malahan | 1 lebih drpd itu; bahkan juga; semakin bertambah: Selepas minum ubat, ~ menjadi-jadi sakitnya. Usahkan menegur, ~ memandangnya pun aku tidak sudi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
malahan | malah I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malahan | 1. bahkan, kian (bertambah), makin (bertambah): bukan itu sahaja, ~ aku sanggup berbuat apa sahaja utk menolong engkau; hujan yg kelihatan reda sebentar tadi ~ lebih lebat sekarang; 2. padahal, sedangkan: jangankan hendak pergi, ~ bergerak dr tempat duduknya pun tidak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malah | = malahan 1 lebih drpd itu; bahkan juga; semakin bertambah: Selepas minum ubat, ~ menjadi-jadi sakitnya. Usahkan menegur, ~ memandangnya pun aku tidak sudi. 2 sebaliknya pula: Dia kelihatan tidak bersukacita, ~ berdukacita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bahkan | 1. malahan, tetapi juga, lebih-lebih lagi: mereka bukan sahaja melanggar kemahuan orang tua mereka, ~ merosakkan adat istiadat Melayu; 2. sl saya, ya: sembahnya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahkan | tetapi juga; malahan: Kerana kejayaannya, dia bukan saja diberi tahniah, ~ diberi hadiah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melahan | bp malah, malahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahkan | tetapi juga; malahan: Kerana kejayaannya, dia bukan saja diberi tahniah, ~ diberi hadiah. | Kamus Pelajar |
malah I | malah I = malahan 1. bahkan, kian (bertambah), makin (bertambah): bukan itu sahaja, ~ aku sanggup berbuat apa sahaja utk menolong engkau; hujan yg kelihatan reda sebentar tadi ~ lebih lebat sekarang; 2. padahal, sedangkan: jangankan hendak pergi, ~ bergerak dr tempat duduknya pun tidak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
justeru | 1 kebetulan; tepat. 2 malahan; bahkan: Saya tidak pernah mengkhianati dia, ~ saya menolong dia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |