masa II | = masakan mana boleh; tidak mungkin; mustahil: Dia orang bijak, ~ dia tidak mengerti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
masa II | = masakan mana boleh, tidak akanlah, tidak mungkin: kalau tidak, ~ sampai bertahun-tahun ia dapat melakukan per-dagangan gelap; kalau cendawan sudi tum-buh, ~ bumi tidak terima; ~ bodoh a) tidak mempedulikan apa-apa; b)terserah; bersikap ~ bodoh tidak mempedulikan atau mengendahkan (hal orang lain dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masakan | mana boleh; masa II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jangka II | = ~ masa = ~ waktu masa yg telah ditetapkan atau dirancang utk pelaksanaan (penyelesaian dsb) sesuatu, tempoh masa yg (agak) panjang, peringkat (masa): pekerjaan itu harus kamu siapkan dlm ~ waktu dua bulan; ~ pertama peringkat (masa) pertama; dlm ~ yg terbatas dlm waktu yg terbatas; melampaui ~nya a) melampaui masa yg telah ditentukan; b) melampaui had yg telah ditetapkan; rancangan ~ panjang (pendek) rancangan yg memakan masa yg lama (singkat); sampai ~nya sampai waktunya (masanya); tiada ~nya tiada batasnya (hadnya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jangka II | 1 masa (ukuran, ruang) yg telah ditentukan lamanya (panjangnya, luasnya dsb): Dlm ~ enam bulan, rumah itu akan siap. 2 tingkat atau had masa (dlm sesuatu usaha, peristiwa dsb): ~ panjang dlm tingkat atau had masa yg panjang (lama); ~ pendek dlm tingkat atau had masa yg pendek (singkat). menjangka 1 menentukan lama waktu atau apa-apa yg hendak dilakukan: Dia ~ buku itu akan siap dlm masa dua minggu lagi. 2 menduga; menyangka: Saya telah ~ hal ini akan terjadi. jangkaan apa-apa yg dijangka; dugaan; sangkaan: Kemenangan ini di luar ~ kami. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jangka II | 1. masa (ukuran, ruang) yg telah ditentukan lamanya (panjangnya, luasnya dsb):Dlm ~ enam bulan, rumah itu akan siap. 2. tingkat atau had masa (dlm sesuatu usaha, peristiwa dsb): ~ panjang dlm tingkat atau had masa yg panjang (lama); ~ pendek dlm tingkat atau had masa yg pendek (singkat). menjangka 1. menentukan lama waktu atau apa-apa yg hendak dilakukan:Dia ~ buku itu akan siap dlm masa dua minggu lagi. 2. menduga; menyangka: Saya telah ~ hal ini akan terjadi. jangkaan apa-apa yg dijangka; dugaan; sangkaan:Kemenangan ini di luar ~ kami. | Kamus Pelajar |
idah II | Ar masa yg wajib dinanti oleh seseorang perempuan utk membolehkannya berkahwin lagi dgn lelaki lain (tiga kali suci haid bagi perempuan yg bercerai ketika suci drpd haid, setelah melahirkan anak bagi perempuan yg mengandung dan tiga bulan bagi perempuan yg putus haid kerana tua atau yg belum keluar haid kerana masih kecil): setelah lepas ~nya, perempuan itu pun berkahwin dgn seorang guru sekolah; sampai ~ telah lepas masa menanti (boleh berkahwin lagi); beridah menjalani idah: perempuan yg diceraikan itu wajiblah ~ selama tiga kali suci. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
qadim II | Ar masa yg akan datang, kemudian hari; mengqadimkan menelah, meramalkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paksa II | sl masa (waktu, saat) yg baik, peluang (kesempatan) baik: hari ini memang beta mendapat ~; sekali ini ~ tekukurlah mendapat padi rebah; angin ~ angin yg baik (utk belayar). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jujuh II | Kd masa buah-buahan gugur dgn banyak (pd satu-satu musim). | Kamus Dewan Edisi Keempat |