Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata maksud,

Puisi
 

Apa guna pelita minyak,
     Sumbu kain berjurai-jurai;
Apalah guna harta yang banyak,
     Kalau teringin maksud tak sampai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Maksud hati memeluk gunung,
     apa daya tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai).

 

Lihat selanjutnya...(43)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
manausj tumbuhan (rotan besar), Calamus manan; laksana ~, seribu kali embat haram tak patah prb sesuatu yg sangat kuat dan teguh; spt maksud ~ = maksud bagai maksud ~ prb cita-cita yg tidak mungkin dicapai; spt me-ngilang ~ prb suatu masalah yg sangat sukar; memanau 1. membuat gawar-gawar drpd manau; 2. memukul dgn rotan, merotan.Kamus Dewan Edisi Keempat
membawa makna (maksud)mempunyai sesuatu maksud.Kamus Pelajar Edisi Kedua
urungtidak jadi (permainan dll), batal: maka ~lah maksud orang itu drpd memiliki tanah itu; tidak ~ tidak boleh tidak; mengurungkan menjadikan tidak jadi, mem-batalkan (maksud, tujuan, dll): maksud hendak berjalan keluar diurungkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengurungkanmenjadikan tidak jadi, mem-batalkan (maksud, tujuan, dll): maksud hendak berjalan keluar diurungkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
memusingkan1. menjadikan berpusing, me­mutar: apabila roda kanan dipusingkan, roda kiri pun berpusing juga; ~ undang-undang memutarbalikkan maksud undang­-undang; ~ wang (modal) mengedarkan wang utk berniaga, memperniagakan; 2. = ~ kepala menyebabkan pusing (kepala), memeningkan kepala: semua pertanyaan itu tidak berjawab dan ini ~ kepalanya; ada beberapa hal yg ~ saya masa ini; 3. menghilangkan akal, mem­bingungkan, menyukarkan, menyusahkan: cara menghafal satu-satu spt pengajaran makna peribahasa dan maksud-maksud huruf penambahan sangat ~; 4. bersusah-susah memikirkan, turut memikirkan, me­ngendahkan, menghiraukan, mempedulikan: segala pesanan orang tuanya tidak dipusingkan; 5. mengalihkan hala, mengubah arah: ~ mukanya ke arah lain; ia terpaksa ~ badannya apabila hendak memandang ke arah lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
tafsir1 keterangan atau penjelasan mengenai maksud ayat Quran atau hadis. 2 = tafsiran penjelasan me­nge­nai maksud sesuatu ayat dll: Berbagai-bagai ~ telah diberikan ter­hadap kenyataan tsb. mentafsirkan 1 menerangkan maksud sesuatu ayat Quran. 2 memberikan penjelasan; me­nghuraikan; menjelaskan. pen­tafsiran perihal (perbuatan dll) men­tafsirkan; penjelasan. pentafsir orang yg mentafsirkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
maksud1. tujuan, hajat, kehendak, niat: ~ aku ke sini ialah hendak berjumpa dgn engkau; ~ hatiku pun hendak ke sana juga; 2. erti yg tersimpul dlm sesuatu ayat (per­buatan dll): apakah ~ perkataanmu itu?; aku masih belum tahu lagi ~ aku dipanggil; bermaksud 1. bertujuan, berhajat, berke­hendak, berniat (hendak): kami ~ hendak menyerahkan wang itu dgn seberapa segera; 2. mengandungi erti: apa yg diucapkan sebentar tadi itu tidak ~ demikian; memaksudkan 1. menghendaki, meminta: dialah yg dimaksudkan hadir dlm seminar itu; 2. memberi erti yg sebenar, (hendak) menyampaikan atau menyatakan (sbg mak­sud): Ali masih samar-samar tentang apa yg dimaksudkan oleh perempuan tua itu; apabila ia menerangkan tentang pendekatan struktur, ia ~ pendekatan formalistik juga; termaksud dikehendaki, dimaksudkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
maksud hatitujuan;Kamus Dewan Edisi Keempat
niat1. maksud atau tujuan sesuatu perbuatan: mematikan orang sakit dgn ~ hendak menamatkan penderitaannya ialah suatu kesalahan; 2. ingatan (dlm hati): ~ kita hendak ke Kampar; ~ baik maksud yg baik; ~ hati tujuan (kehendak) hati; 3. janji (dlm hati) utk melakukan sesuatu jika terkabul sesuatu yg dihajati, kaul, nazar; melepas ~ membayar nazar; berniat 1. bertujuan (akan), bermaksud (akan): aku pun tidak ~ lagi hendak pulang ke rumahmu; 2. berjanji (akan), berkaul, bernazar: beta ini laki isteri hendak pergi berkaul dan ~ di lautan Tanjung Jati; berniat-niat berharap-harap supaya, meng­harapkan benar; meniatkan 1. mengharapkan, me­maksud­kan: niat itu hendaklah diniatkan dlm hati; 2. menjanjikan utk melakukan sesuatu (se­telah sampai hajat dll), mengaulkan, me­nazarkan; 3. Mn berdoa utk memohon se­suatu, mengharapkan; terniat telah diniatkan, datang niat, ter­maksud: Nahidah tidak ~ hendak meng­khabarkannya; niatan niat.Kamus Dewan Edisi Keempat
makbul1. diterima (permintaan, doa, dll), tercapai (maksud dll), berhasil: semua per-mintaannya sudah pun ~; 2. mustajab (ubat, jampi, dll), manjur, mujarab: maka jampi pawang itu tiada ~; memakbulkan menerima (permintaan, doa, dll), mengabulkan, menyampaikan (maksud dll), memperkenankan: permintaannya itu dimakbulkan oleh Kongres; termakbul diterima (permintaan, doa, dll), terkabul, tercapai (maksud dll): harapan hatinya ~lah sudah; kemakbulan perihal makbul: utk ~ doa, banyak kaedah perlu diikuti.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas