magnetik | (magnétik) mempunyai sifat magnet. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
disket | (diskét) kepingan magnetik drpd plastik yg digunakan utk merakamkan data dsb dgn komputer, cakera liut: difahamkan lebih 3000 ~ mengandungi maklumat perikanan negara yg dikumpulkan sejak tiga tahun lalu musnah dlm kebakaran itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
magnetit | (magnétit) bijih besi yg magnetik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cakera padat | (Komp) sj cakera magnetik yg mempunyai ketumpatan perakaman yg tinggi, dgn storan yg lebih besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cakera liut | (Komp) sj cakera magnetik yg ringan dan fleksibel utk menyimpan data, biasanya terdapat dlm saiz (garis pusat) 8 inci, 5.25 inci, dan 3.5 inci, disket; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kompas | 1. alat yg menentukan arah mata angin, yg mempunyai jarum magnetik yg bergerak bebas dan menunjuk ke arah utara: pasukan pengakap tersebut mencari jalan keluar dr hutan itu dgn menggunakan ~; jarum ~ jarum pd kompas yg menunjukkan arah; 2. sj alat berkaki dua utk melukis bulatan, mengukur jarak pd peta, carta, dsb, jangka lukis: elok menggunakan ~ utk membuat bulatan yg sempurna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
medan(field) | 1. Kumpulan data yang boleh diolah sebagai satu unit tunggal. 2. Ruang bagi menempatkan butiran data. 3. Kawasan pengaruh magnetik yang dijanakan oleh magnet. | Kamus Komputer |
cakera | 1. = cakeram sl roda; 2. = cakeram senjata yg bulat pipih dan tajam tepinya: selapis panah dan selapis dadap dan selapis ~; 3. besi yg pipih bulat yg dilemparkan dlm pertandingan sukan; 4. (Komp) sj peranti drpd kepingan bersalut magnet yg digunakan utk menyimpan data dan atur cara komputer; ~ keras (Komp) sj cakera yg dapat menyimpan banyak data; ~ liut (Komp) sj cakera magnetik yg ringan dan fleksibel utk menyimpan data, biasanya terdapat dlm saiz (garis pusat) 8 inci, 5.25 inci, dan 3.5 inci, disket; ~ optik (Komp) sj cakera yg menggunakan teknologi laser utk merakamkan data pd cakera; ~ padat (Komp) sj cakera magnetik yg mempunyai ketumpatan perakaman yg tinggi, dgn storan yg lebih besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |