media | (média) alat atau perantara dlm komunikasi atau dlm perhubungan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
media | (média) alat atau perantara komunikasi (perhubungan), spt radio, televisyen dan akhbar; ~ am pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya; ~ cetak alat atau saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt surat khabar, majalah, dll); ~ elektronik alat atau saluran komunikasi yg berupa atau yg menggunakan alat-alat elektron moden (spt radio, televisyen, dll); ~ massa pelbagai jenis alat komunikasi (spt televisyen, radio, surat khabar, majalah, dsb) yg dapat menyampaikan maklumat (berita dsb) kpd orang ramai dgn cepat (dlm masa yg singkat), sebaran am. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
media massa | /média massa/ alat (spt akhbar, radio, televisyen) utk menyebarkan maklumat, berita dsb kpd orang ramai; sebaran am. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
media massa | pelbagai jenis alat komunikasi (spt televisyen, radio, surat khabar, majalah, dsb) yg dapat menyampaikan maklumat (berita dsb) kpd orang ramai dgn cepat (dlm masa yg singkat), sebaran am. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
media elektronik | alat atau saluran komunikasi yg berupa atau yg menggunakan alat-alat elektron moden (spt radio, televisyen, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
media cetak | alat atau saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt surat khabar, majalah, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
media am | pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdiskriminasi | berbeza tindakan atau layanan terhadap sesama anggota masyarakat kerana berlainan warna kulit, agama, dll: para pengarang meramalkan bahawa pengguna media massa ~ dlm membuat pilihan tentang media; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebaran am | media massa (spt surat khabar, radio, televisyen, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengiklan | orang (syarikat, media massa, dll) yg mengiklankan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |