jirim | benda yg menjadi bahan sesuatu yg maujud; benda maujud sbg lawan khayalan, fikiran dll. ~ kelabu ist tisu berwarna kelabu yg sebahagian besarnya terdiri drpd sel saraf, yg terdapat di bahagian tengah saraf tunjang dan bahagian luar otak. ~ putih ist tisu berwarna putih yg terdiri drpd gentian saraf berselaput, yg terdapat di bahagian luar saraf tunjang dan bahagian dlm otak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jirim | benda yg menjadi bahan sesuatu yg maujud; benda maujud sbg lawan khayalan, fikiran dll. | Kamus Pelajar |
maujud | benar-benar ada; nyata: Benda yg ~ dpt dilihat dan dipegang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
maujud | Ar segala yg wujud sama ada yg zahir atau tidak: segala yg diciptakan Allah adalah ~; kemaujudan perihal (keadaan) maujud; pemaujudan perbuatan (proses) menjadikan sesuatu benar-benar ada: ~ ini sangat ketara pd kanak-kanak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemaujudan | perihal (keadaan) maujud; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maujudat | Ar (jamak bagi maujud) segala yg wujud sama ada yg zahir atau tidak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kasatmata | Jw ark nyata, jelas, maujud. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berwujud | 1. memang ada (boleh dipandang, dipegang, dll), berupa benda yg nyata; 2. konkrit, maujud, nyata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
abstrak | tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dgn pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad: kesetiaan adalah sesuatu yg ~; mengabstrakkan menjadikan sesuatu abstrak; keabstrakan perihal atau sifat abstrak: kematangan seseorang pelukis boleh dilihat dlm ciri-ciri ~ lukisannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perwujudan | 1. bentuk atau rupa (yg benarbenar dapat dilihat dll); 2. sesuatu yg berwujud (kelihatan dlm mimpi dll); 3. sesuatu yg konkrit (maujud, nyata); 4. pelaksanaan (cita-cita dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |