Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata malas-malas

Puisi
 

Saya malas berkepuk ladang,
     Kepuk tidak berisi padi;
Saya malas berambut panjang,
     Sebab tidak berani mati.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Ditangkap buaya,
     nampak riaknya;
ditangkap malas tak bertanda.

Bermaksud :

Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
celihmalas-malas, segan-segan.Kamus Dewan Edisi Keempat
teledor(telédor) 1. tidak menjalankan tang­gungjawab, lalai, lengah, malas-malas: ampuni cucumu ini jika dia salah, tegur jika dia ~; 2. tidak berapa tekun bekerja (belajar dll), agak mundur (dlm pelajaran): tolong nasihati budak ini jika dia ~ dlm pelajarannya; 3. suka berlengah-lengah atau bertangguh-tangguh (membayar hutang dll); 4. ark bodoh, bengal, degil (makian);meneledorkan tidak mempedulikan kewajib-an dll, mengalpakan, melalaikan, mencuaikan; keteledoran perihal teledor, kealpaan (dlm pekerjaan, kewajiban, dll), kecuaian, kelalaian, kelengahan: tidaklah dia sunyi drpd kesalahan, ~, kesilapan dan kegagalan.Kamus Dewan Edisi Keempat
merengsabermalas-malas, berasa malas (utk bekerja dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
malastidak mahu berbuat sesuatu; segan atau enggan berbuat sesuatu: Orang yg ~ tidak patut ditolong. bermalas-malas berehat-rehat atau bersenang-senang tanpa membuat apa-apa kerja: Mereka dilarang ~ di rumah. memalaskan menjadikan malas. kemalasan sifat malas: ~nyalah yg menyebabkan dia mundur dlm pelajarannya. pemalas orang yg malas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berat badana. malas bergerak atau malas berusaha. b. sedang hamil (bkn wanita).Kamus Pelajar Edisi Kedua
malas I1. tidak mahu berbuat apa-apa (bekerja dll), segan, lwn rajin: aku tidak mahu menolong orang yg ~ bekerja spt kamu ini; 2. tidak sudi, tidak suka, enggan, segan: kalau di tempat orang, jangan ~ bertanya; bermalas-malas duduk dgn tidak membuat sesuatu apa pun, duduk berehat-rehat, lengah: selepas makan, dia duduk di bawah pohon itu ~; memalaskan menjadikan malas: ia sengaja hendak ~ suaminya; kemalasan perihal malas: ia dicaci orang kerana ~nya; pemalasorang yg malas, penyegan: ia ~ dan penyegan tetapi penjudi.Kamus Dewan Edisi Keempat
malas II; burung ~ sj burung, a) burung segan, Caprimulgus indicus; b) burung kubur, Capri-mulgus macrurus.Kamus Dewan Edisi Keempat
rengsa I(réngsa) 1. lemah badan, tidak ber­tenaga, berasa malas, segan (tidak bernafsu dll); 2. gatal-gatal, pedih, tidak selesa, sakit dsb pd sesuatu bahagian tubuh: kadangkala mata mungkin menjadi ~; hemoroid me­nyebabkan salur darah di sekitar dubur kembang dan ~; 3. (Bio) berupaya bergerak balas terhadap rangsangan spt sentuhan, cahaya dan haba (bkn organisma hidup): nyamuk itu ~ terhadap DDT yg disembur di dlm rumah hingga menyebabkan ia tidak hinggap lama pd dinding; merengsa bermalas-malas, berasa malas (utk bekerja dll); merengsakan menyebabkan berasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, panas, sakit dsb): lampin jenis ini boleh juga ~ kulit kanak-kanak jika ia tidak serasi dengannya; pen­dedahan dlm jangka masa pendek boleh ~ mata, hidung dan kerongkong; kerengsaan 1. rasa lemah badan (tidak bertenaga), kelesuan; 2. keadaan atau rasa gatal-gatal, pedih, merah, panas dsb pd sesuatu bahagian badan, iritasi: ini akan menimbulkan ruam dan ~ pd kulit; tempat suntikan yg berulang-ulang boleh menyebabkan ~; 3. mengalami keadaan rengsa: perbezaan ini kelihatan kecil, tetapi sebenarnya kulit bayi lebih mudah terjejas, mudah ~ dan terdedah kpd kerosakan; perengsa bahan atau unsur yg merengsakan: semut yg menggigit mengeluarkan cecair ~ pd tempat gigitannya; asap rokok sbg bahan ~ perlu disingkirkan sama sekali drpd lingkungan pesakit asma.Kamus Dewan Edisi Keempat
berpelukberdakap, berkapuk: Raja Puspa Dewi pun ~ bercium dgn adinda baginda; ~ tangan (tubuh) a) berdakap (bersilang) ta­ngan di dada; b) ki malas berusaha (bekerja); duduk ~ lutut a) duduk dgn tangannya mendakap lutut; b) ki malas berusaha (bekerja);Kamus Dewan Edisi Keempat
lengah(léngah) 1. kurang peduli (ingat-ingat), cuai, lalai, leka: rancangan itu akan dijalan­kan dgn tidak ~-~ lagi; 2. tidak segera, lambat, malas: lekas-lekas kembali, jangan ~ di laut; berlengah-lengah, berlengah 1. berlalai­-lalai, berlama-lama, berlambat-lambat, bermalas­-malas: dgn tiada ~ lagi kami pun menaiki kereta tersebut lalu pergi; 2. berbuat sesuatu utk melalaikan diri, berleka-leka: ia ~ ber­main catur; melengah 1. tidak segera (melakukan sesuatu), tidak hati-hati, lalai, leka: pernah sekali saya dimarahi kerana ~ melayan tetamu; 2. = ~ waktu mengisi masa yg lapang dgn mengerja­kan sesuatu: di bawah meja itu ada banyak majalah utk ~ waktu; 3. melakukan sesuatu utk menghiburkan atau mempersenang diri (orang lain dsb): ~ anak; ~ hati; melengah-lengah 1. berbuat sesuatu utk mem­persenang-senang atau menghibur-hiburkan diri (orang dsb); 2. = ~ waktu melakukan sesuatu (membaca dll) utk mengisi waktu; melengahkan, melengah-lengahkan me­lakukan sesuatu supaya lalai, mengabaikan, melalaikan, melambat-lambatkan: dlm pd itu Rosita tiada melalaikan dan ~ sekolahnya; sengaja membuat helah utk ~ masa; terlengah tidak teringat akan sesuatu, ter­lalai (oleh sesuatu), terlena; lengahan perihal lengah: tindakan yg meng­gunakan strategi ~. kelengahan 1. perihal lengah (lalai, cuai, dll), kelalaian: ~ kita telah menyebabkan kita sekalian menjadi mundur; 2. keadaan tidak berbuat apa-apa (menganggur); pelengah 1. orang yg selalu berlengah (berlambat-lambat atau lalai); 2. sesuatu yg boleh melengahkan (bermain, membaca, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas