mekanikal | /mékanikal/ berhubung dgn mesin atau jentera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mekanikal | (mékanikal) 1. berhubung dgn jentera (mesin dll); 2. secara atau spt gerakan mesin atau jentera (tidak menggunakan fikiran). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penggerak(actuator) | Peranti mekanikal dalam pemacu cakera yang menggerakkan kepala baca atau kepala tulis ke kedudukan yang dikehendaki pada permukaan cakera. | Kamus Komputer |
kalkulator | alat elektronik atau mekanikal utk membuat kiraan matematik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelepas penyorong(carriage release) | Bahagian mekanikal yang dapat melonggarkan cengkaman penyorong pada kertas untuk membolehkan kertas dikeluarkan. | Kamus Komputer |
lengan capaian(access arm) | Lengan mekanikal dalam sistem storan fail, seperti cakera keras, yang berfungsi menggerakkan kepala baca/tulis ke hadapan dan ke belakang bagi tujuan pembacaan atau penulisan data. | Kamus Komputer |
pengulang-alik | ist peranti elektrik yg menukarkan kuasa mekanikal kpd kuasa elektrik dan membekalkan arus ulang-alik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
onkolisis | (Ubat) pemusnahan sel tumor sama ada secara mekanikal atau dgn menggunakan bahan kimia atau virus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mekatronik | (mékatronik) teknologi yg menggabungkan ilmu kejuruteraan mekanikal dgn elektronik utk membangunkan teknik pembuatan baru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
brek hidraulik | sistem brek kenderaan bermotor yg menggunakan kuasa mekanikal yg terhasil drpd cecair yg bergerak dlm saluran atau paip yg diberi tekanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |