pelaburan | 1 wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu perniagaan: Dr masa ke masa, dia menambah ~nya dlm skim Amanah Saham Nasional. 2 hal (perbuatan, cara dsb) melabur atau melaburkan: Kerajaan menggalakkan ~ drpd rakyat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menakai | mengenal pasti dan memilih binatang dlm sesuatu kumpulan yg berpenyakit, lemah dsb utk dibunuh, diasingkan dsb sbg langkah mencegah merebaknya penyakit dsb: Tindakan ~ kambing yg kurang baik seharusnya dijalankan dr masa ke masa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
takai | ; menakai mengenal pasti dan memilih binatang dlm sesuatu kumpulan yg berpenyakit, lemah dsb utk dibunuh, diasingkan dsb sbg langkah mencegah merebaknya penyakit dsb: Tindakan ~ kambing yg kurang baik seharusnya dijalankan dr masa ke masa. penakaian perihal atau perbuatan menakai: ~ dijalankan berdasarkan maklumat atau hasil pemerhatian yg dilakukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
labur | ; melabur 1 membeli saham (syer dsb) dlm sesuatu badan perniagaan utk tujuan mendapat keuntungan; menanam modal: Rakyat bumiputera digalakkan ~ dlm Amanah Saham Nasional. 2 memberi makan (wang makan, bekalan dsb) kpd pekerja dll. melaburkan menggunakan sesuatu (wang dsb) utk tujuan melabur: Amin ~ sebahagian besar wangnya dlm syarikat itu. pelaburan 1 wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu perniagaan: Dr masa ke masa, dia menambah ~nya dlm skim Amanah Saham Nasional. 2 hal (perbuatan, cara dsb) melabur atau melaburkan: Kerajaan menggalakkan ~ drpd rakyat. ~ asing jumlah wang (modal dsb) yg dilaburkan oleh pengusaha dr negara lain di negara kita. pelabur 1 orang (syarikat dsb) yg melabur atau yg melaburkan sesuatu. 2 bekalan makanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melanjut | tidak putus-putus, tidak terhenti-henti (tetap), terus: aku telah merantau sejak masa Jepun ~ ke masa orang putih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
zaman | 1. jangka masa (sama ada panjang atau pendek), tempoh atau jangka masa tertentu (yg ada sesuatu keistimewaannya atau pertaliannya), masa: ~ pemerintahan British di Malaya; akhir ~ penghabisan masa kehidupan manusia di dunia ini; ketinggalan ~ sudah tidak sesuai lagi dgn keadaan; meninggalkan ~ sl mati; 2. kala, ketika, waktu: semenjak ~ Hamzah Fansuri hingga membawa kpd kurun ke-20, bentuk syair tetap tidak berubah; 3. = umur ~ ark umur; ~ air batu = ~ ais masa ketika air batu menutupi hampir seluruh kawasan muka bumi yg terletak di utara garisan khatulistiwa; ~ atom masa orang menggunakan tenaga atom utk bermacam-macam keperluan atau tujuan; ~ bahari (kawi, kuno) masa yg telah lama, lampau atau berlalu, dahulukala; ~ batu zaman ketika manusia menggunakan batu sbg senjata atau alat; ~ dahulu (jangka) masa yg telah lama berlalu, dahulukala, masa lampau; ~ depan (muka) masa yg akan datang; ~ gangsa = ~ perunggu zaman selepas zaman batu (pd masa senjata dll dibuat drpd gangsa); ~ gemilang masa yg makmur, masa terdapatnya kemajuan yg luar biasa (dan kemakmuran); ~ gerhana = ~ malap ki tempoh masa kurang berhasil (perniagaan, penulisan, dsb); ~ jahiliah masa sebelum lahir agama Islam (di negeri Arab); ~ meleset masa susah (barang-barang dagangan tidak laku dsb); ~ pendudukan masa sesebuah negara diduduki oleh tentera asing; ~ pertengahan zaman antara zaman purbakala dgn zaman baru (dlm sejarah Eropah); ~ puntung berasap zaman kuno; ~ purbakala zaman dahulukala; ~ sekarang (pd) masa sekarang ini; ~ beralih, musim bertukar prb sesuatu itu tidak tetap (sentiasa berubah-ubah); sezaman pd zaman yg sama; berzaman-zaman, berzaman (meliputi jangka masa yg) sangat lama; zaman-berzaman (berterusan, berpanjangan) dr suatu zaman ke suatu zaman, sepanjang atau untuk jangka masa yg sangat lama: motif Islam yg telah wujud ~, iaitu geometri; banyak negara lain yg telah lama menjalankan usaha demikian ~; penzamanan perbuatan (proses) membahagikan sejarah kpd beberapa zaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bila | 1. kata yg digunakan utk menanyakan waktu (masa, ketika) mana: ~ awak hendak ke Kuala Lumpur?; barang ~ sebarang masa; 2. pd masa apa: kalau begini, sampai ~ pun nasib pak tani tidak akan berubah; bila-bila = ~ masa pd sebarang masa (waktu, ketika): ~ saja hari akan hujan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
futuristik | bkn idea yg mengarah (menuju) ke masa depan: rancangan pembangunan itu haruslah lebih ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merencanakan | 1. mengarang (cerita dll), menghuraikan, menceritakan: maka adalah kurencanakan dalamnya dr zaman moyangku sampai ke masa aku; tidak dapat kurencanakan bagaimana rasa hatiku, marah, sedih, benci, dll; tidak semua kejadian yg direncanakan dlm cerita ini sebenarnya berlaku; 2. menyusun laporan (keterangan, minit, dll): hasil tinjauan tentang kemahuan penduduk Malaysia Timur yg direncanakan oleh rombongan peninjau Bangsa-Bangsa Bersatu dlm laporannya kpd U Thant, diterima baik oleh Kuala Lumpur; 3. menyusun atau membuat rancangan (program dll), merancang: ia meminta kepadaku utk ~ suatu projek perumahan Bupati; dua jurusan penggempuran direncanakan, pasukan Amerika mendarat di Afrika Barat dan Inggeris di Mesir; 4. mengucapkan perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain: apa yg direncanakan oleh pengurus itu ditulis oleh setiausahanya dlm tulisan trengkas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nanti I | 1. waktu yg akan datang, masa kemudian, kelak: bila hari raya ~, pulanglah ke kampung; dia akan sampai pd pukul 1.30 ~; 2. akan, bakal, tentu: kalau engkau adukan perkara itu kpd polis, ~ heboh sedunia; 3. jika tidak begitu, seandainya tidak: baik engkau dengar nasihatku, ~ engkau menyesal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |