Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
maksud (kata nama)
1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad, kasad, anju, hujung,

2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil,

Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
manausj tumbuhan (rotan besar), Calamus manan; laksana ~, seribu kali embat haram tak patah prb sesuatu yg sangat kuat dan teguh; spt maksud ~ = maksud bagai maksud ~ prb cita-cita yg tidak mungkin dicapai; spt me-ngilang ~ prb suatu masalah yg sangat sukar; memanau 1. membuat gawar-gawar drpd manau; 2. memukul dgn rotan, merotan.Kamus Dewan Edisi Keempat
muradAr 1. maksud, kehendak, keinginan: telah sampailah hajat dan ~ masing-masing; 2. maksud yg lebih luas.Kamus Dewan Edisi Keempat
niat1. maksud atau tujuan sesuatu perbuatan: mematikan orang sakit dgn ~ hendak menamatkan penderitaannya ialah suatu kesalahan; 2. ingatan (dlm hati): ~ kita hendak ke Kampar; ~ baik maksud yg baik; ~ hati tujuan (kehendak) hati; 3. janji (dlm hati) utk melakukan sesuatu jika terkabul sesuatu yg dihajati, kaul, nazar; melepas ~ membayar nazar; berniat 1. bertujuan (akan), bermaksud (akan): aku pun tidak ~ lagi hendak pulang ke rumahmu; 2. berjanji (akan), berkaul, bernazar: beta ini laki isteri hendak pergi berkaul dan ~ di lautan Tanjung Jati; berniat-niat berharap-harap supaya, meng­harapkan benar; meniatkan 1. mengharapkan, me­maksud­kan: niat itu hendaklah diniatkan dlm hati; 2. menjanjikan utk melakukan sesuatu (se­telah sampai hajat dll), mengaulkan, me­nazarkan; 3. Mn berdoa utk memohon se­suatu, mengharapkan; terniat telah diniatkan, datang niat, ter­maksud: Nahidah tidak ~ hendak meng­khabarkannya; niatan niat.Kamus Dewan Edisi Keempat
erti1. maksud yg terkandung dlm sesuatu perkataan (ayat, peribahasa, ungkapan, lambang, kiasan, dll), makna: kata “pekerja” telah digunakan sbg pengganti kata “kuli” pd zaman kolonial, dan mempunyai ~ tertentu dlm masyarakat bahasa Indonesia; 2. ki guna, faedah, kepentingan: lebih baik diam sahaja, jika itu memberi ~ kpd penghidupan kita sekarang; ~ kata makna (konsep) kata, maksud, takrif; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg biasanya atau sebenarnya); ~ (yg) mendatang erti lain yg terbit drpd sesuatu makna asal; seerti serupa atau sama ertinya; kata ~ kata yg ertinya sama atau hampir-hampir sama dgn kata (kata-kata) yg lain; bererti 1. mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna: sering kali apa yg diucapkannya tidak ~ sama sekali; 2. ertinya, bermakna, bermaksud: ini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama banyak dlm pertubuhan dunia itu; 3. berguna, berfaedah, mustahak, penting: bagi kita yg sudah lama menderita ini, bantuan yg sebanyak itu tidak ~ langsung; 4. sebenarnya, sama halnya dgn: membiarkan sahaja kampung yg dianggap berbahaya ini ~ mendedahkan negeri ini kpd anasir jahat;keberertian keadaan bererti: ~ sosial drpd iltizam mereka yg sentiasa berubah; mengerti mengetahui atau memahami erti (kepentingan dll) yg terkandung (dlm perkataan, ucapan, perbuatan, dll): ia menganggukkan kepalanya tanda ~ akan isyarat yg dilihatnya;dimengerti difahami (diketahui) ertinya (tujuannya, maksudnya, kepentingannya): buku itu bukanlah sekadar dibaca sahaja tetapi utk ~ akan isinya; mengertikan 1. menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti, mentafsirkan: batu nisan itu mempunyai tulisan yg tidak dapat diertikan; maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai; kalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju; 2. membuat atau menjadikan (orang dll) mengerti;ertian tafsiran; pengertian 1. fahaman, tanggapan (gambar­an) bkn sesuatu: kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dlm kira-kira; 2. erti, gagasan, idea, konsep: mengikut ~ sains, istilah “pernafasan” itu meliputi segala proses mengubah tenaga; 3. persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~; 4. penerangan, penjelasan: perkataan “baik” digunakan utk memberi penerangan atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tafsir1 keterangan atau penjelasan mengenai maksud ayat Quran atau hadis. 2 = tafsiran penjelasan me­nge­nai maksud sesuatu ayat dll: Berbagai-bagai ~ telah diberikan ter­hadap kenyataan tsb. mentafsirkan 1 menerangkan maksud sesuatu ayat Quran. 2 memberikan penjelasan; me­nghuraikan; menjelaskan. pen­tafsiran perihal (perbuatan dll) men­tafsirkan; penjelasan. pentafsir orang yg mentafsirkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
niat1 maksud atau tujuan melakukan sesuatu; hajat; kehendak: Wahai tuanku yg bangsawan, patik tahu akan ~ tuanku memanggil patik pulang. 2 janji utk berbuat sesuatu jika tercapai hajat; kaul; nazar. berniat 1 bermaksud; bertujuan: Aku pun tidak ~ hendak pulang ke rumahmu lagi. 2 berjanji akan berbuat sesuatu jika tercapai hajat; bernazar; berkaul: Dia ~ akan berpuasa seminggu jika ia lulus dlm peperiksaan itu. meniatkan 1 menyimpan sesuatu sbg niat (di hati); memaksudkan. 2 menjadikan sesuatu sbg niat; menjan­jikan sesuatu (utk melakukan sesuatu setelah tercapai hajat dll); menazarkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
erti1 maksud yg terkandung dlm sesuatu kata, ayat, peribahasa, lambang dll; makna: Cuba terangkan ~ perkataan ini. 2 guna; faedah: Kekayaan tidak ada ~nya bagi orang yg sudah sakit tenat. ~ kata makna sesuatu kata; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg sebenarnya). bererti 1 mempunyai erti; ada ertinya; bermakna: Ayat-ayat itu tidak ~ sama sekali. 2 ertinya; maksudnya: Perbuatannya itu ~ menyindir kita. 3 berguna; berfaedah: Bantuan sebanyak itu tidak ~ sama sekali jika tidak ikhlas memberikannya. mengerti dpt menangkap atau dpt memahami erti sesuatu kata (ayat, isyarat dll): Dia ~ akan apa-apa yg dikatakan oleh gurunya. mengertikan 1 menerangkan erti sesuatu (kata dll); memberikan ertinya: kata-kata Inggeris yg diertikan dlm bahasa Melayu. 2 menjadikan orang dll mengerti: Memang susah ~ orang bodoh. pengertian 1 pengetahuan dlm fikiran atau gambaran ttg sesuatu; faham: Tidak mudah menanam ~ ttg rukun negara kpd murid-murid. 2 tanggapan; konsep: Dlm ~ kebudayaan yg luas ini, perkahwinan merupakan satu aspek hidup manusia bermasyarakat yg bersistem. seerti sama ertinya: kata ~ kata(-kata) yg sama atau yg hampir-hampir sama ertinya; sinonim.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memusingkan1. menjadikan berpusing, me­mutar: apabila roda kanan dipusingkan, roda kiri pun berpusing juga; ~ undang-undang memutarbalikkan maksud undang­-undang; ~ wang (modal) mengedarkan wang utk berniaga, memperniagakan; 2. = ~ kepala menyebabkan pusing (kepala), memeningkan kepala: semua pertanyaan itu tidak berjawab dan ini ~ kepalanya; ada beberapa hal yg ~ saya masa ini; 3. menghilangkan akal, mem­bingungkan, menyukarkan, menyusahkan: cara menghafal satu-satu spt pengajaran makna peribahasa dan maksud-maksud huruf penambahan sangat ~; 4. bersusah-susah memikirkan, turut memikirkan, me­ngendahkan, menghiraukan, mempedulikan: segala pesanan orang tuanya tidak dipusingkan; 5. mengalihkan hala, mengubah arah: ~ mukanya ke arah lain; ia terpaksa ~ badannya apabila hendak memandang ke arah lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
niat1 maksud atau tujuan melakukan sesuatu; hajat; kehendak; maksud: Wahai tuanku yg bangsawan, patik tahu akan ~ tuanku memanggil patik pulang. 2 janji utk berbuat sesuatu jika tercapai hajat; kaul; nazar. berniat 1 bermaksud; bertujuan: Aku pun tidak ~ hendak pulang ke rumahmu lagi. 2 berjanji akan berbuat sesuatu jika tercapai hajat; bernazar; berkaul: Dia ~ akan berpuasa seminggu jika ia lulus dlm peperiksaan itu. meniatkan 1 menyimpan sesuatu sbg niat (di hati); memaksudkan. 2 menjadikan sesuatu sbg niat; menjanjikan sesuatu (utk melakukan sesuatu setelah tercapai hajat dll); menazarkan.Kamus Pelajar
maksud1 apa-apa yg dikehendaki; niat yg tertentu; kehendak; tujuan: Itulah ~ saya datang ke mari. 2 tujuan yg terkandung dlm sesuatu ayat dll; erti: Ayat ini ~nya begini. bermaksud 1 mempunyai tujuan tertentu; berniat; bertujuan: Kami tidak ~ hendak menyusahkan hati saudara. 2 membawa erti; bermakna: Ayat ini ~ bahawa memberi sedekah lebih mulia drpd menerima sedekah. memaksudkan 1 menjadikan sbg tujuan sesuatu perbincangan dll; menghendaki: Saudaralah yg saya maksudkan. 2 menjadikan sbg maksud atau erti yg sebenarnya: Apakah yg dimaksudkan oleh ayat ini?Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas