bermanik-manik | 1. memakai kalung dll drpd manik; 2. berbutir-butir spt manik (peluh dll): di daun-daun masih kelihatan air ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manik I | 1. butir-butir kecil drpd kaca atau karang dll yg berlubang (dan boleh dicucuk utk dijadikan kalung, perhiasan, dll); 2. butirbutir kecil yg berwarna-warni, digunakan sbg hiasan pd biskut, kek, dll: setelah sejuk sapu-kan coklat cair dan taburkan ~ di atas kek; bagai ~ putus pengarang (tali) prb perihal air mata yg bercucuran; bermanik-manik 1. memakai kalung dll drpd manik; 2. berbutir-butir spt manik (peluh dll): di daun-daun masih kelihatan air ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengarang | 1. tali (benang dll) utk mengarang manik (bunga dll): bagai manik putus ~; 2. orang yg mengarang cerita (lagu, sajak, dll), penggubah (lagu dll), pencipta; 3. orang yg menyunting karangan utk diterbitkan (disiarkan); ~ berita orang yg menyunting berita dlm akhbar; ~ bersama orang yg bersama-sama mengarang (sesebuah buku dll); ~ gigi gusi; ~ jantung kekasih, buah hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengarang | 1 mencucuk manik atau menggubah bunga dll; mengikat permata dll. 2 membuat atau menulis cerita (novel, sajak dll): Beliau banyak ~ cerpen. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
karang II | sunting, gubahan (bunga dll); berkarang digubah (disusun, dicucuk, dsb) hingga kelihatan indah atau menarik (bunga, permata, manik, dll): bunga ~; intan ~; mengarang 1. menyusun dsb (bunga, permata, manik, dll) hingga kelihatan menarik, menggubah: puteri itu memetik bunga dan ~ kuntum; sebentuk cincin intan dikarang; ~ telur bertelur, mengandungi telur; 2. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dll), mencipta (sajak dll), menggubah (lagu): tuan itulah yg ~ kitab loghat bahasa Melayu; ~ novel dan cerpen; 3. mengadakan, mereka-reka: kalau sudah kehabisan bahan, mereka gemar pula ~ berita yg bukan-bukan; karang-mengarang perihal mengarang (cerita dll), perbuatan (pekerjaan) mengarang; mengarangkan mengarang utk seseorang; terkarang (sudah) dikarang: sebuah senarai Melayu-Cina yg dikatakan ~ sebelum kurun ke-15; karangan 1. gubahan bunga, cucukan (manik dsb), susunan: di atas meja, terletak sebuah ~ bunga yg indah; 2. ciptaan (cerita, lagu, dll), karya: novel itu ialah ~ Samad Said; 3. rekaan, khayalan; 4. sl ahli, pandai, tukang: maka oleh ~ itu, ditarahnyalah kepala budak itu; 5. yg dikarang oleh, gubahan, ciptaan: antologi cerpen ~ beberapa orang penulis muda; kepengarangan perihal yg berkaitan dgn pengarang: usia ~ seseorang pengarang, haruslah berpanjangan; pengarang 1. tali (benang dll) utk mengarang manik (bunga dll): bagai manik putus ~; 2. orang yg mengarang cerita (lagu, sajak, dll), penggubah (lagu dll), pencipta; 3. orang yg menyunting karangan utk diterbitkan (disiarkan); ~ berita orang yg menyunting berita dlm akhbar; ~ bersama orang yg bersama-sama mengarang (sesebuah buku dll); ~ gigi gusi; ~ jantung kekasih, buah hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karang II | ; berkarang digubah (ttg bunga); diikat (ttg mutiara dsb): bunga ~; berlian ~. mengarang 1 mencucuk manik atau menggubah bunga dll; mengikat permata dll. 2 membuat atau menulis cerita (novel, sajak dll): Beliau banyak ~ cerpen. karang-mengarang hal-hal ttg mengarang cerita dll. karangan 1 sesuatu yg dikarang; hasil mengarang; gubahan bunga; ikatan permata. 2 dikarang oleh (bkn cerita, lagu dll): Novel itu ~ A. Samad Said. pengarang 1 tali atau benang yg digunakan utk mengarang manik (bunga dll). 2 orang yg mengarang atau menulis cerita (novel dll): Beliau ~ yg terkenal di negara kita. ~ jantung buah hati; kekasih. sidang ~ kumpulan orang yg bertanggungjawab menyelenggarakan karangan utk diterbitkan; redaksi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
karangan | 1. gubahan bunga, cucukan (manik dsb), susunan: di atas meja, terletak sebuah ~ bunga yg indah; 2. ciptaan (cerita, lagu, dll), karya: novel itu ialah ~ Samad Said; 3. rekaan, khayalan; 4. sl ahli, pandai, tukang: maka oleh ~ itu, ditarahnyalah kepala budak itu; 5. yg dikarang oleh, gubahan, ciptaan: antologi cerpen ~ beberapa orang penulis muda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengarang | 1. mencucuk manik atau menggubah bunga dll; mengikat permata dll. 2. membuat atau menulis cerita (novel, sajak dll): <i>Beliau banyak ~ cerpen.i> | Kamus Pelajar |
utas I | 1. tali utk merangkaikan (manik, buah tasbih, dll), tali perangkai; 2. penjodoh bilangan utk benda yg berurai (spt benang, tali, rantai, dll): di lehernya tergantung se~ rantai suasa; berutas; ~ permata bergantungan dgn per-mata, beruntai permata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
untai | 1. benang atau tali yg digunakan utk mencucuk buah tasbih (manik dll); 2. pen-jodoh bilangan utk rangkaian benda yg dicucuk (spt rantai manik, kalung mutiara, dsb), utas: dua ~ kalung mutiara; 3. = untaian karang-an, rangkaian; 4. serangkap (pantun, sajak, dll), serangkai: sajak empat se~ ini barangkali memang agak umum sedikit; beruntai, beruntaian, menguntai tampak menjuntai, berjuntai-juntai; beruntai-untai banyak untainya, beberapa untai (kalung dll), berangkai-rangkai: maka larilah ikan-ikan itu menyelam menyusupi akar-akar teratai yg berjuntai ~; teruntai tergantung beruntai-untai; untaian 1. sesuatu yg bersambung-sambung spt rantai, karangan, rangkaian; 2. sesuatu yg berturutan (bkn peristiwa dll), rentetan: hidup kita ini adalah ~ perubahan, tidak ada yg diam, tidak ada yg kekal; kenapa ~ katanya tidak begitu kemas dan teratur lagi? | Kamus Dewan Edisi Keempat |