media cetak | alat atau saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt surat khabar, majalah, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kru | sekumpulan petugas, terutamanya yg mempunyai kemahiran teknikal tertentu, yg bekerja bersama-sama mengendalikan sesuatu tugasan, projek dsb: sekumpulan jurugambar media cetak serta ~ sebuah stesen televisyen swasta kelihatan sedang membuat liputan peristiwa yg bersejarah itu; penerbit filem diwajibkan mengambil pelakon dan ~ yg berdaftar dgn persatuan masing-masing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
media | (média) alat atau perantara komunikasi (perhubungan), spt radio, televisyen dan akhbar; ~ am pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya; ~ cetak alat atau saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt surat khabar, majalah, dll); ~ elektronik alat atau saluran komunikasi yg berupa atau yg menggunakan alat-alat elektron moden (spt radio, televisyen, dll); ~ massa pelbagai jenis alat komunikasi (spt televisyen, radio, surat khabar, majalah, dsb) yg dapat menyampaikan maklumat (berita dsb) kpd orang ramai dgn cepat (dlm masa yg singkat), sebaran am. | Kamus Dewan Edisi Keempat |