kian II | sana, situ; ~ ke mari ke sana ke mari (ke hulu ke hilir): burung-burung terbang ~ ke mari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kian ke mari | ke sana ke mari (ke hulu ke hilir): burung-burung terbang ~ ke mari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mari | 1 di tempat ini; sini: Tolong bawa buku itu ke ~. 2 kata yg digunakan utk memanggil: Busu, ~ sebentar. 3 kata yg digunakan utk mengajak orang berbuat sesuatu; ayuh; silakan: ~ kita pergi ke Kuantan besok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mari II | ; IB roti ~ sj kuih kering, biskut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mari I | 1. (ke) sini: kerana engkaulah aku datang ke ~; bawa ~ bungkusan itu; ke sana ke ~ ke sana ke sini; 2. perkataan utk mengajak orang berbuat sesuatu, ayuh, silakan: ~ kita pergi menjerat gajah, kerana musim ini gajah akan turun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjalar-jalar | merayap, melata (bkn pokok dll), bergerak (perlahan), merayap ke sana ke mari (bkn ular, lipan, dsb): cacing ~ ke sana ke mari di dlm bekas itu; akar ~ sj tumbuhan, akar gegerit besi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lahu | ; melahu 1 berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan. 2 (bkn seseorang pekerja) duduk tanpa membuat kerja yg sepatutnya dilakukan. pelahu 1 orang yg berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan. 2 pekerja yg tidak membuat kerja yg sepatutnya dilakukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berjalaran | , berjalar-jalar merayap, melata (bkn pokok dll), bergerak (perlahan), merayap ke sana ke mari (bkn ular, lipan, dsb): cacing ~ ke sana ke mari di dlm bekas itu; akar ~ sj tumbuhan, akar gegerit besi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merunjang | 1. merodok, mencucuk (ke dlm lubang dll), menikam, menjolok; 2. ki meraba-raba, mencari-cari (ke sana ke mari): ia ~ ke sana ke mari utk membuat hubungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
runjang | ; merunjang 1. merodok, mencucuk (ke dlm lubang dll), menikam, menjolok; 2. ki meraba-raba, mencari-cari (ke sana ke mari): ia ~ ke sana ke mari utk membuat hubungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |