gunaan | (bkn bidang pelajaran) yg ada kaitan dgn faedah atau guna secara praktikalnya berbanding dgn bidang teorinya. sains ~ sains yg berkaitan dgn faedah secara praktikalnya. matematik ~ matematik yg digunakan dlm bidang lain spt dlm bidang fizik dan kejuruteraan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
matematik | /matématik/ ilmu pengetahuan mengenai nombor, bentuk, susunan, hubungan dll dgn menggunakan simbol. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
matematik gunaan | matematik yg digunakan dlm bidang lain spt dlm bidang fizik dan kejuruteraan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
matematik | ilmu hisab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
model matematik(mathematical model) | Model bagi sistem atau proses yang dibina daripada ungkapan matematik. | Kamus Komputer |
modulo | Fungsi matematik yang menghasilkan baki pengendalian bahagi. | Kamus Komputer |
geometri | (géométri) cabang matematik yg berkaitan dgn ukuran, sifat-sifat hubungan titik, garis, sudut, permukaan dan bongkah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
algebra | (algébra) cabang matematik yg menggunakan huruf-huruf dan tanda-tanda (lambang-lambang) sbg mewakili angka atau kuantiti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ungkapan(expression) | Rumusan matematik yang dikodkan dalam bentuk suruhan atur cara. | Kamus Komputer |
guna I | 1 sesuatu yg mendatangkan faedah; manfaat: Apa ~nya kita pergi ke sana? 2 tujuan atau maksud drpd sesuatu yg ada; sesuatu yg memberi pengaruh: Terangkan apa ~ ‘ber’ dan ‘ter’ dlm ayat-ayat ini. 3 sesuatu yg baik; kebaikan: Orang yg tidak tahu membalas ~, jangan ditolong. ~ sama dpt dimanfaatkan secara bersama-sama oleh dua pihak atau lebih (bkn perkhidmatan, bangunan dsb). ~ tenaga penggunaan tenaga (manusia dll). berguna ada gunanya; dpt memberi faedah; mendatangkan manfaat: Semua kotak yg tidak ~ hendaklah dibakar. kebergunaan perihal atau keadaan berguna: ~ traktor dlm kerja membajak sawah memang tidak dpt dinafikan. menggunakan 1 melakukan sesuatu dgn; mengambil sesuatu utk sesuatu tujuan: Mereka telah mengambil buah itu dgn ~ pengait. 2 mengambil faedah atau manfaat drpd sesuatu; memakai sesuatu yg dpt memberi guna: Sekarang orang ~ tenaga elektrik utk memasak. mempergunakan menjadikan sesuatu yg tidak berguna (spt bahan-bahan buangan) ada gunanya: Sekarang ini ada usaha utk ~ sampah sarap sbg sumber tenaga. gunaan (bkn bidang pelajaran) yg ada kaitan dgn faedah atau guna secara praktikalnya berbanding dgn bidang teorinya. sains ~ sains yg berkaitan dgn faedah secara praktikalnya. matematik ~ matematik yg digunakan dlm bidang lain spt dlm bidang fizik dan kejuruteraan. kegunaan 1 hal mendatangkan guna (faedah): Paip-paip air telah dipasang utk ~ orang ramai. 2 yg digunakan: Dia menyediakan segala barang ~nya utk pergi bercuti. penggunaan perbuatan (usaha, kegiatan dsb) menggunakan sesuatu: ~ kayu-kayan makin bertambah. pengguna orang yg menggunakan sesuatu; pengambil faedah drpd sesuatu benda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |