dewan | /déwan/ 1 balai atau ruang tempat diadakan majlis-majlis forum (tari-menari, perbahasan dll): Forum itu telah diadakan di ~ Canselor, Universiti Malaya. 2 badan atau lembaga yg memberi nasihat (membuat sesuatu keputusan dll) melalui mesyuarat: ~ Rakyat telah membincangkan Rancangan Malaysia Kelima. ~ Negara majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. ~ Rakyat majlis tertinggi yg membuat undang-undang (menentukan dasar-dasar kerajaan serta mengawasi pelaksanaannya). ~ Undangan Negeri majlis perwakilan rakyat negeri-negeri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dewan | /déwan/ 1. balai atau ruang tempat diadakan majlis-majlis forum (tari-menari, perbahasan dll): Forum itu telah diadakan di ~ Canselor, Universiti Malaya. 2. badan atau lembaga yg memberi nasihat (membuat sesuatu keputusan dll) melalui mesyuarat: ~ Rakyat telah membincangkan Rancangan Malaysia Kelima. ~ Negara majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. ~ Rakyat majlis tertinggi yg membuat undang-undang (menentukan dasar-dasar kerajaan serta mengawasi pelaksanaannya). ~ Undangan Negeri majlis perwakilan rakyat negeri-negeri. | Kamus Pelajar |
pakaian kebesaran | pakaian yg dipakai di majlis-majlis rasmi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pakaian kebesaran | pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengatur cara | 1. orang yg mengendalikan sesuatu majlis: ~ majlis; 2. (Komp) orang yg menganalisis sesuatu masalah dan menulis atur cara supaya data yg berkaitan boleh di-proses oleh komputer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bernasyid | menyampaikan nasyid: kumpulan nasyid ini ~ di majlis-majlis keramaian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jamuan | 1. makanan yg dihidangkan (kpd tetamu), sajian: ~nya menyelerakan; 2. = majlis ~ majlis yg disertai dgn hidangan makan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ranggi I | 1. elok, gagah, tampan (sikap dll): pemuda itu ~ dan lawa; tahun 1985, muda-mudi lebih senang dgn gaya ~; pakaian yg santun dan ~ ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi; 2. bp angkuh, lagak, sombong: anak kurang ajar, nak tunjuk ~; sengaja ia hendak tunjukkan ~nya saja, boleh meminang anak orang dgn ringgitnya; meranggikan menunjukkan angkuh (sombong, lagak, dll) dgn, melagakkan, menyombongkan: ia hendak ~ wang ringgit orang tuanya; keranggian sikap angkuh (sombong, bermegah), kesombongan, kemegahan: berpindah drpd ~ dan rasa tinggi diri para akademik kpd sesuatu pengiktirafan berbagai-bagai jenis pencapaian cemerlang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerusi | 1. sj tempat duduk yg ada kaki dan tempat bersandar (dan biasanya juga tempat meletakkan tangan); 2. ki kedudukan (dlm persidangan, Parlimen, dll), jawatan: parti pembangkang mendapat beberapa buah ~ dlm Majlis-Majlis Undangan Negeri; Malaysia telah melantik wakilnya utk menduduki ~ dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; berebut ~ berebut (menerusi pilihan raya dll) utk mendapat kedudukan dlm Parlimen (majlis undangan, persidangan, dll); 3. (Eko) keahlian seseorang atau organisasi dlm sesuatu bursa saham; ~ anjal sj kerusi yg dapat melentingkan juruterbang keluar dr pesawat ketika kecemasan; ~ elektrik kerusi bercas elektrik tempat penjenayah menjalani hukuman mati; ~ goyang kerusi yg boleh bergoyang-goyang apabila diduduki orang; ~ lenting kerusi anjal; ~ malas kerusi yg menganjur panjang (utk berbaring); ~ panas ki a) kedudukan seseorang dlm sesuatu jawatan tertinggi yg memerlukan seseorang itu memikul tanggungjawab yg berat, berisiko tinggi serta perlu membuat keputusan dan tindakan dgn segera; b) jawatan atau kedudukan tertinggi dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, pertandingan dll yg menjadi rebutan atau selalu bertukar ganti penjawatnya: ~ panas pengurus skuad badminton negara; ~ panjang kerusi yg panjang (digunakan sbg pembaringan atau tempat duduk bagi dua atau tiga orang); ~ rehat = ~ seti kerusi atau tempat duduk panjang (utk dua atau tiga orang); ~ roda sj kerusi beroda utk kegunaan orang cacat anggota atau orang sakit; ~ serang (Marin) sj kerusi kayu yg digunakan utk menurunkan atau menaikkan pekerja ketika menyenggara atau mengecat kapal; ~ tangan kerusi yg mempunyai pemegang di sisinya (utk meletakkan tangan); ~ urut kerusi yg direka bentuk khas utk mengurut bahagian tertentu badan secara getaran; mempengerusikan 1. menjadi atau berlaku sbg ketua persidangan (perhimpunan, mesyuarat, dsb), memimpin, atau mengendalikan mesyuarat dsb (supaya segala perbincangan dan urusan berjalan dgn licin dan teratur): Perdana Menteri membuat pengumuman demikian sejurus setelah ~ sidang mingguan kabinet; 2. mengetuai dan memimpin (pertubuhan, suruhanjaya, jawatankuasa, dll): Suruhanjaya ini di pengerusikan oleh Hakim Besar; pengerusi 1. ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): ~ Lembaga Pengarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nasyid | Ar lagu (biasanya dinyanyikan secara kumpulan) yg mengandungi seni kata yg berunsur Islam: terdengarlah suara suci kudus melagukan ~ dan qasidah; bernasyid menyampaikan nasyid: kumpulan nasyid ini ~ di majlis-majlis keramaian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |