Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Dari mana tidaklah ke mana,
     Dari rumput berdaun padi;
Bulan mana tahun pun mana,
     Dendamlah luput di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kalau asal benih yang baik,
     jatuh ke laut menjadi pulau.

Bermaksud :

Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
meraung-raungkanmenggembar-gembur­kan, melaung-laungkan: ke mana-mana pun ia pergi, ia tetap ~ cita-cita politiknya;Kamus Dewan Edisi Keempat
rata1 tidak tinggi rendah; datar: Papan itu hendaklah diketam dahulu supaya ~. 2 seluruh permukaannya sama diliputi: Dinding itu hendaklah dicat ~. 3 semuanya beroleh bahagian yg sama: Pusaka itu dibahagi ~. 4 tersebar ke mana-mana (bkn berita); terdapat di mana-mana; di mana-mana pun ada: Wabak taun sudah ~ di negara itu. rata-rata 1 rata benar; sama banyaknya: Selepas tanah itu digemburkan, taburlah baja ini ~. 2 sama semuanya; pukul rata; umumnya: Orang bawahannya ~ segan dan hormat kpdnya. 3 dibahagi sama; pukul rata; hitung panjang: ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi semusim. merata 1 menjadi rata: Permukaan tasik itu kelihatan tenang dan ~ seolah-olah dipepat. 2 tersebar (pergi) ke mana-mana; merebak: Sebentar saja berita kematian pasangan gadis teruna itu ~ ke segenap kampung. merata-rata terdapat di banyak tempat; ada di segenap atau seluruh: Sampah sarap bersepah di ~ tempat. meratai merata di; merata ke segenap: Air yg tumpah itu ~ permukaan meja. meratakan 1 menjadikan rata; mendatarkan: Mereka sedang ~ kawasan itu utk dijadikan tapak perumahan. perataan perbuatan, hal dsb merata, meratai atau meratakan. perata alat (jentera dll) yg meratakan. serata seluruh; segenap: Poster pilihan raya telah ditampalkan di ~ tempat. menyeratakan menyiarkan, menghebahkan dsb ke serata tempat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mana-mana1. mana pun, barang apa pun, setiap: mereka tidak menyebelahi ~ pihak dlm pertikaian itu; bacalah ~ novel; ~ dokumen disimpannya baik-baik; 2. siapa­siapa, barang siapa: ~ yg setuju mengangguk-anggukkan kepalanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
rata1 tidak tinggi rendah; datar: Papan itu hendaklah diketam dahulu supaya ~. 2 seluruh permukaannya sama diliputi: Dinding itu hendaklah dicat ~. 3 semuanya beroleh bahagian yg sama: Pusaka itu dibahagi ~. 4 tersebar ke mana-mana (bkn berita); terdapat di mana-mana; di mana-mana pun ada: Wabak taun sudah ~ di negara itu. rata-rata 1 rata benar; sama banyaknya: Selepas tanah itu digemburkan, taburlah baja ini ~. 2 sama semuanya; pukul rata; umumnya: Orang bawahannya ~ segan dan hormat kpdnya. 3 dibahagi sama; pukul rata; hitung panjang: ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi semusim. merata 1 menjadi rata: Permukaan tasik itu kelihatan tenang dan ~ seolah-olah dipepat. 2 = merata-rata tersebar (pergi) ke mana-mana; merebak: Sebentar saja berita kematian pasangan gadis teruna itu ~ ke segenap kampung. merataimerata di; merata ke segenap: Air yg tumpah itu ~ permukaan meja. meratakan 1 menjadikan rata; mendatarkan: Mereka sedang ~ kawasan itu utk dijadikan tapak perumahan. 2 membahagi-bahagikan supaya rata; menyebarkan ke mana-mana: Kerajaan berusaha hendak ~ kemakmuran ke seluruh negara. perata alat (jentera dll) yg meratakan. serata seluruh; segenap: Poster pilihan raya telah ditampalkan di ~ tempat.menyeratakan menyiarkan dll ke serata tempat.Kamus Pelajar
mengepilrapat atau berhampiran dgn: Pergi ke mana pun, anak itu sentiasa ~ ibunya. Di pelabuhan itu, kelihatan beberapa buah kapal berlabuh ~ dermaga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perisa1. sedap (bahan makanan), enak, lazat: sesedap mana pun masakan orang lain, masakan emak lebih ~; 2. rasa tersendiri yg memang merupakan ciri asli atau semula jadi sesuatu, spt buah-buahan dan tumbuhan: ~ oren; ~ anggur; ~ vanila; 3. = bahan ~ bahan yg dibubuh dlm makanan atau minuman utk menambah rasa enaknya: kebanyakan makanan yg diproses telah dicampur dgn pewarna, ~ dan pengawet; berperisa mengandungi perisa: minuman air sirap ~ limau; minuman ~ halia; keperisaan kesedapan, keenakan: nikmatilah ~ buah-buahan sejati.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengepilrapat atau berhampiran dgn:Pergi ke mana pun, anak itu sentiasa ~ ibunya. Di pelabuhan itu, kelihatan beberapa buah kapal berlabuh ~ dermaga.Kamus Pelajar
berteman1. berkawan, bersahabat: sebenar­nya kedua-dua orang itu ~ baik; 2. tidak seorang diri, ada kawannya: ke mana pun pergi jarang-jarang aku ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
raungbunyi (suara) nyaring lagi panjang, te­riak panjang: ~ tangis yg amat sedih juga yg kedengaran di keliling rumah itu; ~ harimau; meraung 1. berbunyi (bersuara) nyaring dan panjang (anjing, serigala, dll), menggeru: harimau ~; 2. = meraung-raung menangis serta menjerit keras-keras, menggerung: dia ~ apabila saja dia melihat mayat anaknya terbujur; orang sakit itu meraung-raung sam­bil berlari ke sana sini; meraungkan meraung akan: jangan di­raungkan mayat itu; meraung-raungkan menggembar-gembur­kan, melaung-laungkan: ke mana-mana pun ia pergi, ia tetap ~ cita-cita politiknya; raungan raung: ~ dan tangisan bercampur-campur.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepil; berkepil-kepil bersusun rapat antara satu dgn yg lain (yg satu di sebelah yg lain); berdampingan rapat: Pd setiap hari minggu, banyaklah perahu, sampan dan motobot yg berlabuh ~ di kuala. mengepil rapat atau berhampiran dgn: Pergi ke mana pun, anak itu sentiasa ~ ibunya. Di pelabuhan itu, kelihatan beberapa buah kapal berlabuh ~ dermaga.mengepilkan 1 meletakkan (membawa) sesuatu rapat dgn; mendampingkan: ~ perahu ke tebing. 2 melekatkan sesuatu pd yg lain: Dia ~ sekeping gambar pd borang permohonan itu. terkepil 1 terletak berdamping dgn atau rapat dgn. 2 terlekat (dgn sesuatu, spt gam) pd sesuatu yg lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas