Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.ri.fat]/[ma/.ri.fat] | معرفة

Definisi : Ar 1. ilmu mengenali sesuatu; 2. (dlm ilmu tasawuf) ilmu mengenali hal kerohanian pd peringkat yg tertinggi atau sempurna; bermakrifat 1. (dlm ilmu tasawuf) berfikir dalam-dalam tentang sesuatu, bertafakur; 2. mengetahui benar-benar: bolehkah hamba ~ bahawa hamba akan mati bersama-sama dgn ibu hamba? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.ri.fat]/[ma/.ri.fat] | معرفة

Definisi : pengetahuan yg tinggi atau yg sempurna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata makrifat

Puisi
 

Malam ini malam Ahad,
     Malam besok malam Isnin;
Inilah jalan-jalan makrifat,
     Tuntutlah ilmu sampai berkenan.


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
makrifatpengetahuan yg tinggi atau yg sempurna.Kamus Pelajar Edisi Kedua
makrifatAr 1. ilmu mengenali sesuatu; 2. (dlm ilmu tasawuf) ilmu mengenali hal kerohanian pd peringkat yg tertinggi atau sempurna; bermakrifat 1. (dlm ilmu tasawuf) berfikir dalam-dalam tentang sesuatu, bertafakur; 2. mengetahui benar-benar: bolehkah hamba ~ bahawa hamba akan mati bersama-sama dgn ibu hamba?Kamus Dewan Edisi Keempat
arifinAr (jamak bagi arif) orang yg mendapat makrifat drpd Allah.Kamus Dewan Edisi Keempat
sejadinyaasalnya (semula jadi): akal ma­nusia dgn keadaan ~ mengandungi se­bahagian drpd makrifat semula jadi;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyingsing1. = menyingsingkan menarik ke atas (kain, lengan baju, dll) supaya pendek, menggulung (supaya pendek): ~ lengan baju; 2. hilang (awan, kabus, dll), lenyap, menyisih: kabus mulai ~; 3. mulai terbit (fajar), mulai terang: kadang-kadang ia melanjutkan tidurnya sehingga fajar ~; 4. menyingkap, mendedahkan: al-Quran yg ~ makrifat yg betul;Kamus Dewan Edisi Keempat
singsing; menyingsing 1. = menyingsingkan menarik ke atas (kain, lengan baju, dll) supaya pendek, menggulung (supaya pendek): ~ lengan baju; 2. hilang (awan, kabus, dll), lenyap, menyisih: kabus mulai ~; 3. mulai terbit (fajar), mulai terang: kadang-kadang ia melanjutkan tidurnya sehingga fajar ~; 4. menyingkap, mendedahkan: al-Quran yg ~ makrifat yg betul; tersingsing 1. sudah disingsingkan (lengan baju, kaki seluar, kain, dll); 2. terbuka atau terselak sedikit (kelambu, langsir, dll); 3. tersisih (awan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
arif1. yg mengetahui (biasanya dirujuk kpd seseorang yg memahami sesuatu dgn men­dalam atau luas pengetahuannya): saya meng­angguk lagak doktor yg sudah ~ akan penyakit yg dihidapi kanak-kanak itu; ia ~ akan hal-hal tersebut; ~ bijaksana arif lagi pandai; 2. bijaksana, berasaskan pemikiran yg mendalam: hal inilah yg wajar diselidiki, wajar diberi penelitian secara ~; 3. Ar orang yg mendapat makrifat drpd Allah. mengarifi arif akan, memahami: sbg seni­man, dia sewajarnya ~ apa yg berlaku di sekitarnya; mengarifkan menjadikan arif; kearifan perihal arif: mereka meminta nasihatnya kerana ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
jadi I1. (sebenarnya) berlaku, sebenarnya (benar-benar) melakukan sesuatu, ber­lang­sung: Ali ~ pergi ke Ipoh; 2. berhasil, berjaya: akhirnya ~ juga pekerjaan itu; 3. selesai (dikerjakan); tidak ~ gagal, tidak berhasil; 4. lahir, dilahirkan; hari ~ a) hari dilahirkan; b) Id hari natal (Krismas); sejalan ~ saudara seibu; semula ~ sejak lahir (bkn bakat dll); 5. = jadinya kerananya, kerana itu: ibunya sakit, ~ terpaksalah dia pulang; 6. = jadilah (ber)setuju: dia ~ hendak membeli tanah itu dgn harga yg ditetapkan; kalau begitu, ~; 7. bertukar kpd: sepatutnya boleh sampai ke rumah dlm masa setengah jam, tetapi sekarang sudah ~ dua jam; 8. sudah siap (dibuat), sudah selesai: baju yg sudah ~; boleh ~ mungkin, barangkali; ~ alas cakap = ~ pelapik kaki prb hadiah (sagu hati) yg diberi kpd seseorang yg telah berjasa; ~ air mandi prb perkara yg sudah menjadi kebiasaan; ~ bapa kuda prb orang lelaki yg suka berkahwin di sana sini dan bersenang-senang tanpa membuat sesuatu pekerjaan; ~ bumi langit prb orang yg sangat diharapkan; ~ dinding lasak peti manian prb orang yg menjadi harapan raja; ~ kuda beban prb orang suruhan; ~ penghubung kaki ta­ngan = ~ penghubung mata telinga prb tempat harapan yg selalu memberi per­to­longan; ~ penghubung hujung lidah (mulut) prb orang yg menyampaikan pe­sanan sese­orang; ~ teluk olakan air prb perdebatan yg hanya berkisar pd satu masalah; lubuk ~ pan­tai, pantai ~ lubuk prb nasib manusia itu tidak tetap, ada kalanya senang, ada kalanya susah; sejadinya asalnya (semula jadi): akal ma­nusia dgn keadaan ~ mengandungi se­bahagian drpd makrifat semula jadi; sejadi-jadi, sejadi-jadinya sekuat-kuat­nya, sekeras-kerasnya: berteriak ~; menjadi 1. utk dikenali (diiktiraf, dianggap, dll) sbg, utk memegang jawatan (peranan dll) sbg: dia terpilih ~ ratu kebaya; dilantik ~ penge­rusi jawatankuasa; 2. bekerja (berlaku, bertindak, memegang jawatan, dll) sbg: dialah yg ~ ketua dlm kumpulan itu; 3. bertukar atau beralih kpd sesuatu keadaan (bentuk dll): tempat yg kesibukan itu ~ lengang selepas pergaduhan itu; air yg tadinya jernih, kini ~ keruh; 4. berjaya spt yg diharap-harapkan: dia begitu bangga sekarang kerana anak-anaknya semuanya ~, dua orang menjadi doktor, dua orang guru, seorang peguam, dan seorang lagi pengurus bank; 5. men­jelma sbg; menjadi-jadi, berjadi-jadi bertambah-tam­­bah (banyak, besar, hebat, keras, dll): setelah kena hujan demamnya ~; menjadikan 1. membuat: mereka bersorak-sorak, ~ suasana hingar bingar; 2. menye­bab­kan: kelakuan beginilah yg selalu ~ orang tua kamu susah; 3. menimbulkan: kelewatan penyanyi itu telah ~ keadaan huru-hara; 4. mencipta, mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam semesta ini; 5. mengangkat (memilih) sbg: majikannya telah ~nya pengawas­ perusa-haan itu; terjadi (sudah) berlaku (dibuat, dijadikan, dll): kebakaran itu ~ disebabkan oleh ke­rosakan elektrik; ~ drpd Id terdiri (ter­bentuk) drpd: bahan itu ~ drpd beberapa unsur; jadi-jadian, jadian 1. manusia yg boleh mengubah dirinya menjadi binatang (ter­utamanya harimau): harimau ~; ilmu ~ ilmu yg membolehkan seseorang itu mengubah diri menjadi binatang dll; 2. nampak tidak spt yg sebenarnya: bunga ~;kejadian 1. perkara yg berlaku, peristiwa: polis telah menyiasat ~ itu; 2. perihal ter­jadinya atau dijadikan, kelahiran: ~ langit dan bumi; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan; 3. Id (sudah) berlaku, terjadi: hal itu boleh ~ pd setiap orang; hal-hal yg ~ di merata tempat; penjadian perihal (proses) menjadikan, pen­ciptaan, pewujudan; penjadi ark orang dll yg membuat (men­jadikan) sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas