Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hampir segerak(plesiochronous)Sifat pengendalian jam rujukan bagi dua sistem berlainan yang jamnya sepatutnya mempunyai masa yang sama tetapi terdapat sedikit selisihan. Pembetulan perlu dibuat dari semasa ke semasa untuk menyegerakkan semula kedua-dua sistem itu.Kamus Komputer
kala Imasa, waktu, ketika; ada ~nya, ada masanya (ketikanya), kadang­kadang; barang ~ sebarang waktu; dahulu ~ zaman dahulu, purbakala; pd ~ pd masa, pd waktu; sekala; projek ~ projek yg dilaksanakan sekali sahaja dgn peruntukan khas; sekali ~ sekali-sekali, kadang-kadang; berkala (keluar, terbit, dsb) berulang-ulang pd waktu yg tetap (mengikut jangka waktu yg tertentu); majalah ~ majalah yg terbit berulang-ulang pd waktu yg tetap (pd tarikh yg ditetapkan); tiada ~ tiada tetap waktunya; berkala-kala terkadang-kadang, dr semasa ke semasa; keberkalaan keadaan (hal) berkala: ~ yg terangkum dlm alam fizikal.Kamus Dewan Edisi Keempat
semasa1. sama masa dgn, pd ketika yg sama: beliau juga hidup hampir ~ dgn sejarah yg ditulisnya; 2. sewaktu, pd ketika: ~ Datuk Ujang bergerak ke muka pintu, ia keluar perlahan-lahan; 3. dr masa (zaman) yg diper­katakan, dr masa yg sama: hal-hal yg menarik perhatian ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
musim1. masa yg tetap atau khusus tiap tahun mengikut perubahan iklim: dlm ~ bunga, salji menjadi cair dan meresap ke dlm tanah; 2. ketika atau masa tertentu tiap tahun (ketika pokok berbuah, buah mulai masak, dll): orang kita gemar memakan buah-buahan, tetapi biasanya buah-buahan itu dimakan pd ~nya sahaja; 3. masa berlakunya sesuatu atau beberapa peristiwa (kejadian dsb) yg serupa: Karim kebingungan menghadapi ~ perang; ~ angin masa angin bertiup; ~ bah (banjir) musim selalu berlaku banjir; ~ barat Id musim hujan di Sumatera dan Jawa; ~ buah (buah-buahan) masa pokok berbuah; ~ bunga (semi) musim tumbuh-tumbuhan kembali bertunas dan berbunga (pd akhir musim sejuk); ~ dingin (sejuk) musim udara sejuk (di negeri­negeri berhawa dingin); ~ haji masa orang menunaikan fardu haji; ~ kelambu menung-gal (tutup kuala, utara) masa angin timur laut bertiup (dr bulan November hingga bulan Januari); ~ kemarau musim udara panas terik dan hujan tidak turun; ~ luruh (gugur, rontok) musim tumbuh-tumbuhan meluruhkan atau menggugurkan daun-daunan (kerana musim dingin hampir tiba); ~ menuai (panen) masa menuai padi; ~ panas musim antara musim dingin dgn musim luruh (ketika udara panas); ~ tenggara (jawa, selatan) masa angin bertiup dr barat laut dan membawa hujan (dr bulan Jun hingga bulan September); ~ tengkujuh musim hujan selalu turun; semusim 1. sama musimnya; 2. masa kira­kira setahun (dr musim tertentu hingga kem­bali musim itu lagi): ada ~ baginda duduk di dlm negeri itu, beranak seorang laki-laki ber-nama Encik Tayan; bermusim 1. sudah sampai atau tiba musim­nya; belum ~ belum sampai musim atau masa­nya; 2. mengikut musim: tanam-tanaman ~; musiman mengikut musim (waktu) terten­tu: acara ~ utk tujuan-tujuan semasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
masa I1. waktu, ketika: ~ dan tempat per-undangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu per­mainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu seng­gang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; semasa 1. sama masa dgn, pd ketika yg sama: beliau juga hidup hampir ~ dgn sejarah yg ditulisnya; 2. sewaktu, pd ketika: ~ Datuk Ujang bergerak ke muka pintu, ia keluar perlahan-lahan; 3. dr masa (zaman) yg diper­katakan, dr masa yg sama: hal-hal yg menarik perhatian ~; semasa-masa sewaktu-waktu; pemasaan perihal atau proses menentukan (mengatur atau mengawal) masa bagi sesuatu operasi dsb: ~ yg tidak betul juga boleh me-nyebabkan salah satu kebuk pembakaran dimasuki pelincir; pemasa alat utk mengatur dan mengawal masa operasi sesuatu mesin, peranti dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
hadap; menghadap 1 menghala; me­ngarah: Rumah peranginan itu ~ ke laut. 2 datang menemui atau mengunjungi raja, orang-orang besar dll: Dgn panduan anak Syed Abu, rombongan Abdullah pergi ~ Raja Kampung Laut. 3 ditujukan; dialamatkan (dlm surat kiriman): ~ ke hadapan ayahanda yg dikasihi. meng­­ha­dapi 1 dlm kedudukan yg berten­ta­ngan dgn; menghala ke: Duduklah mereka ~ sebuah meja. Mereka berdiri beramai-ramai ~ runtuhan rumah yg di­timpa pokok kelapa. 2 bertemu muka dgn; bersemuka dgn (orang ramai, musuh dll): Dia berasa takut hendak ~ orang ramai. 3 menemui atau menempuh bahaya, kesukaran dll: ~ tuduhan membunuh; ~ persoalan yg rumit; ~ bahaya. 4 melawan atau menentang (lawan, musuh dsb): berlawan dgn: ~ musuh; ~ pasukan lawan. menghadapkan 1 menghalakan muka atau bahagian depan ke; mengarahkan ke: Semasa bergerak mengelilingi bumi, bulan ~ mukanya hanya sebelah saja ke bumi. 2 membawa ke muka pengadilan (mahkamah): Dia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri. terhadap 1 kepada; akan: Cintanya ~ gadis itu tetap tidak berubah. 2 tentang; me­ngenai; berkenaan (dgn): Pandangannya ~ projek itu adalah memuaskan. hadapan 1 bahagian di sebelah muka; depan: Dia berdiri di ~ saya. 2 yg akan datang: masa ~; tahun ~. berhadapan bertemu muka; bersemuka; bertentangan: Dia duduk ~ dgn saya. berhadap-hadapan saling bertemu muka (bertentangan dan berdekatan): Mereka ~ semasa membincangkan hal itu. penghadapan, = balai ~ tempat orang menghadap raja: Betara Majapahit pun duduk di ~ dihadap orang banyak. di hadapan di bahagian hadapan. ke hadapan 1 ke depan; ke muka. 2 kepada (dlm surat kiriman).Kamus Pelajar Edisi Kedua
luang1 ruang yg kosong; kelapangan (tempat atau waktu): Orang terlalu banyak sehingga utk berdiri pun tidak ada ~ lagi. 2 kekosongan jawatan (tenaga pekerja). meluangkan mengosongkan tempat dll; melapangkan masa dll: Dia selalu ~ masa utk mengajar anaknya. terluang 1 kosong (bkn tempat dsb); lapang: Dlm stadium itu, tiada langsung tempat yg ~. 2 kosong (mengenai jawatan): Sekarang ini terlalu sukar utk mencari pekerjaan yg ~. 3 tidak sibuk; senggang: Setiap masa yg ~ dihabiskan dgn mengulang kaji pelajaran. peluang kesempatan yg baik: Semasa cuti, dia mendapat ~ pergi ke Bukit Fraser.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pembedahanperbuatan (proses dll) membedah: utk menyembuhkan penyakitnya, ia terpaksa menjalani ~; ~ itu mengambil masa tiga jam; ~ jantung terbuka pembedahan besar ke atas jantung pesakit dgn pengaliran darahnya dilakukan secara mekanikal semasa pembedahan itu; ~ kosmetik pembedahan yg dilakukan utk memperelok atau mempercantik penampilan, terutamanya rupa seseorang; ~ mikro mikrosurgeri; ~ plastik pembedahan utk mencantikkan atau memulih bentuk sesuatu struktur tubuh yg cacat, berpenyakit, atau kurang cantik;Kamus Dewan Edisi Keempat
unjuran1 anggaran atau jangkaan ttg sesuatu (hasil pengeluaran, pelaksanaan tugas dsb) pd masa depan, biasanya berdasarkan data atau maklumat semasa: Pihak pengurusan membuat ~ keuntungan yg lebih berbanding dgn ke­untungan pd tahun lalu. 2 lakaran bentuk sesuatu objek dll spt yg dpt dilihat dr arah tertentu. 3 sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bawa; berbawaan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), sesuai dgn: warna kain samping ~ dgn warna bajunya;membawa 1. mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung: pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di badan; 2. memimpin (mengiringi dsb) seseorang lain pergi ke sesuatu tempat: ~ anak ke sekolah; 3. mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah ~ perubahan sebanyak itu; buangkanlah apa yg ada pd kita yg ~ kpd rosaknya agama Islam; kereta api yg ~ maut; 4. melibatkan, memasukkan (dlm sesuatu perkara): janganlah dibawa-bawa orang tua saya dlm perkara ini; 5. hingga, sampai: pakaian itu berharga antara lima puluh ~ ke tujuh puluh ringgit;dr petang ~ ke malam hari, tak putus-putus orang datang melawat; 6. bp memandu kenderaan; ~ adat = ~ bulan haid, datang bulan; ~ alamat memberi alamat, menandakan; ~ aturan sendiri bp menurut kesukaan sendiri; ~ berat mengandung, hamil; ~ diri a) mengembara, melarikan diri; b) menyesuaikan diri (dgn keadaan): ia dapat ~ diri di mana-mana; ~ duduk menjemput duduk; ~ gelak mengakibatkan orang tertawa; ~ halnya mengembara mencari penghidupan; ~ hati a) mencurahkan isi hati; b) = ~ masuk hati menjadikan kecil hati; c) berasa kecewa (kerana kegagalan cinta dll), merajuk; ~ hidup merantau mencari penghidupan; ~ iman beriman kpd Allah dgn memeluk agama Islam; ~ kacau mengakibatkan kacau; ~ kakinya pergi tidak tentu hala; ~ ke air membawa anak mandi; ~ lari melarikan; ~ makna mengandungi sesuatu maksud; ~ malu memalukan; ~ mati a) menyebabkan mati; b) membawa sampai ke kubur; ~ mulut a) datang hanya utk bercakap-cakap dan makan-makan; b) menceritakan hal seseorang kpd orang lain; ~ nasib pergi mencari penghidupan; ~ nyawa menyelamatkan diri; ~ perut datang utk makan sahaja; ~ salah salah faham (mengerti); ~ singgah menyilakan singgah; ~ soal mengemukakan soal; ~ tempurung meminta sedekah; ~ untung a) mendatangkan untung; b) pergi mencari penghidupan; dibawa arus hanyut; dibawa ke muka pengadilan dihadapkan ke mahkamah utk perbicaraan; dibawa ke tengah dikemukakan kpd pihak-pihak tertentu yg boleh mengambil tindakan ke atas sesuatu yg dikemukakan itu;membawakan 1. membawa utk seseorang: Salina ~ anaknya kopi dan roti; 2. menyampaikan, membaca, menyanyikan: dua tiga orang drpd mereka ~ lagu “Arya Mala”;terbawa 1. (tidak sengaja) membawa atau dibawa: fail lain pula yg ~ ke bilik mesyuarat;2. = ~ masuk = terbawa-bawa terlibat, tersangkut: jangan-jangan saya pun ~ dlm perkara ini; 3. sanggup dibawa: saya tak ~ bungkusan seberat ini; 4. = terbawa-bawa terpengaruh, kena pengaruh: mereka khuatir kalau-kalau anak gadis mereka yg hampir baligh ~ oleh suasana yg tidak keruan; penterjemah harus berhati-hati supaya ia tidak terpengaruh dan ~ oleh cara-cara penyusunan kalimat bahasa asing; bawaan 1. benda yg dibawa: sekali ia masuk, kira-kira ~ dua tiga orang diangkutnya keluar; masing-masing meletakkan ~nya; 2. harta benda yg dibawa pd masa kahwin: ~ isteri tetap tinggal hak milik isteri; 3. buah tangan: setiap kali dia datang ada saja ~nya; 4. pengaruh, akibat: mudahnya hancur perkahwinan ialah kerana ~ masa; 5. = pembawaan; 6. yg dibawa oleh: beberapa jenis penyakit ~ air dan udara; kulat patogen ~ tanah;pembawaan 1. = bawaan sifat semula jadi: susah hendak mengubah ~ semula jadi; 2. perihal membawa: ~ barang-barang itu dilakukan pd malam hari;berpembawaan mempunyai sesuatu sifat semula jadi;pembawa 1. orang yg membawa (mengangkat dsb) sesuatu; ~ berita = ~ khabar orang yg membawa khabar; ~ suara juruacara, jurubicara; se~ kakinya ke mana dibawa kakinya, ke mana sahaja; 2. orang yg mendatangkan sesuatu atau yg menyebabkan berlakunya (timbulnya dsb) sesuatu: ia menganggap Hamzah Fansuri sbg ~ kemodenan kerana ia membawa pemikiran yg rasional; ~-~ peradaban India; 3. NS barang yg dibawa oleh suami semasa kahwin dan berhak diambil kembali apabila bercerai: cari bagi, dapatan tinggal, ~ kembali; 4. orang dll yg menyebarkan sesuatu (spt penyakit, kuman, dsb): ~ kuman taun.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas