burung mati anak | a) sj burung, burung bibit, Cacomantis merulinus threnodes; b) sj burung, burung takuweh, Penthoceryxsonneratii malayanus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
burung takuwih | sj burung, burung mati anak, Penthoceryx sonneratii malayanus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takuwih | burung ~ sj burung, burung mati anak, Penthoceryx sonneratii malayanus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
burung bitbit | sj burung, burung pitpit, burung mati anak, Cacomantis merulinus threnodes. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bitbit | ; burung ~ sj burung, burung pitpit, burung mati anak, Cacomantis merulinus threnodes. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peribahasa | ayat atau kelompok kata yg mempunyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian yg tertentu, bidal, pepatah: pegangan mereka yg teguh kpd ~ “biar mati anak jangan mati adat”, sudah cukup menerangkan kebudayaan mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biar | 1. agar, supaya: berilah aku wang, ~ aku beli baju itu; 2. lebih baik (drpd): ~ mati drpd menanggung malu; 3. = ~lah tidak mengapa, tidak jadi apa, tidak ada halangan: ~ mati anak, jangan mati adat; ~ mati (dll) ~ hidup (dll) baik mati (dll) mahupun hidup (dll): ~ besar, ~ kecil asal ada; ~ begitu walau begitu; biarnya biarpun; biarpun meskipun; membiarkan 1. mengabaikan, tidak mempedulikan: air matanya yg mengalir itu dibiarkannya saja; 2. merelakan, mengizinkan, tidak melarang: dia tidak ~ dirinya diperlakukan begitu; terbiar 1. terabai, terbengkalai, terlantar: sungguh kasihan, adinda, akan bapa yg menderita dan anak yg ~; 2. ditinggalkan (didiamkan) begitu saja, tidak terganggu: suasana itu ~ begitu saja; keterbiaran keadaan terbiar: sekiranya berlaku kebuntuan atau ~; kebiaran terbiar: pd zaman penjajahan, kesusasteraan Melayu tidak dihargai, penghasilan sastera, dlm hal ini cerita pendek, adalah sesuai dgn keadaan ~ itu; lima enam helai kertas yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biduk | sj perahu (utk menangkap ikan atau mengangkut barang di sungai); bersatu ~ dgn bekerjasama dgn; ~ kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju prb suatu pekerjaan yg dikerjakan tanpa kepandaian payah berhasil; ~ lalu kiambang bertaut prb lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yg bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik balik; ~ pecah nakhoda mati, anak buah cerai-berai prb perihal suatu perusahaan yg bankrap, ketuanya meninggal dan pekerjanya kucar-kacir; ~ satu, nakhoda dua prb a) orang yg menduakan suami; b) suatu pekerjaan yg ketuanya dua orang; ~ serempu sj perahu yg dibuat dgn lunas panjang dan lekuk; ~ upih pengayuh bilah prb tiada berdaya utk mengerjakan sesuatu pekerjaan; lain ~ lain digalang prb a) lain disoal lain dijawab; b) lain yg berbuat salah, lain pula yg tertuduh; pacak mencerca ~ orang, ~ sendiri tak terkayuh prb kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak tampak; spt ~ dikayuh hilir prb mengerjakan pekerjaan yg sedia digemarinya; terkatung-katung macam ~ patah kemudi prb peri sengsara di rantau orang dan tidak ada orang yg menolong; tertumbuk ~ dikelokkan, tertumbuk kata difikiri prb kalau sesuatu pekerjaan terbantut, hendaklah dicari jalan lain; tertumpang di ~ tiris prb terikat (tersekutui) pd pekerjaan yg merugikan; tiada ~ karam sebelah prb apabila seseorang mendapat kesusahan, kaum keluarganya menderita juga; berbiduk naik biduk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebebangan | berasa susah hendak membuang air besar (air kecil); mati ~ mati kerana tidak dapat keluar (anak yg hendak lahir); gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan prb hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri binasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbebang | berasa susah hendak membuang air besar (air kecil); mati ~ mati kerana tidak dapat keluar (anak yg hendak lahir); gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan prb hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri binasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |