manjung III | ; permanjungan bilik di sisi rumah yg lantainya lebih tinggi, anjung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manjung II | sl; manjungan sj perahu: maka segala dendang dan ~ pun belayarlah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manjung I | sj jamung atau suluh besar (utk menangkap ikan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mudah I | 1. tidak susah atau sukar, gampang, senang: sajak baru, bukanlah satu hasil seni yg ~ difahami; dgn takdir Allah Taala, Manjung pun alah dgn ~nya; 2. cepat atau lekas sekali (menjadi dll): ada setengah-se-tengah orang yg ~ menganggap bahawa pengarang itu seorang manusia yg luar biasa; kalau angin kencang, mungkin api yg meliuk-liuk lemah itu padam dgn ~nya; 3. bp senang diperdaya (perempuan), tidak kuat imannya; ~ jua pd yg ada, sukar jua pd yg tidak prb orang kaya dapat memenuhi adat apa pun jua sedangkan orang miskin segalanya susah; bermudah-mudah menganggap senang sahaja sesuatu pekerjaan, mengerjakan dgn tidak bersungguh-sungguh; memudahkan 1. menjadikan mudah (utk dikerjakan dll), menyenangkan: utk ~ men-dapat makan, mereka telah menyewakan rumah mereka; 2. memandang atau menganggap tidak penting (mustahak, berharga, dll), menganggap enteng: maksud senang di sini bukanlah bererti yg mereka harus ~ kewajiban mengeluarkan zakat; memudah-mudahkan menganggap atau memandang ringan; mempermudah menjadikan lebih mudah: tujuan logaritma ialah hendak ~ kerja kiramengira biasa; mudah-mudahan; bukan ~ bukan perkara (hal dll) yg mudah; kemudahan 1. perihal atau keadaan mudah, kesenangan (senangnya atau mudahnya sesuatu); 2. kesenangan, keselesaan: pihak yg tertentu hendaknya melengkapkan segala sesuatu utk ~ rakyat; 3. sesuatu yg memudahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan dsb): pelbagai ~ disediakan utk projek ini; ~ awam perkhidmatan dan infrastruktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dsb; pemudahan perihal (perbuatan dsb) memudahkan; pemudah (orang) yg suka kpd perkara yg senang-senang sahaja; ~ cara orang (pihak) yg memudahkan sesuatu tindakan atau proses (spt pemindahan ilmu): sektor awam akan bertindak sbg ~ cara kpd perkembangan sektor swasta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |