kumpuan | majmuk: daun ~ daun yg terbahagi kpd beberapa anak daun yg terlekat pd gagang atau tangkai daun yg sama, daun majmuk; kanta ~ kanta yg terdiri drpd beberapa kanta ringkas yg terlekat atau terletak bersaingan pd paksi yg sama, kanta majmuk; mata ~ mata (spt mata serangga, ketam, dll) yg terdiri drpd gabungan beberapa mata ringkas, mata majmuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
majmuk | terdiri drpd beberapa bahagian yg bersatu (bkn perkataan dll); tidak tunggal: ayat ~ ayat besar yg terdiri drpd dua ayat kecil atau lebih; kata ~ perkataan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna; masyarakat ~ masyarakat yg terdiri drpd berbagai-bagai (suku) kaum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memajmukkan | menjadikan majmuk, menggabungkan dua atau beberapa kata dsb supaya menjadi bentuk majmuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
majmuk | terdiri atau terbentuk drpd beberapa bahagian dsb tetapi merupakan kesatuan; cahaya ~ Id cahaya yg berasal atau terjadi drpd beberapa cahaya lain; kalimat ~ = ayat ~ (Lin) kalimat yg mengandungi (terdiri drpd) dua atau tiga kalimat lain; kata ~ (Lin) gabungan dua atau tiga perkataan yg mempunyai satu pengertian; masyarakat ~ masyarakat yg terdiri drpd beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa; minyak ~ sj minyak wangi (merupakan campuran drpd beberapa jenis minyak wangi lain); memajmukkan menjadikan majmuk, menggabungkan dua atau beberapa kata dsb supaya menjadi bentuk majmuk; kemajmukan sifat atau keadaan majmuk, kepelbagaian yg terdapat dlm sesuatu (gabungan, kesatuan, dll): ~ imej budaya Ma-laysia sebelum 1969 telah bertukar kpd budaya Malaysia yg berteraskan kebudayaan Melayu; ~ masyarakat negara Malaysia; pemajmukan perihal (proses atau perbuatan) memajmukkan, penghasilan atau penciptaan sesuatu dgn memadukan dua atau beberapa bahagian atau unsur, penggabungan unsur-unsur dsb menjadi satu kesatuan: peng-gabungan perkataan yg membawa satu makna yg tertentu disebut ~ dan hasilnya disebut kata majmuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalimat | 1. ayat; anak ~ ayat kecil yg tidak dapat berdiri sendiri dan bergantung pd atau menjadi sebahagian drpd ayat yg lain (ayat majmuk); induk ~ ayat yg dapat berdiri sendiri sbg ayat lengkap dan menjadi bahagian yg terpenting atau ayat pangkal dlm ayat majmuk (bersusun); 2. perkataan; ~ (kata) lepas kalimat (kata) yg berdiri sendiri (tidak berhubungan dgn yg lain). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masyarakat majmuk | masyarakat yg terdiri drpd berbagai-bagai (suku) kaum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kata majmuk | perkataan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna; | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ayat majmuk | ayat besar yg terdiri drpd dua ayat kecil atau lebih; | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kata majmuk | rangkaian kata dgn kata, kata dgn kata pokok yg tidak dpt berdiri sendiri atau dgn bahagian drpd sesuatu kata yg membawa makna tertentu (spt lompat jauh, bola tampar, tunjuk ajar). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mikroskop majmuk | mikroskop yg mempunyai dua sistem kanta (kanta objek dan kanta mata); | Kamus Dewan Edisi Keempat |