maksyuk | Ar yg mengasyikkan, yg dikasihi (tercinta), buah hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cinta berahi | terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asyik | 1. menaruh berahi atau perasaan cinta yg amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan): raja itu sedang ~ kpd tuan puteri; 2. sedang sibuk, leka (dgn sesuatu), khayal (melakukan sesuatu): kalau dah ~ ber-bual lupa akan makan; ~ maksyuk a) berkasih-kasihan; b) orang yg sedang berkasih-kasihan, sepasang kekasih; c) Tuhan dan hamba-Nya; 3. Ar orang yg menetapkan renungan dan pandangan rohaniah pd Allah SWT kerana didorong oleh cinta dan kasih kepada-Nya; asyik-asyik balik-balik, sering kali: ~ perkara itu juga yg dibangkitkannya; mengasyikkan 1. menimbulkan berahi (pd seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menyebabkan asyik (leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku cerita yg ~ pembaca; keasyikan kelekaan (sewaktu sedang melakukan sesuatu): mereka memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman; keasyik-asyikan sangat asyik (berahi, leka, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
motif | 1. sebab (tujuan) yg mendorongkan seseorang melakukan sesuatu atau bertindak: soal kesusasteraan ini juga tidak terlepas drpd ~ ekonomi, kerana apa guna-nya mengarang kalau tidak dibeli orang; 2. dasar fikiran atau pendapat: cerita ini juga memperlihatkan ~ pengarangnya yg tegas sekali; 3. pokok (dasar, tema) dlm sesebuah cerita dll: hikayat yg mempunyai ~ dua orang asyik-maksyuk bercerai tetapi akhirnya bertemu kembali; 4. sesuatu yg dijadikan dasar atau corak pd lukisan (ukiran dll): penenun Iban paling gemar meng-gunakan ~ manusia, binatang, dan tumbuh-tumbuhan; bermotifkan mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg motif, berasaskan, berpunca drpd: pending yg dijumpai di Perak itu ~ bunga teratai; pembunuhan itu mungkin ~ perasaan dendam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cinta | 1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu; ~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang); ~ monyet cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja; ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya; cintakan cinta akan, mencintai; bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu; bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharapharapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~; kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesayangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera; ~ buku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |