totok I | 1. bukan peranakan, sejati: Melayu ~; 2. bp masih belum ada pengalamannya, masih baru, masih mentah: ia masih ~ dlm pergaulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masih berbau pupuk jerengau | bp masih muda sangat, masih belum berpengalaman (masih mentah lagi); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panas-panas | masih panas; masih baru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rot | Kd masih bertenaga, masih kuat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangeh | tangeh (tangéh) Jw ark masih lama, masih jauh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemesraan | perihal mesra: anaknya itu masih kecil, masih haus kpd kemanjaan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keburu | Jk 1. tergesa-gesa, tergopoh-gapah; ~ nafsu terdorong oleh nafsu, terburu-buru (tidak berfikir panjang terlebih dahulu); 2. masih sempat; masih ~ belum terlambat atau ketinggalan, masih sempat; tidak ~ tidak sempat, terlambat, ketinggalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kanak | ; kanak-kanak anak yg masih kecil (biasanya belum berumur tujuh tahun): bahasa ~ bahasa anak-anak kecil; masih ~ masih kecil. kekanak-kanakan spt kanak-kanak (bkn kelakuan atau perangai). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hanyir | 1. (ber)bau spt bau ikan basah, (telur itik dsb); 2. masih terlalu muda (budak dll); budak ini masih ~ masih terlalu muda; elok buruk dan busuk ~ kesenangan dan kesusahan; menghanyirkan menyebabkan berbau hanyir: telur itik ~ kuih; kehanyiran perihal hanyir (bau): dia tidak tahan ~ bau ikan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegap I | 1. kukuh dan kuat (tubuh badan), gagah serta kuat (sikap badan), berisi lagi kuat (tubuh badan): badannya masih ~, pandangannya masih baik; 2. kuat, kukuh, teguh, utuh: gunakan meja yg ~ dan cukup tingginya supaya tidak membongkok apabila bekerja; 3. kuat atau erat (ikatan dll), kukuh (letak sesuatu dll); 4. ki kukuh (keadaan ekonomi atau politik dll); ~ hati teguh hati; ~ sasa = ~ tegun sl tegap serta kuat; menegapkan menjadikan tegap, meneguhkan, menguatkan, mengukuhkan: akar ~ berdirinya pokok; piutang atau pertaruhan wang di luar negeri itu membantu ~ kedudukan kewangan negeri; ketegapan perihal tegap, kegagahan (badan), keteguhan, kekuatan, kekukuhan (tali dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |