manipulatif | bersifat manipulasi atau berkaitan dgn manipulasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
manipulasi | 1 perbuatan menggunakan sesuatu alat atau mengerjakan sesuatu menggunakan tangan dgn cekap. 2 segala tindakan dan selok-belok utk memperdaya orang atau mempengaruhi pendirian orang lain tanpa disedari orang itu. 3 sesuatu perbuatan curang atau kurang baik yg dilakukan utk faedah sendiri: ~ harga turut mendatangkan keuntungan kpd pengusaha kecil. memanipulasikan 1 mengerjakan atau membuat sesuatu dgn cekap: Yg begitu menarik ialah meniup dan ~ kaca semasa kaca itu lembik. 2 menggunakan sesuatu atau melakukan sesuatu secara bijaksana sehingga dpt mencapai sesuatu tujuan: Ahli-ahli politik mesti menghormati agama dan mengelak drpd ~nya. 3 melakukan sesuatu yg curang atau menggunakan sesuatu utk berbuat curang: ~ cek. pemanipulasian perbuatan atau hal memanipulasikan: Mereka berjaya mencegah ~ oleh pihak yg tidak bertanggungjawab. pemanipulasi orang, pihak dsb yg memanipulasikan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
manipulasi | 1. perihal atau perbuatan menggunakan sesuatu (alat dll) atau mengerjakan sesuatu (dgn tangan dll) dgn cekap: spt selalu Kurosawa menyegarkan filemnya dgn ~ vi-sual dan bunyi yg menarik; setiap ~ bahasa dlm karya sastera hanya wajar dilakukan oleh orang yg telah lebih dulu menguasai bahasa; 2. segala tindakan dan selok-belok utk memperdayakan orang atau mempengaruhi perlakuan (pendirian dll) orang lain tanpa disedari orang itu; 3. sesuatu perbuatan curang atau kurang baik yg dilakukan utk faedah sendiri: ~ harga mempengaruhi ke-beruntungan pengusaha industri kecil; memanipulasikan 1. mengerjakan atau membuat sesuatu (dgn menggunakan tangan) dgn cekap, mengendalikan atau menggunakan sesuatu dgn cekap atau bijaksana: yg begitu dighairahkan ialah meniup dan ~ kaca semasa lembik; masyarakat umum menge-nali al-Jabar sbg ilmu yg membicarakan cara ~ simbol dgn hukum dan petua tertentu; 2. mengendalikan (menggunakan) sesuatu atau melakukan sesuatu secara bijaksana sehingga dapat mencapai sesuatu tujuan: ahli-ahli politik mesti kembali menghormati agama dan mengelakkan nafsu kuasa politik dgn ~ agama; 3. melakukan sesuatu yg curang, menggunakan sesuatu utk berbuat curang atau tidak baik; pemanipulasi pihak (orang dsb) yg bijak memanipulasikan sesuatu (keadaan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manipulatif | berkaitan dgn, melibatkan atau bersifat manipulasi: kursus itu memberikan pe-nekanan pd proses berfikir dan kemahiran ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencacahan | perihal (perbuatan) mencacah: ~ pengalaman melalui manipulasi matematik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacah I | corak atau gambar yg dilukis pd kulit badan dgn cara melukai atau mencucukcucuknya dgn benda tajam dan diwarnai, tatu: tubuhnya dipenuhi dgn ~ bunga terung; bercacah bergambar pd kulit dgn mencucuk atau melukakan kulit dgn benda yg tajam dan mewarnainya; mencacah 1. mencucuk-cucuk kulit dgn jarum atau benda yg tajam; 2. membuat gambar pd kulit dgn mencucuk atau melukakannya dgn benda tajam dan diwarnai; 3. menyuntik; 4. ki menggarap sesuatu dgn cara menyelidik dan menganalisis secara mendalam: persoalan itu dicacah secara cermat dan dgn penuh keilmuan; pencacahan perihal (perbuatan) mencacah: ~ pengalaman melalui manipulasi matematik; pencacah 1. orang yg mencacah; 2. alat (jarum dsb) utk mencacah: jarum ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |