terhadap | 1. berkenaan, mengenai, tentang: pandangannya ~ gadis itu tidak berubah, bagaimana dahulu begitulah sekarang; 2. kepada, akan: cintanya ~ gadis pilihannya sendiri tetap bersemarak dlm dadanya; ia mempunyai rasa perikemanusiaan drpd seorang manusia ~ manusia juga; 3. dihadapkan (ditujukan, dihalakan), tertumpu: hatinya sudah ~ ke Lampung, angan-angannya sudah ke galas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manusia | makhluk yg mempunyai akal budi, insan, orang: ada pun jenis yg tinggi sekali antara segala haiwan ialah ~; ~ utama manusia yg terbaik; memanusiakan menjadikan seseorang mempunyai sifat-sifat manusia yg mulia: peranan sastera adalah utk ~ manusia dan menim-bulkan keindahan dlm jiwa mereka; kemanusiaan perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
insan | manusia: ~ kamil manusia yg sempurna (baik, bersih drpd noda dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alam nasut | alam manusia, seluruh manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemanusiaan | perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nasut | Ar kemanusiaan; alam ~ alam manusia, seluruh manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
insan | Ar makhluk yg dicipta oleh Allah SWT yg tidak terlepas drpd kealpaan, manusia; ~ kamil manusia yg sempurna, iaitu Nabi Muhammad SAW; keinsanan kemanusiaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umat | 1 pengikut Nabi; penganut sesuatu agama: ~ Islam; ~ Muhammad SAW. 2 seluruh rakyat; orang ramai. 3 = ~ manusia sekalian manusia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
manusia utama | manusia yg terbaik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang | 1 manusia (sbg dirinya sendiri): Tadi ada ~ yg menelefon anda. Keretanya ada, ~nya tidak ada. 2 diri manusia sbg kata ganti nama diri ketiga secara umum: Jangan suka mendengar cakap ~. 3 penjodoh bilangan bagi manusia: Lima ~ pekerja telah dipecat. 4 manusia yg berasal dr sesebuah daerah atau negeri: Saya ~ Kedah. 5 bangsa; kaum: ~ Melayu; ~ Iban. 6 = ~ lain manusia lain; bukan diri sendiri: Ini kereta ~, bukan kereta saya. ~ asing orang yg berasal dr negara lain. ~ asli penduduk asal sesebuah negeri. ~ awam a. rakyat biasa; khalayak ramai. b. bukan anggota tentera; orang preman. ~ besar a. orang yg besar tubuh badannya. b. orang dewasa. c. orang yg berpangkat tinggi. ~ bukit orang yg tinggal di bukit. ~ gaji orang yg bekerja di rumah orang lain. ~ hutan a. orang yg tinggal di hutan. b. monyet besar berwarna coklat kemerah-merahan yg mempunyai tangan yg panjang, Pongo pygmaeus. ~ kebanyakan orang biasa (bukan orang bangsawan, bukan orang berpangkat dsb). ~ ramai khalayak ramai; umum. ~ tengah a. orang yg bertindak menjadi pendamai antara orang-orang atau antara dua pihak yg berbalah. b. orang yg menjadi perantara antara pengeluar barang-barang dgn pengguna. c. orang yg menjadi perantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll. ~ tua a. orang yg sudah tua. b. ibu bapa. c. = ~ tua-tua orang yg dianggap tua dan berpengalaman. ~ upahan orang yg diupah utk melakukan sesuatu (biasanya melakukan hal-hal yg tidak baik). orang-orang, orang-orangan sesuatu yg dibuat spt orang; patung; boneka: Ayah meletakkan ~ di tengah sawah utk menakutkan burung supaya tidak memakan buah padi. berorang ada orangnya: Rumah itu tidak ~. seorang 1 satu orang. 2 sendiri. seseorang mana-mana orang; sesiapa. berseorangan, berseorang dgn cara seorang-seorang; seorang diri. keseorangan terasing (tinggal) seorang diri; terpencil seorang: Sejak isterinya meninggal, dia selalu berasa ~. perseorangan hal-hal mengenai seorang; dgn cara berseorang (lw beregu): johan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |