahat; di luar bagai ~, di dlm bagai hem-pedu prb tipu muslihat biasanya dilakukan dgn perkataan yg lemak manis; laut ~ berpantaikan sakar prb perkataan manis yg keluar drpd mulut orang yg elok rupanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ma.du] | مادو
Definisi : 1. wanita lain yg menjadi isteri kpd suami sendiri; 2. ki saingan dlm percintaan; bermadu mempunyai madu (bkn isteri yg suaminya beristeri lagi): di negerinya ~ itu sudah lazim terbiasa, tersimpul dlm adat; dia minta cerai jika saya kahwin lagi, ~ itu pahit baginya; memadu memadukan: Usinah yg tidak mahu dimadu, diceraikannya; memadui 1. menjadi madu kpd, bermadu dgn; 2. memberi bermadu (suami terhadap isterinya); memadukan menjadikan sbg madu: isteri-nya tidak rela dimadukan; mempermadukan menjadikan (membiarkan) bermadu dgn: seboleh-bolehnya, jangan sampai Ramlah dipermadukan; permaduan 1. perihal bermadu: masa dlm tangan mandur besar dahulu, enam orang madu saya, dlm ~ itulah saya abang ambil; 2. perihal beristeri lebih drpd satu pd satu ketika (laki-laki), poligami: ~ dianggap kolot sekarang ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ma.du] | مادو
Definisi : ; ~ mancung Id perhubungan dua sisi yg merupakan sudut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ma.du] | مادو
Definisi : 1 = air ~ air manis yg terdapat dlm bunga atau dlm sarang lebah; manisan. 2 ki manis serta menarik sekali: senyum ~ senyum yg manis sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[ma.du] | مادو
Definisi : wanita lain yg juga menjadi isteri kpd suami sendiri: Siti Zubaidah telah dihina oleh ~nya, Puteri Sajarah. bermadu mempunyai madu (bkn wanita yg suaminya mempunyai isteri lain); ada madunya: Jarang ada orang ~ yg tidak bersanggit dgn madunya. memadui menjadi madu kpd (bkn wanita): Gadis itu ~ rakan karibnya sendiri. memadukan menjadikan sbg madu: Dia keberatan jika dirinya dimadukan. mempermadukan menjadikan bermadu; memberi bermadu akan isterinya (bagi suami yg beristeri lagi): Dia tidak sanggup hendak ~ isterinya yg setia itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)