Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.kin] | ماکين

Definisi : 1. = semakin menjadi lebih, kian ber­tambah: hati Maskam ~ meradang; lanun-lanun itu ~ buas; 2. sl lebih-lebih lagi, apa lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.kin] | ماکين

Definisi : = semakin (terus) bertambah; kian: Perniagaannya ~ maju. Hatinya ~ panas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
makin (kata tugas)
Bersinonim dengan semakin, kian, bertambah, menjadi lebih.,

Puisi
 

Kinabalu gunung mengawan,
     Makin direnung makin terharu;
Kalau rindu pandangkan bulan,
     Pesan kirim di angin lalu.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Ilmu padi,
     makin berisi makin runduk.

Bermaksud :

Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. (Peribahasa lain yang sama makna: Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
larat I1. dibawa arus, pergi jauh-jauh, hanyut: ada untung digantung sauh, kalau tidak ~lah kami; sauhnya ~ sauhnya hanyut (tidak dapat berkuat); 2. dlm berbagai-bagai erti bermaksud bertambah sangat (berdukacita, mengembara, dll): makin lama makin ~, makin dilupakan makin teringat; hati hiba membawa ~; ~ fikiran a) terlalu amat sedih; b) tersesar (fikiran); ~ hati sedih hati, lara; berlarat, berlarat-larat, melarat 1. bertambah jauh (hanyut, pergi, dll), berpanjang­-panjang, berkait-kait (perbualan, cerita, dll), berlarut-larut, menjadi-jadi, merebak: mereka bercakap berlarat-larat dr perkara tem­bakau sampai ke perkara politik; saya harap peperangan ini tidak melarat, mudah­-mudahan lekas padam dan berhenti; 2. tidak menentu (kedudukan dll), tidak terjaga: hidup mereka sangat melarat, pengangguran menjadi-jadi; melarat panjang selalu dlm kesusahan; memperlarat menjadikan lebih panjang (lama, rumit, dll); kemelaratan perihal (keadaan) melarat: ~ hidup; salah satu kecaman Allah ialah manusia yg tidak membantu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kian I1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas; sekian 1. sedemikian, sebanyak itu (ini), sebegitu: ~lah huraian secara ringkas mengenai masalah itu; ingin kembali ke kampung setelah ~ lama ditinggalkan; 2. = sekian­-sekian yg tertentu (hari, angka, dll): dia akan datang pd sekian-sekian hari; 3. se­hingga: bukan kepalang lama waktu, ~ terasa oleh Mak Guna; berkian-kian terlalu banyaknya, banyak­banyak: harta dunia yg ~ banyaknya.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkawal1. berjaga (mengawasi di sesuatu tempat): beberapa orang anggota polis tinggal ~ di tempat itu; 2. diawasi, dijaga: makin ~, makin kecurian;Kamus Dewan Edisi Keempat
memeningkan1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membi­ngungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
memeningkan kepala1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membi­ngungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
sahaja II2 tidak perlu ditokok atau ditambah; apa-apa yg ada: Dgn mata kasar ~ pun kita dpt melihatnya dgn jelas. Makin ~ makin elok parasnya.Kamus Pelajar
usahkan1. jangankan: wahai nenek, ~ kami berjumpa, mendengar namanya baru ini-lah; 2. bukannya, jangankan, tidak pula: makin lama ~ makin pandai, makin pula bodoh; 3. daripada, dari.Kamus Dewan Edisi Keempat
rampokark kumpulan yg memecah rumah orang: ukuran hidup makin hari makin naik dan bersama itu makin naik pula jumlah ~, pengemis, dan kupu-kupu malam; merampok mencuri dgn memecah rumah, meng­ambil barang orang dgn paksa, menja­rah: maka turunlah Badwi dr gunung datang ~ dan menyamun; rampokan (barang) yg dirampok, hasil me­ram­pok: barang-barang ~; kerampokan kemasukan perampok; perampokan perihal merampok, perbuatan me­rampok: ia dihukum 15 tahun penjara kerana ~ bersenjata; perampok orang yg merampok, penjarah.Kamus Dewan Edisi Keempat
mingkinJk makin; mingkinan makin sangat, bertambah sangat.Kamus Dewan Edisi Keempat
tua-tua kelapamakin tua makin baik;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas