pakaian kebesaran | pakaian yg dipakai di majlis-majlis rasmi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pakaian kebesaran | pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ranggi I | 1. elok, gagah, tampan (sikap dll): pemuda itu ~ dan lawa; tahun 1985, muda-mudi lebih senang dgn gaya ~; pakaian yg santun dan ~ ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi; 2. bp angkuh, lagak, sombong: anak kurang ajar, nak tunjuk ~; sengaja ia hendak tunjukkan ~nya saja, boleh meminang anak orang dgn ringgitnya; meranggikan menunjukkan angkuh (sombong, lagak, dll) dgn, melagakkan, menyombongkan: ia hendak ~ wang ringgit orang tuanya; keranggian sikap angkuh (sombong, bermegah), kesombongan, kemegahan: berpindah drpd ~ dan rasa tinggi diri para akademik kpd sesuatu pengiktirafan berbagai-bagai jenis pencapaian cemerlang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
santun | 1. halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, sopan: sungguh tidak diduganya perempuan yg lemah lembut, sopan dan ~ itu telah berubah sikap; pakaian yg ~ dan ranggi ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi; 2. berasa kasihan (akan orang lain), suka menolong; sudah merasa maka ~ prb setelah merasai sesuatu kesusahan barulah berasa belas kasihan akan penderitaan orang lain; menyantun, menyantuni menaruh belas kasihan, suka menolong (orang lain); kesantunan perihal (sifat dsb) santun, ke-sopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya; penyantunan 1. perihal menyantun(i); 2. pemberian pertolongan; penyantun 1. (orang yg) halus budi bahasa, sopan: dia gadis pemalu, pelajar dan ~; 2. menaruh belas kasihan (akan orang lain), suka menolong, baik hati: engkau akan beroleh kemanakan yg ~, yg tidak mengenal bosan dan jemu; 3. penolong, pembantu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
upacara | 2 majlis rasmi (utk melantik seseorang, memperingati sesuatu dll): ~ pelantikan menteri baru sudah dijalankan pagi tadi. | Kamus Pelajar |
adat istiadat | berbagai-bagai adat dan kebiasaan; 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb), upacara: ~ perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
program | 1 rancangan mengenai dasar serta cara menjalankan sesuatu. 2 susunan acara dlm sesuatu pertandingan sukan (majlis rasmi dll). 3 arahan berupa kod yg dimasukkan ke dlm sistem komputer utk membolehkan data diproses atau dikendalikan oleh komputer; atur cara. memprogramkan 1 mengatur atau menyusun rancangan, aktiviti dsb mengikut program: Semua aktiviti dlm kursus itu telah diprogramkan. 2 memasukkan program atau atur cara ke dlm komputer supaya sesuatu tugas dpt dijalankan mengikut arahan. pemprograman proses atau hal memprogramkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tuksedo | (tuksédo) sj jaket lelaki berwarna hitam atau putih yg biasanya dipakai dgn tali leher kupu-kupu utk menghadiri majlis rasmi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
upacara | 1 majlis keramaian mengikut sesuatu adat kebiasaan atau agama: ~ mencukur kepala anak kecil. 2 majlis rasmi (utk melantik seseorang, memperingati sesuatu dll): ~ pelantikan menteri baru sudah dijalankan pagi tadi. 3 tanda kebesaran (spt payung, pedang); alat kerajaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
istiadat | 1 peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; adat kebiasaan; resam: Budak itu masih tidak tahu akan ~ raja-raja. adat ~ berbagai-bagai adat yg menjadi kebiasaan. 2 majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa; upacara: ~ penyampaian hadiah telah diadakan pd sebelah malamnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |