mata ikan | sj kudis yg bernanah (pd kaki dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daging menempel | ketuat, mata ikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketuat | biji atau bintil daging yg kecil dan keras (pd anggota atau tubuh), mata ikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kail I | 1. = mata ~ dawai yg hujungnya berkait dan tajam (utk menangkap ikan), mata pancing; jenis-jenisnya: ~ ambur; ~ berladung; ~ kacar, dll; 2. alat drpd benang (tali) dan dawai yg hujungnya berkait dan tajam (utk menangkap ikan), pancing; tali ~ tali yg dipakai utk mengikat mata kail (utk memancing); ~ sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut = umpan seumpan ~ sebentuk prb melakukan sesuatu dgn tidak cukup persediaan bagi menghadapi segala kemungkinan (spt berniaga dgn modal alang kepalang dll); bongkok ~ hendak mendapat (mengena) prb tipu muslihat utk mencari keuntungan bagi diri sendiri; kalau ~ panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga prb kalau pengetahuan (kebolehan) itu sedikit, jangan hendak berbuat (melawan dll) sesuatu yg besar; mengail menangkap ikan dgn kail, memancing; ~ berumpan berkata bertipuan prb utk mendapat sesuatu drpd orang haruslah pandai mengambil hatinya; terkail (ter)kena kail, terpancing; pengail 1. orang yg mengail; 2. alat utk mengail (memancing). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pancing | 1 sekerat dawai bengkok yg hujungnya berkait dan digunakan utk menangkap ikan; mata kail: Sejurus kemudian, ~nya mengena. 2 sj alat drpd benang (tali), joran dan dawai bengkok yg hujungnya berkait yg digunakan utk menangkap ikan; kail. memancing 1 menangkap ikan dll dgn pancing; mengail: Tiap-tiap minggu, banyak orang yg ~ ikan di lubuk itu. 2 ki melakukan sesuatu supaya mendapat apa-apa yg diingini; mengumpan: Janji-janji itu cuma utk ~ undi saja. kepancingan berasa sakit tekak ketika menelan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mata kail | dawai yg hujungnya berkait dan tajam (utk menangkap ikan), mata pancing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pancing | 1 sekerat dawai bengkok yg hujungnya berkait dan digunakan utk menangkap ikan; mata kail: Sejurus kemudian ~nya mengena./i> 2 sj alat drpd benang (tali), joran dan dawai bengkok yg hujungnya berkait yg digunakan utk menangkap ikan; kail. memancing 1 menangkap ikan dll dgn pancing; mengail: Tiap-tiap minggu banyak orang yg ~ ikan di lubuk itu. 2 ki melakukan sesuatu supaya mendapat apa-apa yg diingini; mengumpan: Janji-janji itu cuma utk ~ undi saja. kepancingan berasa sakit tekak ketika menelan. | Kamus Pelajar |
merah II | (mérah) sj ikan laut; ~ bambangan = ~ pucat sj ikan laut, Lutjanus sanguineus; ~ boreng = ~ coreng sj ikan laut, Lutjanus sebae; ~ cina a) sj ikan laut, Caesio pinjalu; b) sj ikan laut, Caesio erythropterus; ~ mata hitam sj ikan laut, Lutjanus malabaricus; ~ suman sj ikan laut, Pinjalo spp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daging | 1. isi (pd manusia atau binatang) di antara kulit dgn tulang: ~ lembu; ~ kambing; ~ paha daging pd paha; 2. isi buah yg lembut (bahagian di antara kulit dgn biji buah): buah embacang itu tebal ~nya; 3. tubuh manusia (sbg imbangan jiwa dan batin); ~ asap daging yg dikeringkan dan diawet dgn asap; ~ asin daging yg digarami; ~ basah daging yg baru (dr binatang yg baru disembelih); ~ batang pinang daging (lembu, kerbau dsb) lembut dan kurang lemak (berkualiti tinggi) drpd bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha; ~ kain susunan benang pd kain; ~ kancing hujung daging yg keras dan liat; ~ menempel ketuat, mata ikan; bangau, bangau minta aku leher, badak, badak minta aku ~ prb iri hati melihat kelebihan orang lain; sebusuk-busuk ~, dikincah dimakan juga prb membersihkan nama kaum kerabat drpd celaan; berdaging 1. mempunyai daging, gemuk; 2. ki kaya; (sudah) tidak ~ lagi sudah kurus benar atau sudah jatuh miskin; mendaging 1. menjadi (spt) daging: isi durian itu sudah mula ~ ayam; 2. mulai sembuh (bkn luka dsb): lukanya sudah mula ~; terdaging 1. sampai ke daging (bkn hirisan dsb); 2. ki sangat melukai hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bebola | sesuatu (objek dsb) yg berbentuk bulat spt bola; ~ ikan isi ikan yg digaul dgn telur dll dan dibentuk bulat-bulat kecil; ~ mata biji mata; alas ~ bebola logam yg bergerak dlm suatu gelang di sekeliling suatu batang dlm suatu mesin supaya batang itu bergerak dgn lebih mudah dan kurang bergeseran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |