medium | (médium) 1. orang yg menjadi pengantara antara orang halus dgn manusia biasa, orang yg dimasuki oleh orang halus; 2. bahan atau sesuatu yg menjadi perantara bagi menghasilkan sesuatu kesan; 3. (Bio) bahan atau persekitaran yg menjadi tempat tinggal (tumbuh) sesuatu organisma; bermediumkan menggunakan sesuatu (bahasa) sbg medium: ~ bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
medium | /médium/ 1 orang yg menjadi perantara antara orang halus dgn manusia biasa; orang yg sedang menurun. 2 ist bahan tempat sesuatu tindak balas berlaku; tempat sesuatu berlaku atau wujud: Kadar tindak balas dipengaruhi oleh kepekatan dan suhu ~ tindak balas itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
medium | Lihat bahantara. | Kamus Komputer |
pantulan dalam penuh | (Fiz) pantulan lengkap sinar cahaya di sempadan dua medium ketika sinar itu berada dlm medium yg lebih tinggi indeks pantulannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantulan | 1. gerakan memantul (mengambul): ~ bola; ~ spring; ~ cahaya; ~ dalam penuh (Fiz) pantulan lengkap sinar cahaya di sempadan dua medium ketika sinar itu berada dlm medium yg lebih tinggi indeks pantulannya; 2. tindakan (gerak balas) yg automatik atau tidak disengajakan terhadap rangsangan; 3. ki reaksi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahantara(medium) | Bahan seperti pita, cakera, dan kertas tempat data disimpan. | Kamus Komputer |
peleraian sederhana(medium resolution) | Mutu dan ketepatan perincian paparan grafik yang sederhana akibat paparan mempunyai jumlah piksel yang sederhana berbanding dengan ruang paparan. Imej pada paparan akan kelihatan lebih jelas tetapi akan tetap bergigi sedikit. | Kamus Komputer |
pengkonduksi | bahan atau medium yg melaluinya tenaga haba atau elektrik dapat mengalir, konduktor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermediumkan | menggunakan sesuatu (bahasa) sbg medium: ~ bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perantara | orang (badan dll) yg menjadi penghubung dua pihak yg berantara; medium. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |