malu II | ; si ~ = puteri ~ = malu-malu sj tumbuhan (pokok renek kecil, yg apabila tersentuh daunnya terkuncup), Mimosa pudica. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rebah II | ; ~ bangun sj tumbuhan (pokok renek), malu-malu, memalu, puteri malu, semalu, Mimosa pudica. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cengis II | ark; mencengis-cengis malu-malu (spt tidak tahu apa yg hendak dibuat), agak bingung, hairan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puteri II | ; ~ malu sj tumbuhan (pokok renek), keman, Mimosa pudica; bunga ~ sj tumbuhan (anggerik), bunga bidadari, ekor gajah, Grammatophyllum speciosum; daun ~ sj tumbuhan (pokok renek), adap-adap, balik adap, serogah, Musaenda glabra. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jengah II | Jk malu, kemalu-maluan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
katung II | sj penyu, Dermochelys coriacea; tersenget-senget bagai ~ di bawah reba prb orang kecil yg takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
colok II | ; mencolok 1. mencucuk (menusuk); 2. = ~ mata a) mencucuk mata; b) ki tampak jelas, kelihatan jelas benar; c) membangkitkan marah orang yg melihat, menyakitkan hati, memberi malu: apabila berlaku peristiwa-peristiwa yg ~ mata, menyakitkan hati, kita hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lanting II | lonjak, lompat; berlanting, melanting melonjak-lonjak, bergerak-gerak turun naik: malang ~ buluh pecah; melanting-lanting bagai cacing kepanasan prb tidak senang ataupun selalu gelisah (kerana susah, malu, dll); setinggi-tinggi melanting, jatuhnya ke tanah juga prb walau ke mana juga seseorang pergi, kelak kembali juga ke negeri sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tekur II | = bertekur tunduk; menekur 1. memandang ke bawah, menunduk: ia ~ ke tanah; dia tunduk ~ ke pangkuan silanya yg kemas; 2. ark tidak mahu memper-tahankan pendiriannya (haknya dll), mengalah: semenjak itu fikirannya sudah mulai agak ~; menekuri menekur ke, memandang ke bawah pd: dia ~ lantai; menekurkan; ~ kepala menundukkan kepala: Habibah sendiri ~ mukanya, malu tersipu-sipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepat II | 1. = ~ karang = ~ laut sj ikan laut, Pempheris spp.; 2. = ~ siam sj ikan darat, Trichogaster pectoralis; ~ padi = ~ ronggeng sj ikan darat, Trichogaster trichopterus; bagai anak ~ ketohoran prb seseorang yg menunjukkan kemalasannya ketika di rumah orang; bodoh-bodoh ~, tak makan pancing emas prb a) orang bodoh sekalipun tahu juga memilih apa yg baik utk dirinya; b) orang bodoh yg mendapat kecelakaan kerana ber-pura-pura bersikap spt orang tahu; tersen-deng-sendeng spt ~ di bawah mengkuang prb orang kecil yg takut dan malu hendak menghampiri orang yg lebih besar dan mulia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |